Tun M “Mereka tidak berjuang untuk orang Melayu,”


Himpunan Melayu Bersatu atau Perhimpunan Baju Merah bukan pejuang Melayu sebenar.

Bekas Perdan Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tindakan kumpulan berkenaan berhimpun pada 16 September hanya tindak balas terhadap himpunan Bersih 4.0 yang didakwanya didominasi kaum Cina.

“Dia adakan rally ini kerana dia kata perhimpunan Bersih 4.0 dulu adalah rasis.

“Jadi hendak jadikan Bersih 4.0 punya perhimpunan ini rasis supaya mereka kononnya mereka berjuang untuk orang Melayu.

Peserta Himpunan Rakyat Bersatu mula memenuhi Padang Merbok untuk memulakan acara perhimpunan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 September, 2015.

“Mereka tidak berjuang untuk orang Melayu,” katanya ketika ditemui pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Selasa.

Jelas Tun Mahathir, perhimpunan Bersih 4.0 bukan perkauman kerana disertai semua bangsa sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.

“Tetapi perhimpunan Bersih dulu bukan rasis semua bangsa ada bersama,” katanya.

Ditanya mengenai Himpunan Melayu bersatu yang akan diadakan pada Rabu, beliau menasihat penganjur supaya membatalkannya.

“Tak payahlah ada. Saya harap tidak (tidak ada kekecohan),” katanya.

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge