christian-greys-apartment Screen Shot 2014-11-14 at 2.09.06 PM

AIRB & B Рpeminat filem / novel Fifty Shades of Grey meletakkan senarai sebuah pangsapuri mewah di kondominium sama seperti hero novel, Christian Grey.

Sebelum keluarnya filem novel erotik itu, Airbnb mencatatkan penyenaraian yang menawarkan untuk bermalam di “bangunan paling mewah” di Seattle, Washington, Amerika Syarikat – The Escala, rumah kompleks dan kediaman mewah untuk Christian Grey, yang dikenali sebagai jutawan kacak di dalam filem.

Daripada harga AS $257 (RM 943.35) semalam, peminat fanatik akan dapat merasai kehidupan fantasi daripada cerita ini sendiri.

Tetapi hanya beberapa hari selepas diterbitkan, posting itu segera dihapuskan kerana menlanggar syarat-syarat perjanjian pemilik bangunan, yang melarang menyewa dengan jangka masa yang pendek.

Walaupun kondo berkenaan dari pasaran, peminat tidak perlu bimbang dan masih boleh menghidupkan semula detik-detik penting dalam trilogi novel tersebut dengan melawat laman web Pike Market Place, di mana letaknya tempat tinggal Anastasia Steele bersama rakan sebiliknya, Kate.

 

 

\

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge