Selain dari Pulau Pinang dan Melaka, Ipoh juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap. Di sini, terdapat pelbagai genre makanan daripada makanan melayu, cina dan india dan banyak lagi. Malah terdapat juga menu yang unik dan jarang didapati di tempat lain. Di sini terdapat beberapa tempat makanan yang best dan sedap di sekitar Ipoh.

1. Nasi Vanggey Greentown

Ipoh Town 5A, Lebuh 1, Greentown Business Centre, Perak

Vangey

Jika menyebut Ipoh, tiada makanan yang lebih popular selain daripada nasi vanggey. Nasi Vanggey amat terkenal di Ipoh setaraf pengaruh nasi kandar di Pulau Pinang. Turut dikenali sebagai nasi ganja, nasi vanggey ini tidak popular tanpa sebab kerana sajiannya amat menakjubkan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja, ayam gorengnya tiada tandingan. Malahan ayam goreng rosnya dianggap lagenda dan berada dalam kelas yang tersendiri. Ayam madunya juga dikatakan sangat sedap.

Selain nasi dan lauk pauknya, restoran ini turut menghidangkan pelbagai lagi menu dan roti naan antara satu lagi hidangan yang dianggap terbaik. Ada yang tanpa ragu-ragu menyifatkan roti naan di sini sebagai antara yang terbaik di Ipoh. Pilihan utama pastinya roti naan cheese yang amat memikat selera. Minuman disini juga boleh dikatakan setanding dengan makanannya terutamanya teh tiga lapis yang menjadi buah mulut pengunjung di sini.

2. Mee Kari Daud Mat Jasak

Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh

Mee-Kari-Daud-Mat-Jasak-e1415198770519

Ipoh juga turut memiliki keunikan makanan yang tersendiri yang jarang didapati di tempat lain seperti mee kicap dan juga mee kari Ipoh yang popular di seluruh negara. Kini dengan mudah anda akan mendapati peniaga mee kari akan meminjam frasa mee kari ipoh untuk melambangkan kualiti mee kari yang dijual. Tetapi mee kari ipoh amat “authentic” dan mempunyai aura yang tersendiri.

Selain mee kari, mee kicap turut menambah keunikan restoran ini. Mee kicap amat popular di Ipoh dan menu ini sukar dicari di tempat lain. Penggemar kicap pasti sekali tidak akan melepaskan menu ini yang memang sedap dan berperisa.

Mee sup juga merupakan antara menu yang turut memikat. Selain mee, isinya boleh digantikan dengan bihun ataupun kueyteow. Terdapat kueyteow kari, kueyteow sup dan juga kueyteow kicap selain bihun. Jika anda ke Ipoh, pastinya kunjungan ke restoran ini bukanlah satu tindakan yang akan merugikan.

3. Restoran Mee Rebus Ramli

No. 767 , Taman Tasik Jaya, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh

IMG_3559

Mee rebus Ramli sememangnya satu nama yang tidak perlu diperkenalkan di sekitar Ipoh dan utara malah menjangkau sehingga ke Lembah Kelang untuk sesiapa yang pernah menikmatinya. Ramai yang menganggap inilah mee rebus sebenar dan yang terbaik di Malaysia.

Dengan kuahnya yang pekat dan amat sedap berserta cucur yang rangup itu menyerlahkan rasa mee rebus yang amat kuat. Perahan limau nipis akan menambahkan rasa masam yang akan melonjakkan selera setiap individu yang menikmatinya terutamanya mereka yang memang penggemar mee. Ada pelanggan menyifatkan mee rebus Ramli ini bukan saja sedap tetapi sangat sedap dan berada dalam taraf “royal”.

4. Restoran Simpang Tiga

D – G, Greentown Square, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450, Ipoh

3930703521_b976492aa3_o

Restoran ini menyajikan nasi padang terbaik dan pastinya resipinya adalah ‘essential’ dari Padang. Melihat dari luar, restoran ini kelihatan begitu mewah dan anda akan mengagak bahawa harganya pasti mahal dan membebankan, tetapi melangkah masuk ke dalam, anda pasti akan rasa selesa dan serasi dengan suasananya. Melihat hiasan dalamannya dan pakaian para pekerjanya, anda terasa seolah-olah berada di Medan malahan pekerjanya juga sememangnya berasal dari sana.

Restoran ini turut menawarkan khidmat majlis keramaian seperti perkahwinan dan sebagainya.  Suasana yang amat selesa ini menjadikan apa yang kita bayar amat berbaloi ditambah dengan kemudahan yang lengkap serta keramahan dan kecantikan pekerjanya.

5. Man Yong Tau Foo 

Gerai sisi di Restoran Pak Wan, Jalan Madrasah, Kg Sungai Tapah, Ipoh

0002BG302B2E8D40BB9006j images

Ipoh sememangnya terkenal dengan masakan cina atau Hainan yang begitu banyak membanjiri bandaraya ini. Yong tau foo adalah salah satu makanan yang menjadi ‘signature’ untuk Ipoh.Man Yong Tau Foo merupakan pilihan terbaik untuk yong tau foo halal di Ipoh. Gerai ini yang menumpang sisi sebuah kedai makan telah mencipta namanya yang tersendiri.

Dengan pilihan komponen yong tau foo terbaik dan segar dan kuahnya yang ala-ala kuah yong tau foo cina menjadikan Man yong tau foo menjadi kegemaran banyak penggemar yong tau foo. Rasa masam, manis dan pedasnya cukup untuk mengelakkan kita muak menikmatinya.

6. Medan Selera Taman Kanak-Kanak

Jalan Dato Tahwil Azhar, Ipoh

20150110_205757 20150110_204426

Antara yang menjadi sebutan dan diburu pelanggan adalah popia basah SS Ali. Dengan kulit popia yang lembut dan sedap, ditambah dengan isinya yang padat dan amat sedap sangat mudah menjerat deria rasa kita. Walaupun dimakan begitu sahaja, popia ini amat sedap, tambahan pula dimakan dengan kuahnya yang amat berperisa dan sangat sedap.

Satu lagi makanan yang bertaraf lagenda di TKK ini adalah satay endut. Ayam dan dagingnya di hiris nipis dan dibakar dengan garing selepas diperap dengan rempah ratus tersendiri yang amat sedap. Dengan bahagian luar yang garing dan isi yang masih berjus, pengalaman menikmati satay endut ini pastinya sukar anda lupakan dan anda pasti sekali lagi ke sini.

 

Owner inter4web.com. Online Businessman.

SIMILAR ARTICLES

0 4830

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge