Tags Posts tagged with "video"

video

0 1596
Video Parody Malaysia Terbaik Lagu LOSER BigBang

Korang peminat BigBang ? alaaa BigBang boys band dari Korea. Nak di katakan almost every year perform dekat Malaysia, if tak tahu nama ahli or lagu band ni, korang mesti pernah dengan nama BigBang ni dekat radio ke tv.  Sebab dekat Malaysia ni ada jugak yang anti dengan K-pop ni asal dengar lagu K-pop dekat radio je mesti tukar siaran radio. Standard laa tu kan.. tak semua orang boleh hadam.

Tahun ni BigBang ada buat tour dekat Malaysia, ada introduce lagu lagu baru diorang, okey la not bad. Aku pun search la satu lagu diorang nama tajuk LOSER dekat Youtube. Tapi yang menarik perhatian aku ada satu parody ni, selalu kalau parody aku malas layan. Tapi.. cover depan parody tu macam muka orang Melayu. Kata sapot, aku pun bukak laa..

Mula mula annoying jugak, lepas baca lirik dia aku tergelak jugak la, kelakar duhh serious. Make my night la.

Lepas aku habis tengok video ni, aku pun tengok la siapa Youtuber yang upload and rajin buat benda ni. Lupanya Kyopropaganda, Kyopropaganda ni dulu aku layan jugak masa sekolah dulu.. Video dengan Idea dia pelik pelik sikit, Hhuhhuhuu.. Lepas tu diorang senyap tak upload video apa dah, senyap 2 tahun. So aku pun unsubcribe la.

So kalau korang nak tahu and usha siapa Kyopropaganda ni haa . Check la diorng punya video swag swagg..

0 1884
FILEM Power Rangers terbaru yang penuh dengan aksi darah dan watak Rangers dibunuh seorang demi seorang langsung tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Filem Power Rangers terbaru ni hampeh
Sebuah filem pendek hasil peminat (fan made) menampilkan Power Rangers pada masa hadapan, disertai perlawanan antara robot-robot yang menyerupai Transformers.
Filem pendek berdurasi 14 minit dan 19 saat tersebut yang dimuatnaik ke laman YouTube merupakan hasil garapan pengarah filem terkenal ‘Lone Survivor’ dan ‘Dredd’, Adi Shankar.
Menerusi filem bertajuk Power/Rangers ini, kesan khas setaraf Hollywood digunakan. Aksi berdarah dan juga penggunaan senjata api menyebabkan filem ini tampak ganas. Tapi jika dilihat, dia dah potong-potong dari babak lain dari filem lain dan cantum-cantumkan menjadi filem yang agak boleh tahan disitu.
Paling best.. filem kat youtube ni sudah menarik view sehingga 4.4 juta perhatian selepas 22 jam dimuatnaik.
Peminat Power Rangers jelas mengkritik filem tersebut yang terlalu ganas dan kejam, namun pujian dan harapan juga banyak diberikan oleh peminat filem aksi supaya filem tersebut diolah menjadi sebuah filem yang panjang dan lengkap.
Jalan cerita yang ditampilkan pula mengandungi banyak ‘plot twist’ dan mengandungi kesan khas dari filem ‘Ironman’ dan juga filem ‘Transformers’.
Peminat Power Ranger dan peminat filem aksi boleh menonton filem ini, tapi bersedialah untuk penamat yang bakal mengejutkan anda.
Jom tengok Power Rangers (Fan Made) :

0 1904

Keputusan penuh AFC 2015 Kumpulan F

JDT (Malaysia) 4
East Bengal (India) 1

Bojan Hodak membariskan pemain-pemain tempatan ternyata berbaloi apabila rangkaian serangan JDT menemui rentak jaringan sekaligus membenam cabaran pasukan naib juara Liga India , East Bengal dengan jaringan 4-1. Rekod kubu kebal Larkin terus gah dengan kecemerlangan skuad Harimau Selatan itu mengawal permainan dan menggembirakan puluhan ribu penonton yang hadir di stadium . Gol-gold JDT dihasilkan Nazrin Nawi , Safiq , Safee dan S Chanturu. Sokongan padu penyokong tuan rumah yang  turut memainkan peranan membakar semangat pasukan tuan rumah menghasilkan kemenangan di bumi sendiri. Dan gol yang paling mengujakan pastinya sepakan gunting “bicycle kick” yang dihasilkan Safee Sali untuk gol ke- 4 JDT ! Gol tercantik perlawanan.

Syabas JDT !!! Kemenangan yang turut mengharumkan nama negara di pentas bolasepak Asia. – harimaumalaya

Jom tengok video-video gol pada perlawanan tersebut:

GOL PERTAMA JDT

GOL PERTAMA EAST BENGAL

GOL KEDUA JDT

GOL KETIGA JDT

GOL KEEMPAT JDT

0 1226

Luar biasanya seorang ayah.. Betapa seorang ayah sanggup buat apa sahaja demi memberi kebahagian kepada anak kesayangannya. Seorang ayah sanggup bekerja apa sahaja semata-mata mencari rezeki untuk keluarga. Seorang ayah sanggup ceria dan gembira di depan anak nya.. bila tengok video ni rasa touching pun ada. Kasih seorang ayah..

 

Ps – video ni dah lama .. saja nak kongsi semula dan buat simpanan di blog ni.

0 1430

Tahniah kepada Harimau Muda U22 kerana menjuarai BANGABANDHU GOLD CUP 2015  dengan jaringan 3 -2. Gol saat akhir minit 90 memberikan keputusan muktamad kemenangan malaysia. Bangladesh agak kuat juga pasukan mereka ni.. Bangladesh telah ke final setelah mengalahkan Thailand 1-0, dengan Thailand pun diorang boleh makan. Manakala Malaysia telah sampai ke final setelah mengalahkan singapore. Free Kick Nazirul Naim memang terbaik disusuli Gol Kumaran . Rekod tanpa kalah mereka disana memberi petanda baik kepada pasukan Malaysia untuk menghadapi perlawanan akan datang. Berikut adalah (video) Final Bangladesh vs Malaysia U22 full highlights BANGABANDHU GOLD CUP 2015 :

 

ps- Apa komen anda permainan Malaysia kali ini.?

0 1526

Sekarang ni sudah glamour Caliph Buskers di mana-mana station TV .. ini semua disebabkan lagu  Romancinta (Mojo) di AJL29 baru-baru ini cukup memberi impak hebat pada AJL kali ini. Tiba-tiba carian di internet “Caliph Buskers” terus meningkat dan trending. Video Caliph Buskers di Jalan TAR di youtube terus hot.. nyanyian busking mereka terus menjadi viral di internet. Masa ni mereka hanya dikenali oleh pengunjung jalan TAR aje. Tak glamour pun lagi.. AJL29 kali ini cukup memberi tuah kepada mereka. Terbaik.

Jom kita layan jap … Video Caliph Buskers di Jalan TAR

Ni pun ada lagi satu ..

0 1804

Fitnah Terhadap Ustaz Azhar Idrus 

azhar-idrus-kuliah1

Sejak dari semalam, kita digemparkan dengan penyebaran video skandal yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita.
Bagaimanapun, pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit. Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini.

berikut adalah gambar yang telah di manipulasi :

ohmedia-skandal-ustaz-azhar-idrus-cencored

dari gambar ini jelas menampakkan perbezaan tona kulit yang sangat ketara.

 

0 1549

atm-vs-kelantan-oktober-2013

Kelantan menang tipis 2-1 menentang ATM di Stadium Selayang pada 18 Oktober 2013 pada peringkat separuh akhir piala Malaysia 2013. Kemenangan penuh bermakna ini adalah untuk buat bekalan Kelantan pada perlawanan kedua nanti di Stadium Sultan Mohammad IV nanti pada 25 Oktober 2013 nanti.

 

Gol 1 Kelantan

 

Gol ke 2 Kelantan jaringan Norfarhan

 

 

Gol ATM

1 1246

Perlawanan penuh mendebarkan. Macam tengok cerita hindustan. Ada sedih, ada benci, ada suka, ada duka.. haha.. tu la org panggil football passion. penuh dengan drama.Kelantan hampir-hampir kalah apabila telah ketinggalan 3 – 2 .. tetapi hasil kerja keras dan semangat berpasukan yang tinggi, Kelantan telah memenangi perlawanan 1 September 2012 dengan 4 berbalas 3. Tahniah untuk pasukan Kelantan.

 

 

Siputhijau – walaupun aku bukan org Kelantan, tetapi pasukan kelantan tetap menjadi pasukan pilihan dihatiku..


Latest Articles

0 92
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...