Tags Posts tagged with "susu kambing"

susu kambing

Susu kambing merupakan susu  yang dihasilkan dari kambing betina setelah melahirkan anak. Sama seperti manusia, dalam jangka waktu 1-3 hari kambing betina tersebut akan menghasilkan susu berkualiti tinggi serta kaya dengan zat dan vitamin A, vitamin B, vitamin B2, vitamin C, vitamin D, laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi dan juga protein. Susu kambing sangat baik untuk menjaga kesihatan tubuh badan dalam kehidupan seharian. Namun ramai juga yang masih tidak tahu khasiat sebenar susu kambing ini..

khasiat-susu-kambing-etawa-bagi-kesehatan-dan-penyembuhan-usahaternak

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing merupakan susu paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” seperti

  • Penyakit demam kuning
  • Penyakit lemah jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Penyakit migran / kerap merasa pening kepala
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
  • Penyakit batuk kering atau TB
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
  • Sesuai diminum diwaktu pagi dan malam

Kelebihan Susu Kambing

  • Paling hampir dengan khasiat susu ibu, antara susu terbaik dalam dunia selepas susu ibu.
  • Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam.
  • Menguatkan tulang kerana susu kambing mengandungi kalsium.

khasiat-susu-sapi

Susu kambing adalah yang terbaik selepas susu ibu

  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali bukan asid
  • Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  • Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
  • Mudah dicerna, menyerap kedalam tubuh badan dan tidak menyebabkan alahan
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat, tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
  • Memulihkan tenaga batin dan awet muda

 

tumblr_m9xzdalxln1qc0i43

  • Madu

Madu merupakan satu – satunya makanan yang dihasilkan oleh lebah yang memiliki semua keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

 

raisins

  • Kismis

Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C  banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

 

ec420d1e8a6b2bd5c5d932541b47a1ea

  • Kurma

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik didunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

 

figs

  • Buah Tin

Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Qur’an dinamakan dengannya. Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

 

tumblr_inline_nxe0siqt9p1tes8iq_500

  • Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi omega 3 dan omega 6 yang juga terdapat didalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda – tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

 

 

  • Habatus Sauda

Habatus sauda sering diamalkan oleh Rasulullah SAW kerana khasiat dan kepentingan dalam tubuh badan. Daripada Abu Huraurah ra, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda “ Pada Habatus Sauda terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.

 

milk-547x401

  • Susu kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

Latest Articles

0 97
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...