Tags Posts tagged with "segmen kelakar"

segmen kelakar

0 1416

Mungkin Bertambah Gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tanjung Rambutan.Orang gila 1: (sambil naik atas meja) “Kamu tahu tak?”
Orang gila 2: “Tahu apa?”
Orang gila 1: “Aku nie matahari” (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi) “lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!”
Orang gila 2: (dalam hati) “Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa…”

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2: “Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya.”
Dokter: “Kenapa?”
Orang gila 2: “Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat.”
Dokter: “Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.”
Orang gila 2: “Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti…”
Dokter: “???”

 

0 1550

Pesakit Jiwa dan Kolam Renang

Selepas melakukan rawatan kepada pelbagai pesakit di rumah sakit jiwa, seorang doktor yang terkenal ingin mengetahui perkembangan pesakit. Suatu tengah hari, ia meminta kedua puluh pesakitnya berkumpul di dekat sebuah kolam renang yang sengaja tidak diisi air.Doktor berseru, “Hari ini, saya ingin melihat apakah keadaan kalian sudah normal atau belum. Saya hitung sampai tiga, kalian semua masuk ke kolam renang! Jika tidak, saya akan memukul kalian.”Doktor berfikir jika mereka benar-benar menceburkan diri, bermakna mereka masih gila.

“Oke, kita mulai. Satu … dua … tiga ….” Sekitar lima belas pesakit langsung berlari dan menceburkan diri. Meski senang kerana ada lima pesakit yang tidak menceburkan diri, doktor berpura-pura memarahi mereka.

Doktor: “Hai kalian, mengapa tidak lari?”
Pesakit: “Maaf, Doktor, saya tidak suka dan tidak boleh berenang.”
Doktor: “Kolam itu tidak dalam, kamu tidak akan tenggelam. sekarang, cepat lari!”

Empat orang pesakit akan berlari dan menceburkan diri.

“Ternyata mereka masih gila,” fikir doktor. Tetapi, dia gembira kerana masih ada satu pesakit yang tidak berlari. Sambil masih berpura-pura marah, doktor mendekati pesakit yang tinggal itu.

Doktor: “Mengapa tidak lari? Tidak boleh berenang juga?”
Pesakit: “Boleh Dok.”
Doktor: “Mengapa tidak lari? Sekarang, lari atau saya pukul?” (teriak doktor)
Pesakit: “Meskipun doktor pukul saya, saya tidak akan lari. Sememangnya, saya gila?”
Doktor: (Dengan wajah yang agak berseri dan menurunkan suara) “Bagus, bererti kamu sudah bertambah baik sekarang.” (Untuk memastikan, doktor bertanya lagi) “Cuba jelaskan mengapa kamu tidak lari!”
pesakit: “Tidak, Dok, airnya sejuk.. saya tidak tahan mandi air sejuk.”

 

Latest Articles

0 168
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...