Tags Posts tagged with "sajian durian"

sajian durian

0 94

Raja segala buah.  Inilah gelaran yang sinonim dengan durian. Buah yang dikenali dengan kulit yang tajam tetapi isi dalam yang sangat lembut dan creamy. Buah durian ini popular di kalangan masyarakat melayu, india ataupun cina. Ini kerana ia tergolong dalam buah-buahan tempatan yang bermusim. Walaupun rasa durian ini sangat digemari, namun ia tidak harus diambil dalam kuantiti yang banyak kerana ia bersifat panas dan berkemungkinan akan menyebabkan kita demam.

Selain makan secara asli , durian juga telah dipelbagaikan dengan bermacam resepi yang lazat dan turut digemari. Disini saya kongsikan sedikit makanan yang berunsurkan durian.

SAMBAL DURIAN

photo

Sambal durian atau lebih sinonim dengan panggilan tempoyak adalah salah satu menu yang sering menjadi pilihan para penggemar durian. Tempoyak adalah isi durian yang telah diperam. Tempoyak yang biasanya dicampur dengan cili api untuk menaikkan rasa pedas sangat enak dimakan bersama nasi panas dan ikan. Ia menjadi pilihan masyarakat melayu sama ada di kampung atau bandar.

LEMPOK DURIAN

img_47111

Lempok durian pula datang dengan rasa yang manis kerana dicampur dengan gula dan sedikit garam. Ia biasanya dimakan bersama pulut putih. Rasa asli isi durian pula lebih menarik kerana ia sedikit berkuah. Lebih enak jika lempok durian ini disimpan di dalam peti sejuk. Walaupun rasanya seperti dodol durian, namun terdapat perbezaan yang hanya penggemar durian menegetahuinya.

DURIAN CREPE

durian-crepe-3

Durian crepe adalah menu berasaskan durian yang dimodenkan sedikit. Kulit durian crepe diperbuat dari campuran tepung dan pewarna kuning yang berupa warna durian manakala isinya dipenuhi oleh isi asli durian dengan vanilla cream. Selalunye menu ini menjadi pencuci mulut/manisan. Selain masyarakat kita, penduduk luar juga gemar dengan rasa campuran vanilla cream ini.

DURIAN BAKAR

046633900_1466413994-20062016-durian-bakar4

Mungkin kita sudah biasa dengan nama ubi bakar dan juga jagung bakar. Tetapi satu lagi buah yang boleh dibakar ialah durian. Mungkin agak pelik tetapi ia benar-benar wujud dan menjadi makanan khas suku dayak di Kalimantan. Bagi yang ingin merasa durian bakar ini, anda hanya perlu membakarnya sendiri kerana prosesnya amat mudah. Buah durian yang masih lengkap dengan kulit berduri diikat di atas tungku api dan dibakar lebih kurang 5 minit. Selepas mengangkatnya, tunggu sehingga kulitnya sejuk. Bagi yang tidak gemar dengan aroma durian tetapi ingin merasa, alternatif ini boleh diguna pakai kerana setelah dibakar, bau aroma durian akan kurang. Tetapi rasa asli durian tetap menyengat.

AISKRIM GORENG DURIAN

p1110456

Ais krim goreng durian juga merupakan pencuci mulut yang digemari. Ia adalah sejenis roti goreng yang berintikan isi durian. Ia rangup diluar namun lembut dan sangat creamy di dalam. Anda wajib mencubanya sendiri.

 

Ada macam-macam lagi aneka juadah yang dihasilkan dari durian.. kot ada yang lain boleh la share dengan saya disini..

Latest Articles

0 41
Susu kambing merupakan susu  yang dihasilkan dari kambing betina setelah melahirkan anak. Sama seperti manusia, dalam jangka waktu 1-3 hari kambing betina tersebut akan...