Tags Posts tagged with "Piala Malaysia"

Piala Malaysia

0 1002

Perlawanan separuh akhir  yang dinantikan oleh rakyat Negri Sembilan untuk memastikan rekod kejayaan tahun-tahun sebelum ini dapat dikekalkan. ATM juga ingin memastikan kejayaan mlm ini ditempat sendiri tercapai, sekurang-kurangnya 1 mata.

 

Siputhijau – maaf atas qualiti yg tidak begitu baik.. ūüôā

0 1230

 

Johor berjaya membenam PKNS 2:0 tetapi masih tersingkir di saingan Piala Malaysia 2012. Ini disebabkan Johor berada di tangga ke 3 dibelakang Johor FC dan Lion XII. Berikut adalah video kejayaan mereka

 

 

Siputhijau – Tahniah Tengku Mahkota Johor kerana telah memberi semangat baru kepada pasukan Johor

0 1298

Setelah berjuang abis-abisan bertemu ATM 1 September lalu, perjuangan Kelantan perlu diteruskan lagi dengan bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Kedah. Kelantan harus menang untuk memastikan mereka terus di peringkat seterusnya. Kedah juga ingin memastikan perjuangan mereka sehingga ke perlawanan terakhir bertemu ATM 14 September nanti.. Jika Kedah menang, mereka masih lagi mampu layak untuk keperingkat seterusnya.

Kita ingin melihat perlawanan tersusun dan kemas oleh kedua-dua pasukan. Kedah kehilangan tunggak penjaga gawang berpengalaman Mohd Helmi Eliza Elias disebabkan layangan kad merah ketika bertemu Terengganu pada 1 September lalu . Kelantan seharusnya menggunakan kesempatan ini dengan baik utk memastikan mereka tidak keciciran mata.

Link Streaming Kedah vs Kelantan Piala Malaysia 4 September 2012. Klik disini.

 

Siputhijau – Asal perak .. tapi peminat bola pasukan redwarrior

0 1462

 

Perlawanan yang dinantikan oleh penyokong Kelantan. ATM akan bertandang ke Stadium Mohamad ke-IV, yang semestinya seperti berada di suasana perlawanan akhir Piala Malaysia. Stadium Kelantan akan penuh dengan penyokong fanatik mereka. Sebelum ini perlawanan di Stadium Selayang, kedua-dua pasukan hanya mampu berkongsi mata apabila perlawanan berkesudahan 1 sama. Kelantan sangat memerlukan kemenangan pada perlawanan ini bagi menempatkan pasukan kelantan sekurang-kurangnya tempat ke dua kumpulan B. ATM jika mereka menang pada perlawanan 1 September 2012 ini, terus melayakkan mereka ke peringkat suku akhir. Diharapkan Mat yo, Piya, Indra Putra, Daudsu, Farhan dan Gadar bermain dalam prestasi sebenar.

 

 







Siputhijau – perlawanan yg ditunggu-tunggu. akan cuba update jika ada saluran streaming lain.
Saluran Streaming seperti berikut ;

0 1166

Hari ini 1 September 2012 akan berlangsung perlawanan ke 4 Piala Malaysia 2012.

Berikut adalah jadual perlawanan pada minggu ini ;

 

Lions XII FC 19:45 Johor
Sarawak 20:15 Pahang
Johor FC 20:45 Selangor PKNS
Kelantan 20:45 ATM
Terengganu 20:45 Kedah
Perak 20:45 Negri Sembilan
Sime Darby 20:45 Felda United FC
Selangor 20:45 Terengganu T-Team

 

Siputhijau – Perlawanan yg aku nak tgk Kelantan vs ATM, dua-dua team ada pemain STAR ..

0 1276

Kelantan berjaya juga memperolehi kemenangan pertama dalam Piala malaysia 2012. Kedah terlebih dahulu menjaringkan gol awal melalui gol Khyril Muhaimin. Kelantan menjaringkan 2 gol melalui pemain pinjaman mereka, Afiq.

Saksi video gol perlawanan ;

 

siputhijau – tidak sempat nak tengak secara langsung di TV. Mungkin lain kali kita pegi stadium pulak..

1 1738

Perlawanan yang pasti dinanti-nantikan oleh penyokong tegar Kelantan. Sebelum ini, Kelantan telah mengalami kekalahan 0-2 apabila bertandang ke Terengganu. Pastinya Kelantan mahukan kemenangan bergaya malam ini 25 Ogos 2012. Walaubagaimana pun, Kedah bersama jurulatih baru, Mario Tot dari Croatia akan mengamalkan permainan menarik dan memastikan kemenangan dipihak mereka. Kita saksikan perlawanan hebat mereka mlm ni.

 

Senarai live streaming Kelantan vs Kedah Piala Malaysia 25 Ogos 2012;

 

link akan kemaskini

0 1572

 

Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak Perak dan Felda United. Perak bersama dengan jurulatih baru dari Korea Selatan, Jang Jung menjanjikan perlawanan menghiburkan dan berhasrat untuk memenangi perlawanan kali ini. Sebelum ini, Perak hanya mampu seri apabila bertandang ke Sarawak.

Senarai link streaming Perlawanan Perak vs Felda United 25 Ogos 2012 ;

link 1 TV1

0 1285

Perlawanan ke 2 untuk semua pasukan Piala Malaysia berlangsung hari ni 25/08/2012. Pasukan gergasi seperti Selangor, Negeri 9 dan Kelantan pasti akan berusaha keras untuk memastikan kemenangan mereka setelah keputusan tidak memberangsangkan pada perlawanan sebelum ini.

Jadual Perlawanan tertera dibawah;

Siputhijau – Jom pakat pegi stadium terdekat.. teman nengok di stadium astro aje.. hehe

0 1410

Berikut adalah keputusan perlawanan pada malam 22/08/2012. Keputusan yang agak mengejutkan. Beberapa nama besar kalah dengan pasukan underdog. Seperti biasa perlawanan antara Terengganu dan Kelantan berlangsung penuh dengan kontroversi dengan 1 kad merah telah dilayangkan kepada Daud Su kerana mengutup 2 kad kuning. Kelantan tewas di bumi terengganu 2 – 0. Begitu juga dengan Selangor tewas di tangan Sarawak 1 -2 . Selangor yang dikatakan mudah menjinakkan sarawak sebaliknya tewas dengan taktikal sarawak.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan;

 

Keputusan perlawanan malam ini 22/08/2012  masih lagi tidak menjamin mana-mana pasukan untuk ke separuh akhir. Ada beberapa perlawanan lagi harus ditempuh dan perlawanan terdekat adalah pada sabtu 25/08/2012. Marilah kita beramai-ramai ke stadium untuk menyokong pasukan kegemaran anda.

Sedutan Video Perlawanan Piala Malaysia akan disiarkan sedikit masa lagi.

SiputHijau – Nasib baik perak seri malam ni.. teringin nak tgk bagaimana Coach dari Korea Selatan mengolah pasukan Perak.

Latest Articles

0 643
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...