Tags Posts tagged with "Piala Fa"

Piala Fa

0 1715

13103371_617045758458727_2897790324770027614_n-696x463

Piala FA perlawanan suku akhir antara Johor DT dan Kedah bermula dengan suasana yang hangat di Stadium Larkin, kali ini kelebihan lebih berpihak kepada Johor DT walaupun sukar kerana memandangkan Kedah mempunyai kelebihan daripada perlawanan pertama.

Pada minit awal lagi JDT telah memberikan tekanan kepada barisan pertahanan Kedah. Serangan demi serangan bertubi-tubi melalui Jorge Diaz, Azinee Taib, Syafiq Rahim dan juga Lucero. Namun setiap serangan masih dapat di kawal oleh benting pertahanan.

Tetapi pada minit ke-23, Jorge Diaz, berjaya menjaringkan gol dengan mudah akibat dari kesilapan pemain kedah sendiri. Perebutan bol menyebabkan gawang terhidang luas dengan tenang Diaz berjaya menjadikan kedudukan 1-0 dan 2-2 secara agregat.

Selepas jaringan Diaz, Kedah kelihatan semakin hilang tempo perlawanan, Kedah lebih banyak bertahan. JDT berjaya menguasai padang dengan rentak yang lebih baik, hantaran demi hantaran, percubaan demi percubaan berjaya di hasilkan. Tamat separuh masa pertama dengan jaringan 1-0.

i

Kedah bermula separuh masa kedua, dengan rentak yang agak baik, mereka berjaya mengawal bahagian tengah dengan lebih yakin berbanding pada separuh masa pertama.

Walaupun Kedah mewujudkan banyak peluang pada separuh masa kedua, namun tidak dapat mencari sentuhan jaringan, semasa Kedah sibuk mencari jaringan penyamaan JDT berjaya melakukan serangan balas, serangan bermula daripada Diaz di sebelah kiri. Diaz berjaya meloloskan diri masuk ke dalam kotak penalti dan melakukan hantaran kepada Lucero, hantaran dengan mudah meletakkan JDT di hadapan 2-0.

Johor kembali yakin mendominasi permainan, Kedah berjaya merapatkan jurang jaringan melalui gerakan sola Fakri Saarani. Kedudukan 2-1 dengan agreget 4-3

Sebelum tamat perlawanan Diaz berjaya menjaringkan gol kemenangan, dengan agreget 4-3.

Perlawanan Tamat JDT 3(4) 1(3)

 

0 3249

Tahun baru, azam baru, setiap pasukan bertekad untuk menjulang piala piala FA, piala keramat. Tetapi tahun ni mungkin lebih sukar untuk dijangkakan pasukan mana yang akan menjulang piala keramat ini, kerana setiap pasukan telah menggunakan modal yang banyak untuk diperbelanjakan bagi membeli hikmat pemain-pemain handalan dari luar negara.

JADUAL PIALA FA 2015

Jadual lengkap Undian Piala FA 2015[6]

 

 

Dengan penambahan 4 pasukan yang ingin merebut kejuaraan Piala FA pada tahun ini sudah memberikan kehangatan kepada penyokong penyokong sukan bola sepak tanah air dan memberi cabaran kepada setiap pasukan yang bertanding. Jika di lihat pada jadual tahun 2015, cabutan undian tidak berpihak kepada pasukan Tok Gajah (PAHANG) dan pasukan Harimau Selatan (JDT)  untuk bertemu di Final seperti piala Malaysia. Malahan mereka berjumpa pada perlawanan yang pertama piala FA.

Adakah tahun ini pahang dapat menggelakkan kejuaran pada tahun lepas, selepas menewaskan Felda United 2-1 pada final piala FA. Ataupun JDT menghancuran kan harapan pahang pada awal awal pusingan piala FA 2015.

Screen-Shot-2014-06-08-at-8.09.14-AM

Marilah kita bersatu memberi sokongan yang penuh tanpa berbelah bahagi, demi untuk meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak tanah air kita.

Latest Articles

0 92
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...