Tags Posts tagged with "Perkahwinan"

Perkahwinan

0 73

Setiap pasangan pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah, mewah dan ala-ala Weding Of The Year. Ini kerana perkahwinan adalah satu majlis raja sehari yang pasti anda ingin rasa hanya sekali seumur hidup. Dengan kemeriahan dan kesempurnaan majlis itu, pasti akan menjadi memori terindah hingga ke akhir hayat. Namun harus diingat juga, taraf ekonomi pada masa kini sangat jauh berbeza dengan zaman dahulu. Semuanya memerlukan belanja yang besar. Bermula dari awal pengurusan pernikahan, perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain.

Jika anda menghabiskan terlalu banyak duit untuk perkahwinan tersebut, bagaimana pula dengan kehidupan anda setelah berkahwin kelak. Sudahkan anda berfikir sejauh itu?

Anda dan pasangan harus bersedia dari segi mental dan fizikal kerana kehidupan selepas kahwin juga memerlukan belanja harian. Anda dan pasangan harus mempunyai perancangan agar tidak diganggu konflik kewangan. Kebanyakan kes penceraian juga berlaku kerana masalah kewangan keluarga yang tidak dapat dibendung. Hal ini hars dielakkan agar tidak berlaku perselisihan faham kelak.

 

Saya kongsikan beberapa tips untuk anda jimatkan bajet perkahwinan.

 

1. Ketepikan ‘standard’ anda

Elakkann berhutang semata-mata untuk membayar kos perkahwinan yang besar. Ini kerana hutang adalah salah satu punca anda dan pasangan kelak dilanda kesusahan. Anda berkemungkinan besar akan hidup tersepit dengan hutang yang harus dibayar dan ini punca anda dan pasangan merasa tidak bahagia di dalam rumahtangga. Amalkan cara, hanya mengambil pakej perkahwinan yang mengikut bajet yang sedia ada di tangan anda.

2. Jumlah tetamu

Anda harus menetapkan jumlah tetamu yang ingin dijemput agar anda dapat menguruskan bajet anda dengan baik. Setelah jumlah tetamu ditetapkan, anda dapat mengira bilangan kad jemputan, cenderamata, makanan dan sebagainya. Jika ingin menjimatkan bajet, jemputan tidak perlu terlalu ramai. Yang penting keluarga, sahabat dan jiran terdekat dijemput bagi mengelak fitnah.

3. Busana perkahwinan

Elakkan menempah busana perkahwinan yang baru kerana harganya jauh lebih tinggi. Anda hanya perlu sewa sahaja kerana ia lebih menjimatkan. Setelah selesai majlis, anda hanya pulangkan busana tersebut ke butik. Ini lebih menjimatkan dari anda membeli busana hanya untuk dipakai sehari sahaja kemudian disimpan didalam almari sehingga berhabuk.

4. Membeli belah ketika potongan harga

Anda tidak perlu membeli barangan yang terlalu mahal. Cuba cari barangan perkahwinan ketika promosi potongan harga. Mungkin anda boleh menghadiri Ekspo perkahwinan yang seringkali diadakan. Disana anda akan mendapat harga jauh lebih rendah dan anda juga dapat mebuat pilihan mengikut bajet yang sesuai.

 

27

5. Majlis rewang (gotong-royong)

Majlis gotong royong adalah salah satu cara berjimat. Malah ia jauh lebih jimat berbanding anda mengambil khidmat katering. Anda hanya perlu membeli bahan basah dan bahan masakan yang perlu kemudian bergotong royong bersama jiran tetangga dan saudara-mara menyediakan makanan untuk majlis. Selain menjimatkan kos, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

6. Awasi perbelanjaan bulanan

Dari sinilah anda boleh cuba menyimpan duit. Elakkan perbelanjaan yang berlebihan. Pentingkan keperluan bukannya kehendak. Jika perlu, beberapa bulan sebelum majlis, elakkan selalu keluar bersama pasangan untuk mengelakkan anda mengeluarkan perbelanjaan berlebihan. Jika perlu, hanya bawa bekal makanan ke tempat kerja.

7. Elakkan merokok

Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.

8. Hantaran

Elakkan berbalas hantaran dengan kos yang tinggi. Tidak perlu terlalu mengikut trend. Hanya beli hantaran ala kadar sahaja. Asalkan hantaran tersebut berguna.

9. Akaun bank khas

Anda boleh cuba membuka satu akaun khas untuk menyimpan duit kos perkahwinan anda. Dengan cara ini, akan mengelakkan anda mengeluarkan simpanan tersebut untuk kegunaan lain. Jika perlu, kad bank tersebut serahkan kepada ibu/ayah anda dan jangan ambil sehingga sampai waktu anda untuk membayar kos perkahwinan yang perlu.

1 1564

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

niat-solat-sunat-nikah

  • Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dannikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
  • Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
  • Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
  • Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a’lamin…

married-couple

0 1614

Macam-macam matsaleh buat utk perkahwinan dioranag. Ada yang gempak.. ada yang hampeh.. tapi yang ni agak ntah apa-ntah. Video ni agak glamer di youtube. Sajer nak share dengan kawan-kawan.

 

 

Latest Articles

0 41
Susu kambing merupakan susu  yang dihasilkan dari kambing betina setelah melahirkan anak. Sama seperti manusia, dalam jangka waktu 1-3 hari kambing betina tersebut akan...