Tags Posts tagged with "Nora"

Nora

0 1489

Nora Dan Nedim Nazri Sudah Putus Cinta


Itu sahaja hubungan cinta antara aktres, Nora Danish dan Nedim Nazri disahkan sudah berakhir selepas berdepan dengan khabar angin mengenai status percintaan mereka sejak beberapa minggu lalu.

Memetik laporan portal mStar Online, Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34 mengesahkan khabar angin perpisahan mereka pada Ahad lepas dengan menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat atas persetujuan dan kebaikan bersama.

Hmm… Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki,” katanya memetik laporan mStar Online.

Status hubungan mereka berdua mula menjadi tanda tanya peminat apabila Nora Danish dan Nedim langsung tidak memuat naik gambar masing-masing sejak beberapa minggu lalu.

Nora bagaimanapun tidak menjelaskan punca perpisahan antara mereka berdua.

Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang,” ujarnya.

Latest Articles

0 92
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...