Ramai antara kita sangat teruja sebelum mula melancong, tetapi jangan lupa kelengkapan supaya barang-barang penting tidak tertinggal dan dibawa bersama semasa bercuti. Buat mereka yang pertama kali bercuti keluar negara, sedikit catatan ringkas tentang barang penting yang perlu disediakan sebelum memulakan percutian .
Pasport
Pasport boleh diumpamakan sebagai kad pengenalan diri ketika melancong. Sebelum membeli tiket, pastikan pasport telah dibuat atau tidak tamat tempoh. Maklumat pasport diperlukan untuk diisi, nombor pasport, dan tarikh tamat tempoh pasport. Pastikan kita simpan pasport ditempat yang senang diingat dan selamat, cuba untuk menjaga pasport sebaik mungkin.
Tiket Penerbangan
Sudah tentu tiket penerbangan penting. Biasanya, tiket ini akan diselitkan sekali kedalam pasport. Periksa maklumat penerbangan supaya tidak terlepas hari dan masa yang ditetapkan. Dinasihatkan masuk balai berlepas lebih awal dari waktu yang tertera. Kita tidak mahu keadaan menjadi kelam kabut dan akan menimbulkan masalah lain seperti tercicir barang atau lain-lain.
Duit (Ikut Negara)
Tukar duit mengikut negara yang kita tuju sebelum bertolak, walaupun di sana juga mempunyai Money Changer. Tetapi keadaan ekonomi negara yang tidak berapa stabil ini menyebabkan tidak banyak money changer diluar negara menerima ringgit sebagai tukaran wang. Disarankan menukar dahulu sebelum bertolak kerana kita tidak cemas untuk mencari money changer apabila tiba disana.
Kad ATM/Kad Kredit
Sebagai persediaan, kad ATM yang digunakan di Malaysia boleh diaktifkan untuk pengeluaran luar negara. Tujuannya apabila berlaku kecemasan, kita boleh minta bantuan dari ahli keluarga di Malaysia. Kad kredit juga boleh dijadikan sebagai pengganti jika kita tidak cukup kewangan di tangan kita.
Ubat-ubatan
Adalah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang yang mengalami muntah-muntah atau sakit ketika melancong,ini kerana mereka tidak biasa dengan keadaan diluar negara.
Barangan keperluan
Berus gigi, pencuci muka dan barangan keperluan untuk mandian juga kelengkapan penting yang harus dibawa. Barangan elektrik seperti charger handphone tersenarai dalam kelengkapan penting. Bateri handphone hendaklah didalam keadaan penuh untuk kegunaan.