Tags Posts tagged with "Kelantan"

Kelantan

0 1182

Gol menarik dari Nor Farhan Mohd dari kelantan menceriakan penyokong Kelantan yang penuh membanjiri Stadium Sultan Mohammed Ke IV  pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia 2012. Gol tunggal pada perlawanan itu memberi kelebihan Kelantan untuk dibawa ke Stadium Shah Alam pada 12 Oktober 2012 nanti.

 

 

 

siputhijau – Tahniah Kelantan –Datuk RajaGobal patut try Farhan dalam Team Harimau Malaya

0 1198

 

1. Kelantan bermain seperti biasa dengan rentak perlawanan agak perlahan tetapi tersusun

2. Kelantan lebih mengawal perlawanan keseluruhan.

3. Kemasukkan Ghadar pada separuh masa kedua telah memberi semangat baru dan seterusnya Kelantan mula menjaringkan gol.

4. Lihat video dibawah gol-gol perlawanan ;

 

 

siputhijau – suka akhir banyak gol-gol cantik..

 

0 1350

Setelah berjuang abis-abisan bertemu ATM 1 September lalu, perjuangan Kelantan perlu diteruskan lagi dengan bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Kedah. Kelantan harus menang untuk memastikan mereka terus di peringkat seterusnya. Kedah juga ingin memastikan perjuangan mereka sehingga ke perlawanan terakhir bertemu ATM 14 September nanti.. Jika Kedah menang, mereka masih lagi mampu layak untuk keperingkat seterusnya.

Kita ingin melihat perlawanan tersusun dan kemas oleh kedua-dua pasukan. Kedah kehilangan tunggak penjaga gawang berpengalaman Mohd Helmi Eliza Elias disebabkan layangan kad merah ketika bertemu Terengganu pada 1 September lalu . Kelantan seharusnya menggunakan kesempatan ini dengan baik utk memastikan mereka tidak keciciran mata.

Link Streaming Kedah vs Kelantan Piala Malaysia 4 September 2012. Klik disini.

 

Siputhijau – Asal perak .. tapi peminat bola pasukan redwarrior

1 1447

Perlawanan penuh mendebarkan. Macam tengok cerita hindustan. Ada sedih, ada benci, ada suka, ada duka.. haha.. tu la org panggil football passion. penuh dengan drama.Kelantan hampir-hampir kalah apabila telah ketinggalan 3 – 2 .. tetapi hasil kerja keras dan semangat berpasukan yang tinggi, Kelantan telah memenangi perlawanan 1 September 2012 dengan 4 berbalas 3. Tahniah untuk pasukan Kelantan.

 

 

Siputhijau – walaupun aku bukan org Kelantan, tetapi pasukan kelantan tetap menjadi pasukan pilihan dihatiku..


0 1521

 

Perlawanan yang dinantikan oleh penyokong Kelantan. ATM akan bertandang ke Stadium Mohamad ke-IV, yang semestinya seperti berada di suasana perlawanan akhir Piala Malaysia. Stadium Kelantan akan penuh dengan penyokong fanatik mereka. Sebelum ini perlawanan di Stadium Selayang, kedua-dua pasukan hanya mampu berkongsi mata apabila perlawanan berkesudahan 1 sama. Kelantan sangat memerlukan kemenangan pada perlawanan ini bagi menempatkan pasukan kelantan sekurang-kurangnya tempat ke dua kumpulan B. ATM jika mereka menang pada perlawanan 1 September 2012 ini, terus melayakkan mereka ke peringkat suku akhir. Diharapkan Mat yo, Piya, Indra Putra, Daudsu, Farhan dan Gadar bermain dalam prestasi sebenar.

 

 







Siputhijau – perlawanan yg ditunggu-tunggu. akan cuba update jika ada saluran streaming lain.
Saluran Streaming seperti berikut ;

0 1328

Kelantan berjaya juga memperolehi kemenangan pertama dalam Piala malaysia 2012. Kedah terlebih dahulu menjaringkan gol awal melalui gol Khyril Muhaimin. Kelantan menjaringkan 2 gol melalui pemain pinjaman mereka, Afiq.

Saksi video gol perlawanan ;

 

siputhijau – tidak sempat nak tengak secara langsung di TV. Mungkin lain kali kita pegi stadium pulak..

0 2471

Malam tadi 24 Ogos 2012, penjaga gawang gol Kelantan, Khairul Fahmi Cek Mat (Apek) eksiden. Abis kereta dia teruk kat bahagian tepi. Dengarnya Apek pun cedera sedikit. Kemungkinan dia tidak dapat beraksi untuk perlawanan Piala Malaysia Kelantan vs Kedah 25 Ogos 2012. lihat gambar dibawah ;

 

siputhijau – Kita berharap agar khairul fahmi dapat beraksi malam ni.. harap cedera dia tidak la seteruk mana. amiiinn..

1 1806

Perlawanan yang pasti dinanti-nantikan oleh penyokong tegar Kelantan. Sebelum ini, Kelantan telah mengalami kekalahan 0-2 apabila bertandang ke Terengganu. Pastinya Kelantan mahukan kemenangan bergaya malam ini 25 Ogos 2012. Walaubagaimana pun, Kedah bersama jurulatih baru, Mario Tot dari Croatia akan mengamalkan permainan menarik dan memastikan kemenangan dipihak mereka. Kita saksikan perlawanan hebat mereka mlm ni.

 

Senarai live streaming Kelantan vs Kedah Piala Malaysia 25 Ogos 2012;

 

link akan kemaskini

0 1323

Perlawanan ke 2 untuk semua pasukan Piala Malaysia berlangsung hari ni 25/08/2012. Pasukan gergasi seperti Selangor, Negeri 9 dan Kelantan pasti akan berusaha keras untuk memastikan kemenangan mereka setelah keputusan tidak memberangsangkan pada perlawanan sebelum ini.

Jadual Perlawanan tertera dibawah;

Siputhijau – Jom pakat pegi stadium terdekat.. teman nengok di stadium astro aje.. hehe

0 1469

Berikut adalah keputusan perlawanan pada malam 22/08/2012. Keputusan yang agak mengejutkan. Beberapa nama besar kalah dengan pasukan underdog. Seperti biasa perlawanan antara Terengganu dan Kelantan berlangsung penuh dengan kontroversi dengan 1 kad merah telah dilayangkan kepada Daud Su kerana mengutup 2 kad kuning. Kelantan tewas di bumi terengganu 2 – 0. Begitu juga dengan Selangor tewas di tangan Sarawak 1 -2 . Selangor yang dikatakan mudah menjinakkan sarawak sebaliknya tewas dengan taktikal sarawak.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan;

 

Keputusan perlawanan malam ini 22/08/2012  masih lagi tidak menjamin mana-mana pasukan untuk ke separuh akhir. Ada beberapa perlawanan lagi harus ditempuh dan perlawanan terdekat adalah pada sabtu 25/08/2012. Marilah kita beramai-ramai ke stadium untuk menyokong pasukan kegemaran anda.

Sedutan Video Perlawanan Piala Malaysia akan disiarkan sedikit masa lagi.

SiputHijau – Nasib baik perak seri malam ni.. teringin nak tgk bagaimana Coach dari Korea Selatan mengolah pasukan Perak.

Latest Articles

0 886
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...