Kampung baru adalah satu – satunya kawasan perumahan lama yang terletak ditengah – tengah bandar Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan KLCC. Disini dapat dilihat kediaaman lama yang masih ada sejak zaman kemerdekaan lagi, ini kerana kita ingin terus mengekalkan tradisi dan cara hidup serta budaya melayu walapun ia terletak ditengah bandar. Disebabkan ingin terus mengekalkan budaya dan cara hidup lama, ini menjadikan peluang untuk tujuan pelancongan semakin besar.
Makanan adalah tumpuan utama tarikan pelancong bagi mereka yang ingin merasai resipi masakan melayu yang jadi turun temurun sejak dulu lagi. Terdapat beberapa kedai makanan melayu yang boleh dikunjungi disini dan pelbagai jenis makanan boleh didapati, antaranya …
- Ikan bakar
Pak Lang Ikan Bakar menyajikan pelbagai jenis ikan bakar dan terkenal di kampung baru, terletak di pintu utama jalan ke kampung baru. Terdapat juga pelbagai jenis lauk masakan melayu, dan anda akan rasa rugi jika tidak mengambil ikan bakar sebagai lauk utama dalam makanan anda.
- Nasi lemak
Nasi Lemak Antarabangsa menjadi buah mulut orang ramai kerana sering mendapat kunjungan ramai, terkenal dengan resipi nasi lemak tersendiri. Terdapat juga pelbagai jenis lauk yang sesuai dimakan dengan nasi lemak seperti sambal sotong, ayam rendang, dan sambal kerang mengikut selera masing – masing.
- Ayam penyet
Ayam penyet ini asalnya dari Indonesia, namun telah menjadi kebiasaan sajian ini menjadi sajian istimewa. Wong Solo adalah kedai yang menyajikan ayam penyet dan terkenal di kampung baru, ayam ini di goreng sehingga rangup dan isi menjadi lembut. Sambal ayam penyet yang menjadikan sajian ini istimewa kerana sambal ini sesuai untuk dimakan bersama.
- Sup Tulang
Hale’s Kitchen adalah sebuah kedai masakan ala barat, namun ia juga menyajikan masakan melayu antaranya sup tulang. Sup tulang ini penuh dengan rasa lemak dan daging lembut yang menjadikan sup ini terkenal.
- Tomyam seafood
Rosdet Tomyam paling terkenal di kampung baru dengan sajian tomyam, serta masakan Thailand. Terdapat pelbagai jenis masakan tomyam yang boleh didapati disini antaranya tomyam udang, ayam, sotong, ketam dan pelbagai jenis lagi. Masakan tomyam disini menjadi terkenal dengan masakan tomyam yang pedas dan pekat.
- Mee rebus
Jika ingin mencari mee rebus di kampung baru, kedai Mee Rebus Utara Pasembur amat terkenal disini. Disini menyajikan mee rebus penang, dengan resipi tersendiri dan harga berpatutan menjadikan kedai ini tarikan utama mee rebus di kampung baru.