Tags Posts tagged with "Gadget"

Gadget

0 477

tumblr_mz4l4g2ds71sg9qiso1_500

Teknologi pada masa kini tidak dinafikan semakin maju dan banyak memberi kebaikan kepada ekonomi negara dan kemudahan kepada kita semua. Namun ada juga keburukan kesan daripada kemajuan teknologi ini terutama anak-anak kecil yang lahir pada zaman yang penuh kemodenan.

Kebanyakan ibu bapa sudah memberi anak-anak mereka menggunakan gadget sejak dari kecil, bagi mereka keperluan tersebut memudahkan mereka menguruskan anak-anak kerana mereka leka dengan gadget tersebut.

Ibu bapa perlu tahu kesan keburukan yang akan dihadapi kepada anak-anak kecil yang masih dalam proses pembelajaran dan perkembangan. Kesan negatif akan dirasai jika kehidupan harian mereka ditemani dengan gadget.

 

  1. Berisiko terhadap kesan radiasi

Apabila gadget menjadi kebiasan terhadap anak-anak, ibu bapa tidak sedar akan kesan daripada gadget tersebut. Gadget sememangnya akan ada gelombang radiasi tertentu hasil daripada “screen visual” gadget tersebut. Anak-anak akan terdedah kepada radiasi tersebut dan akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada anak, salah satu nya rabun ketika kecil.

kid-and-a-screen

  1. Susah tidur

Paparan pada gadget mengeluarkan cahaya yang sangat terang. Cahaya tersebut dapat menyebabkan signal yang salah pada otak kanak kanak dan memberikan kekeliruan pada tubuh manusia. Anda disarankan mengadakan aktiviti tanpa gadget di rumah 1-3 jam sebelum tido dengan menggantikan aktiviti membaca buku bersama, atau menceritakan dongeng-dongeng yang bermanfaat bagi mereka.

 

  1. Sakit

Bermain gadget terlalu lama menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh seperti bahu, leher, punggung, tangan dan jari. Ajar anak anda supaya sering berehat dan duduk dalam posisi yang baik, pastikan posisi gadget tidak lebih tinggi dri mata. Ini akan menyebabkan leher anak anda tidak terlalu mendongak.

 

  1. Kurang bersosial

Anda boleh bersosial menggunakan gadge tmelalui aplikasi yang ada. Tetapi anak-anak anda juga harus mempunyai kemampuan membaca emosi orang lain, dengan cara melihat muka secara langsung. Itu adalah salah satu sebab penggunaan gadget harus dibataskan mengikut waktu yang sesuai.

kids_ipad600x

  1. Berisiko menjadi pelupa

Teknologi media masa kini memproses maklumat dengan sangat cepat. Inilah punca anak anda memproses maklumat dengan terlalu cepat dan menyebabkan mereka kurang perhatian dengan sesuatu maklumat serta menurunkan daya ingatan. Ini akan menjadikan mereka mengalami kesulitan dalam pembelajaran.

 

  1. Ketagihan

Kebanyakan ibubapa yang terlalu biasa dengan gadget membuatkan anak kurang perhatian kerana terlalu sibuk melayan aplikasi gadget. Hal ini menyebabkan ketagihan terlampau terhadap gadget.

 

 

0 2507
microsoft-hololens-mixedworld-rgb.png

Microsoft’s telah pun mengeluarkan sebuah gadget yang sungguh luar biasa dan sungguh memukaukan. Wow 4 hari lepas, Microsoft’s  telah pun mengeluarkan HoloLens, HoloLens ini bukan la seperti phone, tablets.

Admin terkejut memihat fungsi-fungsi gadget ini yang luar biasa dan sukar untuk dicipta. Tetapi  Microsoft’s telah membuktikan kehebatannya mencipta gadget yang sehebat ini. HoloLens baru di promosi kan dan masih belum meletakkan bila tarikh hendak dikeluarkan dan harga HoloLens ini.

Microsoft’s telah menggunakan Window10 untuk HoloLens. HoloLens bukan la Hologram, fungi HoloLens ini hanya boleh di nampak menggunakan cermin mata. Tak de yang keluar-keluar macam star wars tu. Heheheee.. Selain itu Hologram dapat beriaksi dengan kita secara bunyi dah sentuhan woowww sukar admin nak gambarkan.

Lebih senang kalau anda saksikan sendiri.

Window Hololens Malaysia
Huh macam tak logik merepek pun ada tapi itu lah kan, Microsoft’s telah berjaya menunjukkan gadgetnya yang lain daripada yang lain..

So ini adalah Microsoft HoloLens – Windows Holographic offical Video

Lepas tengok video Admin rasa macam nak sangat mencuba. Dulu ada la orang cakap benda ini dah keluar tapi tak menjadi sebab ada hal-hal dan mungkin teknologi nak cipta tak cukup lagi la.

Admin harap benda ni berjaya di keluarkan di pasaran la. Sebab nampak gayanya macam lebih memudahkan kita, Mana tahu nanti boleh update web guna benda ni je. Heehehee

abqPEYL_460s


 

Latest Articles

0 169
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...