Tags Posts tagged with "Bola Sepak"

Bola Sepak

0 1588
Johor-tile

B8sDe8LCAAAvprK
Johor Bahru: Jaringan pemain gantian S Chanturu pada babak pertama masa tambahan memastikan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) melangkah ke pusingan kedua selepas Johor menewaskan Bengaluru FC 2-1 pada saingan kelayakan pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 di Stadium Larkin malam tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan dan Chanturu ibarat ‘wira tidak berdendang’ apabila jaringannya memastikan skuad Harimau Selatan meneruskan perjuangan dengan berdepan Bangkok Glass FC di Bangkok, 10 Februari ini.

Tanpa kelibat Jorge Pereyra Diaz yang diletak sebagai simpanan, ketua jurulatih Johor DT Bojan Hodak membuat rombakan apabila mempertaruhkan kelibat pemain tempatan menggempur benteng juara Liga India (Liga-I) itu dengan formasi 4-2-3-1.

Percubaan awal skuad Harimau Selatan nyaris menghadiahkan gol sendiri pada minit ketujuh selepas pertahanan pasukan pelawat nyaris tertanduk ke gawang mereka ketika cuba mengeluarkan bola daripada keadaan berbahaya di dalam kotak penalti, berpunca daripada sepakan percuma Nazrin Nawi.

Kapten Johor DT Safiq Rahim seharusnya mampu mencipta jaringan gol pada minit ke-32 selepas menerima umpanan Amirul Hadi Zainal namun sepakan lencongnya hanya sekadar sipi dari gawang gol.

Kemasukan Diaz pada babak kedua menggantikan Amirul Hadi nyata mempertajamkan barisan serangan yang tampak kurang berkesan, sekali gus menguatkan kembali serangan Harimau Selatan.

Johor DT tidak menunggu lama untuk meleraikan kebuntuan jaringan apabila pada minit ke-46 bola sepakan sudut Nazrin tepat kepada Hariss Harun yang tidak dikawal dan pemain itu mudah menanduk masuk menewaskan penjaga gol Bengaluru Lalthuammawia Ralte.

Pelawat yang tertekan dengan jaringan tunggal itu mula mengasak ke kubu tuan rumah namun benteng pertahanan diterajui Marcos Antonio dan Junior Eldstal tampak sukar ditembusi.

Namun berbaki satu minit untuk tamat pasukan pelawat berjaya mencipta gol penyamaan selepas bola sepakan sudut kapten Sunil Chhetri melencong tepat menerjah jaring menewaskan penjaga gol Mohd Farizal Marlias untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Bagaimanapun jaringan Chanturu pada minit ke-97 menyebabkan Sorakan Larkin kembali bergema dan Johor DT terus bertahan untuk kemenangan 2-1 sekali gus memastikan tiket ke pusingan kedua.

Sumber – Metro

larkin01.transformed

0 2284

Tarikh-Perlawanan-Piala-Sumbangsih-2015


Perlawanan sumbangsih atau dikenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia.

AK1_0723

 

Pada tahun lepas ke dua dua pasukan ini telah bertungkus lumus untuk mengumpul setiap piala yang di tandingkan.

Pada tahun ini Pasukan Johor telah pun berjaya menjulang piala Subangsih pada tahun 2015 dengan menewaskan Pahang sebanyaak 2-0. Kedua-dua pasukan telah pun menunjukan permainan yang cantik. Kesebelasan Utama pasukan.

Johor DT first XI: Farizal, Marcos, Safiq (C), Diaz, Kunalan, Hariss, Shakir, Mahali, Figueroa, Junior, Fadhli.

Pahang first XI: K.Azhan, Razman, Zesh, Damion, Shahrizan, Azidan, Hafiz, Gopinathan, Fauzi, Matias, Dickson.

Juara Piala Subangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015

Pada separuh masa pertama corak permainan lebih kepada pasukan JDT, JDT menunjukan corak permaian yang berbeza pada tahun ini berbanding tahun lepas, kawalan bola dari setiap pemain sunguh cantik selain itu pergerakan meneyerang JDT lebih teratur. Pahang kelihatan sedikit gopoh dan teragak agak untuk melakukan serangan, dengan kelemahan yang di tunjukkan oleh pasukan Pahanag, JDT melakukan serangan bertali arus. Pada minit ke-35 JDT  mendahului dengan hasil tandukan Marcos Antonio.

Pada separuh masa kedua. Pahang telah menunjukkan corak permainan yang berbeza, serangan bertukar ganti,  namun masih tiada penyudah untuk pahang. JDT pula menjaringkan gol ke-2 melalui tandukan Luciano Figueroa daripada sepekan penjuru. JDT 2-0 Pahang. Pada minit minit terakhir Pahang masih lagi menunjukkan pemainan yang matang dan bersungguh-sungguh.

Johor-tile

Masa tamat: JDT menjuarai Piala Sumbangsih 2015 menewaskan Pahang dengan jaringan 2-0. Tahniah pasukan JDT!

B8sDe8LCAAAvprK

Comment daripada para pemnat bola tanah air.

Juara Piala Subangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015
JDT

Tahniah JDT.

0 3021

Liga Super Malaysia bagi musim 2015 edisi yang ke-12.

Pada tahun ini, Setiap pasukan akan menunjukkan belang dan bisa pasukan masing masing, Sesetengah pasukan telah pun melabur kewangan mereka untuk mendapat kan pemain pemain handalan dan sesuai bersama pasukan mereka.

Pada tahun ini lebih mengujakan dengan kehadiran 3 pasukan iaitu, PDRM, SERAWAK dan SIME DERBY.
kehadiran ketiga-tiga pasukan ini sudah pasti akan memberikan impak yang besar kepada penyokong-penyokong bola tanah air, terutamnya dari pasukan DPRM yang menunjukkan prestasinya membangakan pada tahun lepas.

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/jadual-perlawanan-dan-kedudukan-carta-liga-super-2013.html#ixzz3OmvVJ212

Jadual kedudukan liga super piala Malaysia

Didalam carta liga di atas terdapat dua belas pasukan bertanding iaitu enam pasukan negeri, lima pasukan dari kelab dan satu pasukan wakil dari Singapura.

PERLAWANAN YANG PERTAMA.

jadual-liga-super

Perlawanan yang pertama sudah mendebarkan untuk penyokong mahupun pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang. Perlawanan ini akan menentukan siapa yang lebih layak memperolehi  3 mata penuh atau mereka hanya sekadar mampu berkongsi 1 mata.

0 1763

Golden Ball atau lebih dikenali sebagai Ballon D’or adalah sebuah anugerah yang amat berharga buat semua pemain bola sepak, Pemain akan di shortlist kan kepada 3 orang dan 3 orang pemain ini akan di undi oleh captain dah jurulatih setiap pasukan bola. 3 pemain itu dipilih berdasarkan pencapaian pemain itu. Seperti, pencapaian piala pasukannya pada tahun itu, menjaringkan gol terbanyak, menunjukkan pemainan yang consistan dah sebagainya.

Pada tahun ini 2015, FIFA akan memilih siapa yang layak menerima anugerah ini berdasarkan cara pemainannya pada tahun lepas 2014. 3 player di short list kan. Yang lain dan tak bukan Lionel Messi penyerang untuk pasukan Argentina dan Fc Barcelona. Christiano Ronaldo sayap kiri untuk pasukan Portugal dan Real Madrid, yang terakhir Manuel Neuer penjaga gawang pasukan Germany dan Bayern Munich.

4650060860
1409844104597_Image_galleryImage_Cristiano_Ronaldo_of_Real
messi1_3054545b

Pemenang Ballon D’or 2014 pada tahun 2015 jatuh kepada Cristiano Ronaldo.
Dia telah menjaringkan 52 gol dalam 43 perlawanan pada tahun 2014, dia menjaringkan 31 gol dalam 30 perlawanan liga dan markah  putara permainannya di la liga juga amat tinggi sebanyak 8.91.

http://youtu.be/jKFRbHP8wSM

Admin mengucapkan tahniah kepada Christiano Ronaldo setelah Berjaya memenangi anugerah ini 2 tahun berturut-turut, Admin mengharapkan beliau lebih success dan boleh memberi tentangan yang lebih hebat kepada Lionel Messi. Tahniah.

will-cristiano-ronaldo-recapture-the-ballon-dor-in-2015
Ronaldo menang Ballon D’or 2014.

2 2192

Terdapat pelbagai rumours di media massa, twitter, facebook, dan di blog blog spanish telah mengatakan bahawa messi mungkin akan berpindah ke kelab lain setelah sekian lama berada di kelab spanyol Fc Barcelona.

Lionel Messi, terkenal dengan gerak lincah badannya, kawalan bola yang cantik, dan tenang melepasi lawan, beliau memegang anugerah penjaring terbanyak liga spanyol dan pemain yang menerima anugerah FIFA Ballon d’or sebanyak 4 kali, ini telah meletakkan beliau sebagai pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang zaman.

Lionel_Messi_2771550b
Barcelona's Lionel Messi celebrates a goal
_59548469_messi
messi_run
Mungkin berita ini hanya khabar angin, Namun pemain berasal dari Argentina ini telah menunjukan sikap berangnya setelah tidak hadir ke sesi latihan bersama pasukannya tanpa sebab, dan beliau tidak mahu memberi apa apa kata usul tentang perpindahan beliau kemana-mana kelab dan tidak memberitahu bahawa dia juga ingin kekal bersama kelab FC Barcelona.

Keleb gegasi eropah Chelsea dan kelab terkaya france PSG sudah sedia melakukan bidaan sebanyak  anggaran £200 juta, Untuk mendapatkan khidmat pemain terhebat dunia ini. Sesetengah pihak mengatakan bahawa Messi terdapat sedikit masalah  mengenai masa depan beliau di kelab FC Barcelona itu. Peluang ini akan digunakan oleh Chelsea dan PSG untuk menarik pemain ini menjarung jersi pasukan mereka.

article-1332330568001-12129E3F000005DC-587918_466x524
messi1_3054545b
Nigeria v Argentina: Group F - 2014 FIFA World Cup Brazil
Admin menggalakan agar Messi keluar dari kelab FC Barcelona, sampai bila lagi dia ingin berada di kelab itu, semua rekod kelab itu semua beliau telah miliki, penjaring terbanyak sepanjang zaman liga spanyol pun milik beliau, masuk la liga Perdana Enggeris, Senang sikit nak tengok Messi beriaksi tak payah nak bangun pukul 3 4 pagi, iya idok ?

0 2012

COPA DEL REY.

Sungguh mengejutkan peminat-peminat pasukan Real Madrid setelah tewas menentang Atletico Madrid 2-0 pada last 16 Copa Del Rey pusingan pertama pagi tadi. Real Madrid telah memulakan tahun 2015 dengan langkah kiri, setelah tewas 3 perlawanan berturut turut.22 Perlawanan tanpa kalah dan 3 kekalahan berturut-turut telah menambahkan resah pengurus Real Madrid. Adakah Real Madrid tidak menjadi pada tahun ini ataupun Real Madrid melakukan percaturan yang salah.

Pengurus Atletico Madrid Diego Simeone dan anak buahnya menampilkan permainan yang cantik dan bergaya, mungkin sedikit sepi pada separuh masa pertama namun pada separuh masa kedua corak permainan Atletico Madrid yang ditunjukan oleh anak buah Diego Simeone ini sedikit berbeza.
Diego Simeone meletakkan Fernando Torres berjersi 19 sebagai kesebelasan utama pada perlawanan ini telah pun berjaya mencari kemenangan buat pasukannya.

Atletico_madrid_3157622a
Kesebelasan Utama Atletico Madrid.

Real_3157624a

Kesebelasan Utama Real Madrid.

Pada separuh masa pertama penguasaan bola berpihak kepada Real Madrid, terdapat beberapa rembatan tepat kepada penjaga gawang Atletico Madrid. Atletico bermain secara agak bertahan pada awal 45 minit pertama.

Masuk 45 minit kedua, corak dua dua pasukan berubah, Atletico Madrid di hadiahkan sepakan penalti pada minit ke-58. Dan sepakkan penalti itu dapat disempurnakan oleh Raul Garcia. James ditukarkan dan dimasukkan pemain lincah Ronaldo CR7 pada minit ke-60. Pada minit ke-77  sepakan penjuru dapat di disempurnakan oleh permain pertahan Gimenez dan telah meletakkan Atletico MAdrid 2-0 di hadapan. Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh Real Madrid namun tiada gol yang dapat di jaringkan.

10915198_791457070939971_8611095142129126812_n (1)

Torres_3157652a

WUUUUHOOOO, kemenangan yang patut di banggakan oleh penyokong Atletico Madrid.  2-0 pada pusingan pertama adalah kedudukan yang cukup selesa buat pasukan Atletico Madrid. Atletico Madrid seharusnya lebih berjaga jaga pada pusingan ke-2, kerana pasukan Real Madrid mempunyai pemain pemain yang hebat yang boleh melalukan come back pada pusingan ke-2. Kalau boleh. KALAU.

10917341_791460467606298_865806082915606360_n

AHAHHAHAHAHHAAA.

0 3251

Tahun baru, azam baru, setiap pasukan bertekad untuk menjulang piala piala FA, piala keramat. Tetapi tahun ni mungkin lebih sukar untuk dijangkakan pasukan mana yang akan menjulang piala keramat ini, kerana setiap pasukan telah menggunakan modal yang banyak untuk diperbelanjakan bagi membeli hikmat pemain-pemain handalan dari luar negara.

JADUAL PIALA FA 2015

Jadual lengkap Undian Piala FA 2015[6]

 

 

Dengan penambahan 4 pasukan yang ingin merebut kejuaraan Piala FA pada tahun ini sudah memberikan kehangatan kepada penyokong penyokong sukan bola sepak tanah air dan memberi cabaran kepada setiap pasukan yang bertanding. Jika di lihat pada jadual tahun 2015, cabutan undian tidak berpihak kepada pasukan Tok Gajah (PAHANG) dan pasukan Harimau Selatan (JDT)  untuk bertemu di Final seperti piala Malaysia. Malahan mereka berjumpa pada perlawanan yang pertama piala FA.

Adakah tahun ini pahang dapat menggelakkan kejuaran pada tahun lepas, selepas menewaskan Felda United 2-1 pada final piala FA. Ataupun JDT menghancuran kan harapan pahang pada awal awal pusingan piala FA 2015.

Screen-Shot-2014-06-08-at-8.09.14-AM

Marilah kita bersatu memberi sokongan yang penuh tanpa berbelah bahagi, demi untuk meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak tanah air kita.

0 2686

Kekecewaan sudah pastinya terpampar di wajah setiap penyokong mahupun pemain-pemain Frenz United Malaysia kerana tewas buat kali ke dua. Perlawanan yang kedua menentang  kelab yang berasal dari Argentina iaitu  pasukan Estudiantes FC, kekalahan dua kali berturut-turut ini telah sedikit sebanyak menutup ruang Frenz United Malaysia ke separuh akhir bersama Tottenham Hotspur.

Kekalahan sebanyak 4 berbalas 0 agak mengecewakan peminat Frenz United Malaysia kerana dengan jurang jaringan yang banyak. Kelab Frenz United Malaysia telah dibolosi sebanyak 9 gol tanpa sebarang jaringan dalam 2 perlawanan yang telah berlangsung, meletakkan Frenz United Malaysia berada di tangga tercorot kumpulan D.

10887381_793892424016837_5906263018095224092_o
Kesebelasan utama Frenz United Malaysia menentang Estudiantes.

  10887581_794056074000472_5893706535126690670_o
Tangkapan kemas daripada penjaga gawang pasukan Frenz United Malaysia, Shervin.

 
Gol ke-4 jaringan daripada Lazzarini Emiliano pada minit ke 50.

Walaupun sudah tewas 2 perlawanan, Frenz United Malaysia haruslah mencari kemenangan pada baki perlawanan yang terakhir kumpulan D, Mungkin 3 mata penuh sudah boleh mengubati hati hati penyokong Frenz United Malaysia. Frenz United harus tabah kerana mereka akan  kritik dengan cemuhan yang lebih ‘Lazerr’ dan pedih setelah menampilkan permainan yang kurang memberangsang.

Penyokong-penyokong Frenz United berharap agar  Frenz United tidak bermain secara sambil lewa pada game yang akan datang, mereka berharap agar Frenz United dapat membuka mata mereka pada perlawanan terakhir menentang Indian International FA dengan menampilkan permainan yang cantik dan aggresif walaupun sudah tiada peluang untuk ke suku akhir. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

Latest Articles

0 97
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...