Tags Posts tagged with "5 cara"

5 cara

0 1786
5 Cara Senang Nak Belajar Matematik


Ada banyak cara nak balajar Math ni, banyak ada samapi 10, 20 cara nak belajar. Tapi kalau 1 pun belum tentu dapat ikut buat apa nak banyak-banyak kan ? Kalau yang jenis macam Admin ni tahu lebih dari 1000 cara tapi satu cara pun tak buat.. hahaha gurau gurau. Sebab banyak bergurau la markah matematik paras paras je.. Okey cukup.

Admin jadi lebih serious, selalunya math ni payah yela nak belajar benda merepek takkan la mak nak suruh beli goreng pisang cheese kita kira harga pakai Trigonometry semua tu kan.. Hahahaa 5 Cara Senang nak belajar Matematik.

1. Buang Semua Alasan Dan Betul Kan Niat.

Korang jangan bagi banyak alasan yang merepek-merepek macam dekat atas tu, Math memang pening, kalau korang sambung belajar nak ambik perniagaan, akauntan ke arkitek ke atau apa-apa kebanyakan nya guna Math, untuk kira purata dan macam macam. Jadi korang kena berhenti bagi alasan dan tukar niat, niat korang untuk mencari Ilmu bukan lulus exam markah atas pagar. Kalau niat nak menuntut ilmu, segalanya mungkin akan dipermudahkan dengan izinnya.

2. Jangan Mudah Putus Asa.

Matematik ni guys memang susah tapi mula-mula je, mula-mula je susah, sebab benda baru korang nak kenal, tapi bila dah kenal hati budi dan perasan senang la nak buat. Kalau korang dapat buat 1 atau 2 soalan mesti korang rasa korang pandai and semanga nak buat tu makin meningkat, bila tak boleh buat jangan la putus asa, sebab putus asa ni tanda kekalahan auu.. tak tahu tanya je cikgu ke, kawan-kawan ke.. dalam kelas tu tumpukan perhatian. Jangan angkat kaki ponteng PJ dengan kelas sebelah, nanti apa tak dapat. Hahahaa..

3. Tumpukan Perhatian

Tumpukan perhatian, dalam kelas ke dalam tuition ke korang memang kena tumpukan perhatian, awek lalu jalan luar kelas pun jangan hiraukan, sebab math korang tak tahu formula tak boleh buat, kalau belajar dekat rumah sendiri pun susah setakat tengok contoh buku bukan faham sangat pun. Jadi kalau cikgu mengajar atau kawan mengajar math tu focus tengok tahu tahu tanya, sebab korang kena faham formula tu. Kalau faham baru boleh buat.

4. Buat Latihan

Matematik memang kena rajin buat latihan, kalau boleh setiap hari kena buat sekurang kurangnya 2 atau 3 latihan untuk setiap bab. Math ni tak boleh last minit study sebab formula dia bersepah berterabur macam Mat Rempit nampak polis buat Road Block. Jadi korang kena la selalu buat latihan guna la 20 atau 30 minit setiap hari untul buat latihan.

5. Sabar

Sabar pun main peranan jugak, korang kena jadi penyabar. Untuk dapat formula kena sabar, kalau tak dapat jawapan pun kena sabar jangan mengalah, tak adanya sekali buat terus betul, kalau dah buat tu dah siap dapat jawapan gunakan kesabaran korang semak balik jawapan korang. Selain tu, korang kena buat math ni ikut step kalau dah dapat jawapan pun tetap kena tulis step kalau tak rugi tak dapat full marks.

Itu jela Admin boleh tolong, yang nak hadap SPM PMR tu rajin rajin la sikit ye. Semoga berjaya untuk korang-korang.  Study Smart Ehh.

1 1987

5 Cara Terbaik Untuk Mengatasi Hidung Tersumbat

Hidung tersumbat boleh menyebabkan kurang keselesaan dan sebagainya. Hidung tersumbat disebabkan ada lendir berlebihan dalam rongga hidung.

Kalau hidung tersumbat ni menyusahkan betul. Nak bernafas susah, nak tidur lagi la susah. Kalau yang berair tu lagi la jenuh nak lap je memanjang.

Jadi untuk tolong korang-korang yang dan bersusah payah melawan penyakit ini, Admin ada cara nak settle kan. Cara ni Sempoii…

1. Mandi Air Panas.

Mandi air panas la, sedap pun sedap, pagi pagi tak ada keluar tandas menggigil betul tak ? Yang ada heater tu lagi senang. Turn on je pastu joget joget, sabun semua.. make sure korang mandi tu lama la sikit, kalau mandi macam kerbau tak kemana la penyakit tu. Bila mandi air panas. Wap Air tu masuk ke hidung nak mencairkan lendir yang tersumbat tu.

2. Minum Air Panas

Minum air panas ni beb.. ada la sesetengah orang tak suka sangat air panas kalau boleh nak kena ada ais. Kalau macam tu susah la beb, apa kata korang minum air Starbuck yang panas, korang beli je apa apa yang panas, green tea ke apa ke, harga dah mahal nak buang membazir kan. Conform korang sebat jugak. Air panas ni dapat membantu sebab wap air jugak la. Masa minum wap air masuk dalam hidung, air panas pun bagus dapat elak kan dari batuk, suara pun boleh sedap merdu lunak.

3. Korang Makan Makanan Pedas

Ni memang fav Admin la, Makanan kalau pedas perghttt.. meleleh beb bukan hingus peluh semua keluar, korang jangan la pergi latah cili merah cicah sambal belacan itu parahh bodoh abadi. HAHAHA.. Kalau Admin la kan, Meggi first choice, korang mintak meggi tomyam pedas ke, meggi kari berapi ke. Lepastu melantak la.. Ini dapat hilangkan hidung tersumbat conform, nak lagi best, korang bungkus badan dalam selimut tebal, makan dalam bilik jangan bukak aircont, sebat meggi berapi yang tengah panas pastu tabur cili hijau.
Cam gini beb.. Conform baik punya hidung tu.

4. Sapu Minyak Panas

Sapu minyak panas pun boleh jugak, sapu dekat hidung. Tapi Admin tak minat sangat nanti hidung nampak berminyak, tapi kalau dekat rumah tu buat jela kan, sapu minyak panas dekat hidung, minyak panas tu minyak cap kapak ke, Vicks ke. Sebab nanti hidung berangin, hingus pun keluar tak la sersumbat dah. Tapi kalau yang berani nak guna minyak masak pun boleh, hidung pun boleh hilang, mungkin seumur hidup tak ada hidup tk ada la penyakit hidung tersumbat. HAHAHA jangan cerdik sangat..

5. Kumur Air Garam

Tak pernah cuba, tapi ada yang kata berkesan. Ambik air garam kumur.. pastu ludah la kalau telan banyak penyakit datang ketuk pintu. Okey cara dia, guna air panas masuk kan garam 2 atau 3 sudu lepastu kacau biar larut. Kumur laaa.. cara ini pun dapat pulihkan hidung tersumbat. Modal pun sikit je.

0 1870

Langkah untuk penjimatan minyak petrol.   

Tip-Jimat-Minyak-3-Rahsia-Untuk-Diamalkan

 

Sekarang harga Ron95 dan jadi RM2.10 seliter. Itu jenis minyak yang biasa kita guna sejak harga minyak asyik naik kebelakangan ini.

Apa yang kita boleh buat dalam menghadapi situasi ini adalah mengawal penggunaan petrol. Kita perlu jimat minyak kereta untuk jimatkan jumlah duit yang keluar dari poket.

Berikut adalah 5 cara untuk penjimatan minyak;

1.Buka boot kereta dan kosongkan – Ini langkah mula yang cukup mudah dan penting untuk kita laksanakan. Ada orang yang suka sumbat macam-macam benda ke dalam boot keretanya. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk teruskan aktiviti tersebut. Untuk jimat minyak kereta, anda mesti kurangkan beban yang dibawa oleh kereta. Jika sukar untuk kurangkan berat badan sendiri, maka kurangkanlah berat bebanan barang yang dibawa oleh kereta anda. Kotak barang, set golf, besi buruk dan lain-lain sila humban keluar dengan segera.

2.Jangan isi minyak penuh – Ya! anda lancarkan perjalanan kereta jika isi minyak separuh sahaja dari ‘full tank’. Berat akan berkurangan sebanyak 0.7 kilo setiap satu liter yang anda kurangkan. Jika kita kurangkan 10 liter, bermakna berat kereta berkurangan sebanyak 7 kilo!. Kita boleh jimat minyak kereta bila bebanan berkurangan.

3.Masukkan angin ngam dengan tayar – Jangan biarkan walau sedikitpun tayar kempis untuk jimat minyak kereta. Tayar kempis membebankan enjin untuk tarik kereta berjalan. Baca panduan pada tayar atau pada spesifikasi kereta jumlah angin yang sesuai. Anda boleh lihat pada sticker dekat frame pintu kereta untuk ketahui had angin optimum.

4.Pergi servis kereta ikut jadual – Jangan lupa buat tuning kereta ke tahap optimum yang sesuai setiap kali servis. Lancarkan engin dengan tukar minyak enjin ikut jadual. Kelancaran enjin membuatkan pembakaran optimum dan sekali gus anda boleh jimat minyak kereta. Di samping itu minyak enjin yang sesuai juga penting untuk kelancarannya. Semak dengan pakar atau pembuat kereta anda.

5.Ubah cara memandu – Pastikan anda tak bawa laju dengan melihat rpm sentiasa di bawah 2500 rpm. Pakai gear tinggi dengan segera, tukar gear sebelum 1500 rpm. Gear tinggi menjimatkan minyak. Bila berhenti pula jangan mengejut. Selangkah demi selangkah adalah lebih baik. Ini bermakna jangan tekan minyak untuk laju bila nampak lampu orange dan terpaksa brake mengejut sebab tak lepas. Jangan main brake tanpa sebab, ini membebankan kereta, oleh itu berhati-hati dan peka banyak membantu.

 

Latest Articles

0 194
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...