Tags Posts tagged with "3-0"

3-0

4 7580

Selangor Tumpaskan Kelantan 3-0


Kedatangan Kelantan ke Stadium Shah Alam membawa padah setelah tumpas di tangan tuan rumah Selangor dengan jaringan mata 3-0. Gergasi Merah garang di tempat sendiri.

Kedua-dua pasukan pada awalnya menunjukkan corak permainan yang menarik, akan tetapi Selangor nampak lebih yakin di depan penyokong mereka sendiri, corak permainan mereka stable dari segi hantaran dan penguasaan bola. Kebanyakkan serangan dari pasukan tuan rumah menggunakan pemain sayap kiri dan kanan.

Pada minit ke 24, Selangor dihadiahkan sepakkan percuma. Sepakkan itu diambil oleh Azwan Bakri dan membuahkan hasil, sepakkan yang cantik meletakkan bola betul-betul disebelah tiang meletakkan Selangor di hadapan Kelantan 1-0.

Kelantan melakukan serangan tetapi arah bola kebayakkan tersasar dari sasaran. Kedudukan 1-0 pada separuh masa pertama.

Bermulanya separuh masa ke2.

Kelantan nampaknya semakin cemas dan teragak agak ketika memberi dan menerima hantaran. Kesempatan ini dapat digunakan oleh pemain import  Selangor Guilherme. Guilherme menggunakan kepantasan melepasi 2 pertahanan lawan, melakukan lob dari luar kotak penalti dan berjaya menewaskan penjaga gawang kelantan Sharizan Ismail pada minit ke 49.

Pemain Selangor berjersi 7 Andik nampaknya lebih lincah dari separuh masa pertama, gelecikkan dan lariannya sukar dipatahkan oleh pemain pertahanan Kelantan. Pada minit ke 63 Selangor dihadiahkan Penalti, akibat dari hadangan Sharizan Ismail. Guilherme berjaya menewaskan Sharizan Ismail buat kali kedua menerusi sepakkan penalti.

Latest Articles

0 1874
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...