Tags Posts tagged with "2015"

2015

4 7666

index
Malam ini malam yang ditunggu-tunggukan oleh peminat peminat komedi tanah air Malaysia. Pentas akhir Maharajalawak Mega. 5 pasukan yang akan berentap di pusingan akhir ini. Yang pertama Zero, Shiro, Nabil, Sepah dan Bocey.

kelima-lima finalis dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan Muzikal dan Bebas. Yang akan bakal bergelar Juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000.

ADAKAH SEPAHTU BAKAL JUARA MLM ?? MAHARAJALAWAK MEGA FINAL.

imageResize.ashx

Dari jangkaan Admin, bahawa Sepah akan menjulang piala Maharaja Lawak Mega ini buat kali ke-2. Naib Juara mungkin menjadi milik Bocey, diikuti satu-satunya superhero lawak tunggal Nabil Ahmad di tempat ketiga, Zero di tempat keempat dan Shiro di tangga kelima.

Semua perserta sudah pasti akan menunjukkan kelainan untuk petas akhir ini, undi lah pelawak pelawak anda jika anda ada mahukan pelawak pelawak anda merangkul juara Maharajalawak Mega 2014.

imageResizeandCrop.ashx1

imageResizeandCrop.ashx

Saksikan pentas akhir MLM 2014 di Astro Warna, Astro Mustika HD dan Astro Ria yang dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil bermula jam 10 malam ini.

Sementara itu, orang ramai juga dijemput datang ke mini karnival MLM 2014 akhir bermula jam 3 petang ini kerana banyak aktiviti menarik menanti anda!

Jika anda tidak berkesempatan dan tidak mahu ketinggalan dengan perkembangan ‪#‎maharajalawakmega‬ 2014 Akhir? Ikuti ‘live update’ kami di Facebook dan juga Twitter Maharaja Lawak. Jangan lupa ‘like’ gambar dan video eksklusif #maharajalawakmega 2014 Akhir di Instagram Astro Gempak.

0 2480
microsoft-hololens-mixedworld-rgb.png

Microsoft’s telah pun mengeluarkan sebuah gadget yang sungguh luar biasa dan sungguh memukaukan. Wow 4 hari lepas, Microsoft’s  telah pun mengeluarkan HoloLens, HoloLens ini bukan la seperti phone, tablets.

Admin terkejut memihat fungsi-fungsi gadget ini yang luar biasa dan sukar untuk dicipta. Tetapi  Microsoft’s telah membuktikan kehebatannya mencipta gadget yang sehebat ini. HoloLens baru di promosi kan dan masih belum meletakkan bila tarikh hendak dikeluarkan dan harga HoloLens ini.

Microsoft’s telah menggunakan Window10 untuk HoloLens. HoloLens bukan la Hologram, fungi HoloLens ini hanya boleh di nampak menggunakan cermin mata. Tak de yang keluar-keluar macam star wars tu. Heheheee.. Selain itu Hologram dapat beriaksi dengan kita secara bunyi dah sentuhan woowww sukar admin nak gambarkan.

Lebih senang kalau anda saksikan sendiri.

Window Hololens Malaysia
Huh macam tak logik merepek pun ada tapi itu lah kan, Microsoft’s telah berjaya menunjukkan gadgetnya yang lain daripada yang lain..

So ini adalah Microsoft HoloLens – Windows Holographic offical Video

Lepas tengok video Admin rasa macam nak sangat mencuba. Dulu ada la orang cakap benda ini dah keluar tapi tak menjadi sebab ada hal-hal dan mungkin teknologi nak cipta tak cukup lagi la.

Admin harap benda ni berjaya di keluarkan di pasaran la. Sebab nampak gayanya macam lebih memudahkan kita, Mana tahu nanti boleh update web guna benda ni je. Heehehee

abqPEYL_460s


 

5 7614

Admont Abbey Library, Austria
Gambar perpustakaan yang sungguh memeranjatkkan. Perpustakaan yang menarik, yang pelik, yang sungguh luar biasa.

Mesti terdapat pelbagai jenis buku di dalamnya, tapi itu tidak mengherankan. Apa yang mengejutkan ialah reka bentuknya tempat sunsunan bukunya dan suasana keadaan di dalam perpustakaan itu

Anda harus tengok gambar-gambar perpustakaan ini, Kalau di Malaysia ada perpustakaan seperti ini mesti ramai yang manusia di dalamnya. Tapi yang baca buku tu sikit jela, yang lain semua Selfie.

The Most Amazing Libraries In The World

Admin masih tak percaya perpustakaan ini wujud di bumi nyata. HAHAHAHAHHAA Wowww. Terpegun.

0 1898

Siapakah pemenang Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29)

http://4.bp.blogspot.com/-QlNut8RTObU/UMw2pKdjxGI/AAAAAAAAC4M/tDTdYQkmD10/s1600/AJL26.jpg

Pada tahun ini setiap peserta telah menunjukkan kehebatan masing-masing untuk memenangi hati juri dah juga hati peminat untuk dinobatkan sebagai pemenangan Anugurah Juara lagu ke-29.

Mungkin ada yang sudah bersiap ke Studium Putra Bukit Jalil, Pada yang tidak berkesempatan anda boleh menonton secara langsung yang akan disiarkan  di TV3, jam 9 malam ini (18 Januari).

Malam ini, 12 finalis yang bakal berentap terdiri daripada:

1. Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
2. Romancinta (Mojo)
3. Gadis Jolobu (Datuk Hattan dan Waris)
4. Lelaki (Yuna)
5. Percayalah (Indah Ruhaila)
6. Gilalah (Stacy)
7. Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
8. Rentak Laguku (Bunkface dan Amy Search)
9. Matahari (Hafiz Suip)
10.Apa Khabar (Joe Flizzow dan Sonaone)
11.Malaikat (Hazama The Penglipurlara)
12.Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

Gambar di bawah adalah undian Ramalan dari pada Web Anugerah Juala lagu

undian-juara-lagu2 undian-juara-lagu

Undian yang diundi oleh para peminat dan ini adalah ramalan dah tidak memperngahruhi sebarang keputusan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29)

Adakah Hafis boleh mempertahan kan kemenangan nya pada tahun lepas.

Mari kita saksikan ramai-ramai Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) , kalau kita tak sapot Musik tanah Air siapa lagi nak sapot. Sapot local lah. Betul idok ?

0 1760

Golden Ball atau lebih dikenali sebagai Ballon D’or adalah sebuah anugerah yang amat berharga buat semua pemain bola sepak, Pemain akan di shortlist kan kepada 3 orang dan 3 orang pemain ini akan di undi oleh captain dah jurulatih setiap pasukan bola. 3 pemain itu dipilih berdasarkan pencapaian pemain itu. Seperti, pencapaian piala pasukannya pada tahun itu, menjaringkan gol terbanyak, menunjukkan pemainan yang consistan dah sebagainya.

Pada tahun ini 2015, FIFA akan memilih siapa yang layak menerima anugerah ini berdasarkan cara pemainannya pada tahun lepas 2014. 3 player di short list kan. Yang lain dan tak bukan Lionel Messi penyerang untuk pasukan Argentina dan Fc Barcelona. Christiano Ronaldo sayap kiri untuk pasukan Portugal dan Real Madrid, yang terakhir Manuel Neuer penjaga gawang pasukan Germany dan Bayern Munich.

4650060860
1409844104597_Image_galleryImage_Cristiano_Ronaldo_of_Real
messi1_3054545b

Pemenang Ballon D’or 2014 pada tahun 2015 jatuh kepada Cristiano Ronaldo.
Dia telah menjaringkan 52 gol dalam 43 perlawanan pada tahun 2014, dia menjaringkan 31 gol dalam 30 perlawanan liga dan markah  putara permainannya di la liga juga amat tinggi sebanyak 8.91.

http://youtu.be/jKFRbHP8wSM

Admin mengucapkan tahniah kepada Christiano Ronaldo setelah Berjaya memenangi anugerah ini 2 tahun berturut-turut, Admin mengharapkan beliau lebih success dan boleh memberi tentangan yang lebih hebat kepada Lionel Messi. Tahniah.

will-cristiano-ronaldo-recapture-the-ballon-dor-in-2015
Ronaldo menang Ballon D’or 2014.

2 7440

MACBETH FOOTWEAR.

Macbeth adalah sepasang kasut yang dahulunya kurang dikenali di Malaysia mungkin dikenali oleh segelintir sekumpulan masyarakat di Malaysia yang sering ke concert concert underground ataupun gig. Tapi sekarang kasut ini sudah dikenali dan diminati, kasut ini mungkin berbeza dengan kasut kasut yang lain kerana corak dan bentuk gaya nya yang tersendiri.

Terdapat jugak sekumpulan musik, di uk mahupun us telah mengeluarkan kasut Macbeth ini sebagai tanda signature  mereka.
seperti Greenday, Blink 182, Taking back sunday, Sleeping with sirens dan sebagainya. Dekat Malaysia ada local band yang ditaja oleh Macbeth iaitu Tres Empre. Try la dengar sapot local lah.

Mike-Dirnt-Studio-Project-web
img57454252
untitled

Macbeth Footwear juga ada mengeluaran kasut yang digelar sebagai Vegan iaitu menggunakan barang barang terpakai, untuk menjaga alam sekitar.
MACBETH.

MMF20003.BLKCT_HERO MMF10033.003 MMF10030.005_ALT1 MMF10027.001_ALT1

EliotDanSmithLG

41hGiqnPPaL._SX395_
92957179778814255MyA7yP4Ac

Ada terdapat pelbagai jenis, corak dan warna lain selain warna ni. Selain kasut, Macbeth juga ada mengeluarkan baju, wallet, beg, gelang dan banyak lagi. So ini la booth atau kedai yang ada menjual Macbeth di area Kuala Lmpur.

Tangs – One Utama.            Tangs – Empire.
Tangs – The Shores.             Robinsons – The Gardens.
17 Gallery.                              Dolls Store.
Scythe.                                    Ink Cranium.

So untuk nak lebih tahu tentang Macbeth sila comment dia bawah ya.

 

0 6395

Kereta Honda Paling Laju

Civic Type R akan menjadi model pertama di Eropah untuk mendapatkan satu untuk semua-baru enjin VTEC TURBO Honda dari pelbagai Earth Dreams Teknologi Honda. 2 liter, direct injection, 4-silinder enjin turbo dijangka mempunyai output yang mendahului kelasnya melebihi 280PS dan akan EURO 6 patuh.

Honda-Civic-Type-R-Turbo2015

 

Masih ada masa lagi dua tahun untuk pasukan R&D Honda membangunkan jentera Type-R ini untuk menjadikannya kereta pacuan depan paling laju di litar Nürburgring. Presiden Honda Europe, Manabu Nishimae berkata, ujian pemanduan telah pun bermula, dan model ini sudah begitu hampir untuk memecahkan rekod sedia ada. Objektifnya ialah untuk memecahkan rekod 8minit 7.97saat yang dicatatkan oleh Renault Megane RS Trophy dalam 2011. Adakah Honda Civic Type-R baharu ini mampu? Sama-sama kita nantikan.

 

 

ENJIN_VTEC_TURBO

 

2.0 liter VTEC Turbo Earth Dreams Technology engine

Honda telah mengumumkan pengenalan tiga siri enjin VTEC Turbo yang merupakan sebahagian dari pembangunan dalam Honda Earth Dreams Technology. Enjin-enjin tersebut didatangkan dalam tiga kapasiti; 1.0 liter, 1.5 liter dan 2.0 liter, akan menjanakan prestasi dinamik, pengeluaran kuasa yang mendahalui (dalam kelasnya), juga penjimatan bahan bakar.

Ketiga-tiga enjin ini tidak dibangunkan untuk dipasang ke model-model Honda sedia ada, dan hanya akan digunakan untuk model-model global Honda di masa akan datang, bergantung kepada keperluan pasaran tempatan dan ciri-ciri kenderaan.

Dikatakan, model pertama yang bakal dilengkapi enjin VTEC Turbo ini ialah Civic Type R baharu, yang mana model tersebut bakal membuat kemunculan sulungnya di Pameran Motor Tokyo (Tokyo Motor Show). Enjin 2.0 liter VTEC Turbo tersebut didakwa sangat responsif dan sangat cekap, mempunyai lebih 280hp dan mematuhi standard EURO 6. Model Honda Civic Type R ini hanya akan dipasarkan di pasaran Eropah.

Sememangnya dengan pengumuman tentang barisan siri enjin VTEC Turbo ini, pasti peminat-peminat VTEC teruja. Mana tidaknya, VTEC pun sudah laju, ini kan pula digabungkan dengan turbo. 

 

0 2957

TAEYANG COMING TO MALAYSIA THIS FEBRUARY.

Dong Young-bae yang lebih dikenali sebagai Taeyang,  salah seorang penyanyi daripada kumpulan K-Pop korea BigBang yang dikenali serata dunia, akan melakukan concertnya di Malaysia pada 7 Febuari.

Sudah pasti kpopers di Malaysia ini akan menyambut kedatangannya, Taeyang seorang penyanyi yang gemar menari dan tariannya selalu menjadi ikutan dia media massa, Sebut sahaja Ringa Linga sudah pasti Kpopers di Malaysia mengetahui. Saya bukan kpopers pun tahu. hikhikhikhik.

Butir lanjut tentang konsert dan jualan ticket nya. TAEYANG WORLD TOUR.

taeyang

IMG_152510037791008

seating plan                               Ticket Prices : RM599 (VIP), RM499 (Rock Zone), RM399 (Cat1), RM299 (Cat2), RM199 (Cat3)
HAMBIKK KAUUU

maxresdefault


Mungkin harga ticketnya terlampau melampau mahal, tapi mungkin tidak menjadi masalah kepada peminat-peminatnya untuk memiliki ticket konsert beliau dan dengar cerita ticket konsertnya sudah habis dijual. So K-popers sekalian penuhkan la Studium Negara nanti.

-TAEYANG-tae-yang-33336038-740-1009

0 2008

COPA DEL REY.

Sungguh mengejutkan peminat-peminat pasukan Real Madrid setelah tewas menentang Atletico Madrid 2-0 pada last 16 Copa Del Rey pusingan pertama pagi tadi. Real Madrid telah memulakan tahun 2015 dengan langkah kiri, setelah tewas 3 perlawanan berturut turut.22 Perlawanan tanpa kalah dan 3 kekalahan berturut-turut telah menambahkan resah pengurus Real Madrid. Adakah Real Madrid tidak menjadi pada tahun ini ataupun Real Madrid melakukan percaturan yang salah.

Pengurus Atletico Madrid Diego Simeone dan anak buahnya menampilkan permainan yang cantik dan bergaya, mungkin sedikit sepi pada separuh masa pertama namun pada separuh masa kedua corak permainan Atletico Madrid yang ditunjukan oleh anak buah Diego Simeone ini sedikit berbeza.
Diego Simeone meletakkan Fernando Torres berjersi 19 sebagai kesebelasan utama pada perlawanan ini telah pun berjaya mencari kemenangan buat pasukannya.

Atletico_madrid_3157622a
Kesebelasan Utama Atletico Madrid.

Real_3157624a

Kesebelasan Utama Real Madrid.

Pada separuh masa pertama penguasaan bola berpihak kepada Real Madrid, terdapat beberapa rembatan tepat kepada penjaga gawang Atletico Madrid. Atletico bermain secara agak bertahan pada awal 45 minit pertama.

Masuk 45 minit kedua, corak dua dua pasukan berubah, Atletico Madrid di hadiahkan sepakan penalti pada minit ke-58. Dan sepakkan penalti itu dapat disempurnakan oleh Raul Garcia. James ditukarkan dan dimasukkan pemain lincah Ronaldo CR7 pada minit ke-60. Pada minit ke-77  sepakan penjuru dapat di disempurnakan oleh permain pertahan Gimenez dan telah meletakkan Atletico MAdrid 2-0 di hadapan. Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh Real Madrid namun tiada gol yang dapat di jaringkan.

10915198_791457070939971_8611095142129126812_n (1)

Torres_3157652a

WUUUUHOOOO, kemenangan yang patut di banggakan oleh penyokong Atletico Madrid.  2-0 pada pusingan pertama adalah kedudukan yang cukup selesa buat pasukan Atletico Madrid. Atletico Madrid seharusnya lebih berjaga jaga pada pusingan ke-2, kerana pasukan Real Madrid mempunyai pemain pemain yang hebat yang boleh melalukan come back pada pusingan ke-2. Kalau boleh. KALAU.

10917341_791460467606298_865806082915606360_n

AHAHHAHAHAHHAAA.

Latest Articles

0 92
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...