Pesawat British Airways Terbakar Di Las Vegas

Sebuah pesawat British Airways yang baru henadak berlepas ke London dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas terbakar semalam.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 159 penumpang dan 13 kru sedang bersedia untuk berlepas kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) apabila enjin kirinya terbakar melepaskan asap hitam ke langit.

Kesemua penumpang dan anak kapal berjaya dipindahkan menggunakan slaid kecemasan di mana operasi menyelamat disertai kira-kira 50 orang anggota bomba.


Dari 159 orang penumpang, dua daripada mereka mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Wartawan Sky News, Jacob Steinberg yang berada di dalam pesawat berkenaan berkata, dia sedang memejamkan mata untuk tidur tapi secara tiba-tiba pesawat yang sudah mahu berlepas itu berhenti secara mengejut dan ada asap menyelubunginya.

“Peramugari memberi arahan kepada penumpang supaya duduk kerana dilihat beberapa orang panik dan bangun dari tempat duduk.”

“Bagaimanapun beberapa ketika kemudian mereka datang semula memintak untuk turun daripada pesawat untuk proses pemindahan,” katanya.

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge