Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini.

Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah majlis di sekitar ibu kota hari ini.

Rizman Nordin, 35 dan Nurida, 30 masing-masing mengenakan persalinan ringkas berwarna putih.

Berita itu telah dikongsi oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagramnya.

Siti Nurhaliza dalam Instagramnya sempat menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan mempelai terbabit.

“Alhamdulillah, tahniah buat sahabatku. Pasangan pengantin yang telah saya kenali lebih 10 tahun dan seperti keluarga serta adik sendiri.

“Alhamdulillah keduanya disatukan hari yang indah ini. Semoga bahagia hingga ke jannah (syurga). Layari rumah tangga dengan keimanan, sabar dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Menyorot sejarah hubungan antara pelantun Kasihku Selamanya dan Rizman, pereka fesyen itu antara kegemaran Siti dan beliau sering menggayakan busana Rizman menerusi label Rizman Ruzaini.

Selain Siti, antara selebriti tempatan yang turut hadir ialah Fazura, Erra Fazira, Fattah Amin serta rakan industri antaranya Hatta Dolmat.

Sharing is caring..?