tumblr_mz4l4g2ds71sg9qiso1_500

Teknologi pada masa kini tidak dinafikan semakin maju dan banyak memberi kebaikan kepada ekonomi negara dan kemudahan kepada kita semua. Namun ada juga keburukan kesan daripada kemajuan teknologi ini terutama anak-anak kecil yang lahir pada zaman yang penuh kemodenan.

Kebanyakan ibu bapa sudah memberi anak-anak mereka menggunakan gadget sejak dari kecil, bagi mereka keperluan tersebut memudahkan mereka menguruskan anak-anak kerana mereka leka dengan gadget tersebut.

Ibu bapa perlu tahu kesan keburukan yang akan dihadapi kepada anak-anak kecil yang masih dalam proses pembelajaran dan perkembangan. Kesan negatif akan dirasai jika kehidupan harian mereka ditemani dengan gadget.

 

  1. Berisiko terhadap kesan radiasi

Apabila gadget menjadi kebiasan terhadap anak-anak, ibu bapa tidak sedar akan kesan daripada gadget tersebut. Gadget sememangnya akan ada gelombang radiasi tertentu hasil daripada “screen visual” gadget tersebut. Anak-anak akan terdedah kepada radiasi tersebut dan akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada anak, salah satu nya rabun ketika kecil.

kid-and-a-screen

  1. Susah tidur

Paparan pada gadget mengeluarkan cahaya yang sangat terang. Cahaya tersebut dapat menyebabkan signal yang salah pada otak kanak kanak dan memberikan kekeliruan pada tubuh manusia. Anda disarankan mengadakan aktiviti tanpa gadget di rumah 1-3 jam sebelum tido dengan menggantikan aktiviti membaca buku bersama, atau menceritakan dongeng-dongeng yang bermanfaat bagi mereka.

 

  1. Sakit

Bermain gadget terlalu lama menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh seperti bahu, leher, punggung, tangan dan jari. Ajar anak anda supaya sering berehat dan duduk dalam posisi yang baik, pastikan posisi gadget tidak lebih tinggi dri mata. Ini akan menyebabkan leher anak anda tidak terlalu mendongak.

 

  1. Kurang bersosial

Anda boleh bersosial menggunakan gadge tmelalui aplikasi yang ada. Tetapi anak-anak anda juga harus mempunyai kemampuan membaca emosi orang lain, dengan cara melihat muka secara langsung. Itu adalah salah satu sebab penggunaan gadget harus dibataskan mengikut waktu yang sesuai.

kids_ipad600x

  1. Berisiko menjadi pelupa

Teknologi media masa kini memproses maklumat dengan sangat cepat. Inilah punca anak anda memproses maklumat dengan terlalu cepat dan menyebabkan mereka kurang perhatian dengan sesuatu maklumat serta menurunkan daya ingatan. Ini akan menjadikan mereka mengalami kesulitan dalam pembelajaran.

 

  1. Ketagihan

Kebanyakan ibubapa yang terlalu biasa dengan gadget membuatkan anak kurang perhatian kerana terlalu sibuk melayan aplikasi gadget. Hal ini menyebabkan ketagihan terlampau terhadap gadget.

 

 

Owner inter4web.com. Online Businessman.

SIMILAR ARTICLES

0 2484

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge