images (1)

 

sleeping-mask-do-not-disturb

 

Jika anda mempunyai masalah untuk tidur, anda bukan keseorangan. Menurut Gallup 2013, satu pungutan suara telah dijalankan dan 40 peratus rakyat Amerika mempunyai permasalahan untuk tidur. Kebiasaannya pakar akan mengesyorkan 7 hingga 9 jam tidur untuk orang dewasa. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit baru-baru ini menyatakan kekurangan tidur merupakan satu wabak kesihatan awam yang tidak sihat, yang boleh membawa kepada perkara yang tidak diinginkan seperti kemalangan di jalan raya, mendapat penyakit kronik dan boleh membawa kesilapan dalam pekerjaan. Jadi mari kita lihat beberapa langkah penyelesaian terhadap permasalahan ini.

Pertama, terdapat beberapa cara untuk tidur:

-Tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari

-Mengelakkan makanan yang banyak dan mengambil kafein sebelum tidur

Mungkin taktik diatas berkesan, tetapi dengan satu alat yang mudah iaitu dengab memakai topeng tidur atau “sleeping mask” akan menjadikan tidur anda lebih lena. Berikut adalah cara ia berfungsi:

Sebuah topeng tidur menyediakan kekurangan deria (menghapuskan gangguan visual) dan mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki ke mata anda. “Cahaya malam menyekat pengeluaran melatonin – iaitu hormon tidur yang utama. Ini adalah cahaya seperti yang dikeluarkan oleh televisyen, komputer, telefon bimbit, dan bahan elektoronik yang lain, ” kata Robert S. Rosenberg, DO. “tidur dengan lena, akan membuatkan anda rasa hebat setiap hari. Topeng tidur akan menjamin kegelapan diamana cahaya kurang masuk dan memberi keselesaan kepada pengguna semasa tidur.”

Walaupun tidak ada kajian saintifik yang menyatakan bahawa ada hubungan antara topeng tidur dan mimpi, tetapi Dierde Barret, Ph.D, pembantu professor klinikal psikologi di Harvard menerangkan bahawa ia akan membantu tidur anda dengan lebih lena dan mimpi yang indah kerana anda telah membenarkan diri anda tidur dengan lebih lama kerana memakai topeng tidur.

Anda mungkin tidak bertukar menjadi Lenardo DiCaprio dalam Inception, oleh kerana mimpi barangkali banyak berlaku semasa pemulihan tidur REM (iaitu ramai antara kita yang kekurangan REM tersebut) anda mungkin akan mengalami mimpi yang mendalam.

Brues, yang menjadi tuan rumah podcast percuma yang dipanggil Kejayaan Rahsia Tidur, mengesyorkan supaya membeli topeng tidur. Ia tidak merugikan kerana topeng tersebut boleh digunakan dalam jangkaan yang lama dan boleh dibasuh. REM bermaksud pergerakan mata yang cepat, jadi anda tidak mahu menghalang apa-apa aktiviti mata, kata Rosenberg. Dan pastikan ia sesuai dengan saiz hidung anda untuk memastikan cahaya tidak dapat masuk melalui mana-mana jurang kain tersebut.

 

 


 


    

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge