JB03_061211_ROLLER COSTER

JB03_061211_ROLLER COSTER

JOHOR BAHARU, 6 Dis — MASKOT LEGOLAND … Maskot Legoland yang bakal menggamit pengunjung pelbagai peringkat umur bagi menikmati keseronokan dan cabaran di Taman Tema Legoland Malaysia pada perasmian pembukaan track rangka besi roller coster “Lego Techinic” di tapak Legoland di Nusajaya di sini hari ini.
Taman tema Legoland Malaysia yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2012 merupakan taman tema legoland yang pertama di Asia Pasifik dan keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.
Pihak Legoland menetapkan jangkaan Taman Tema Legoland Malaysia ini bakal menarik pengunjung seramai sejuta orang pada tahun pertama pembukaannya dan akan menjadi hub terbesar dalam pelancongan di Iskandar Malaysia.
Legoland Malaysia turut mengumumkan penjualan pas tahunan pra pembukaan yang dijual pada harga RM195 untuk dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak pada masa terhad dan maklumat lanjut boleh layari http://www.LEGOLAND.com.my/.
–fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA

Latest Articles

0 169
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...