sultan melaka direman

Di Ayer Keroh semalam,  Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V Kanasan membenarkan tahanan reman terhadap individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, iaitu Raja Noor Jan Shah Raja Tuah selama empat hari sehingga 18 Januari ini bagi membantu siasatan polis..

Perintah reman ini dikeluarkan di Mahkamah Ayer Keroh pada jam 9.45 pagi..

“Sultan Melaka” ditahan polis mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berikutan lapan laporan individu dan badan bukan kerajaan (NGO) susulan dakwaannya yang meragukan sebagai Sultan Melaka..

Bagaimanapun, individu ini ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam, Jasin ketika mahu ke Pulau Besar pada jam 10.50 pagi pada 14 Januari 2014..

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge