Tabahnya hatimu menempuh dugaan | Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan | Terukir nama mu di dalam Al-Quran |

SalamMaulidurRasul

AllahummasollialaaMuhammad.
WaalaaaliMuhammad.

Sedikit catatan ringkas dari pandangan kasar.. hampir kesemua friends list dalam akaun facebook update status “kangkung”.. ohh.. harga kangkung turun ! mari kita buat resepi kangkung goreng belacan versi siput hijau..

kangkung goreng belacan

 

Bahan-bahan :

  • Sayur kangkung secukupnya ( dipotong dan dibersihkan)
  • * Sedikit ikan bilis
  • * 2 ulas bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 2 biji cili hijau/merah
  • * Sedikit belacan (dibakar seketika)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak :

  1. Tumbuk kasar kesemua bahan *
  2. Tumiskan (1) sehingga bawang layu/terbit bau.Masukkan sayur kangkung.kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan sedikit gula dan garam. Sedia dihidang.

 

Info – Makan dengan nasi putih panas-panas, licccccciiiinn..

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana keprihatinan ini.. mungkin ada yang tidak bersetuju, harga kangkung turun semata-mata masih belum dapat menampung kos keperluan hidup yang lain yang semakin meningkat hari ini.. naik moto-kereta-bas-vas masih perlukan petrol, bukannya kangkung.. jangan hairan kalau penggiat seni tanah air keluarkan cerita ini.. hehehehe… peace yOOoo! =)

kangkung the moviesumber : Facebook

….dan mungkin juga kita boleh mencuba ini..

mc kangkung

………… dan ini semua adalah dari sini…

http://www.youtube.com/watch?v=Uwy5MH14i8M

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge