Kamal Affendi Hashim adalah seorang penceramah bebas mengenai jenayah di Malaysia atau nama sedapnya Penganalisis Jenayah. Kerap melihat beliau menjadi jemputan beberapa rancangan televisyen dan membaca penulisan beliau di dalam akhbar mengenai tips dan panduan pencegahan jenayah.

Antara diskusi yang Kamal Affendi Hashim pernah sertai;

Berita sedih ini anda boleh ikuti dari blog saudara Mazidul Akmal Sidik mengenai Kamal Affendi Hashim yang sedang sakit.
Menurut cataran blog, Kamal Affendi Hashim mengidap penyakit Arteriovenous malformation (AVM).

AVM disebabkan oleh urat ekstra yang berada di dalam kepala dan urat tersebut akan mengganggu fungi koordinasi otak.

Urat itu ada dalam kepala sejak beliau dilahir tetapi tidak disedari.

Sekali sekala, akibat AVM ini , beliau tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan dan selalu berasa sakit kepala.

AVM adalah penyakit konginental iaitu ada sejak lahir dan semua syarikat insurans tidak membuat tanggungang kepada rawatan penyakit ini.

 

Beliau merancang untuk membuat Cyberknife Surgery yang memerlukan kos RM 40,000 .

Sedikit info dari blog Mazidul

 Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.

Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.

Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.
“Esok saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan,” pesannya.
Don’t die on me! And don’t you ever say that again,” balas saya.
Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.
” … but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you,” celahnya.
Sahabat saya Razali Harun kemudian berkongsi antara kisah berlaku semalam.
“Selepas tamat sesi CakapDotCom, dia (Kamal) meminta peserta, Amelia Shafer merekodkan lagu dinyanyikannya secara langsung menggunakan kamera telefon bimbit. Kalau Allah menjemput ku, nanti mainkan lagu ini. Dia menyanyi bersungguh-sungguh, lengkap dengan gaya sekali,” kongsi Razali.

 

Ini adalah nombor akaun bank Kamal Affendi Hashim

Public Bank 4007 85 2927

Marilah kita sama-sama membantu , sama-sama meringankan beban yang ditanggung beliau dengan menyalurkan sedikit sumbangan ikhlas.


NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge