Walaupun Shila Amzah  bertudung (walaupun tak sepenuhnya 🙂 ) tapi dia telah membawa nama Malaysia dipersada muzik antarabangsa. Kagum ..

Lagu mengikut urutan persembahan :
1. Set Fire To The Rain – Adele
2. Forever Love – Leehom Wang
3. Gemilang – Jaclyn Victor
4. Grenade – Bruno Mars
5. 征服-那英 ( Singer ) Zheng Fu – Na Ying ( Singer )

 

ok.. kita tgk video dia dibawah :

 

 
Juri pertama :

Saya tak perasan saya tak terangkat mic ini. Hatiku masih dalam keadaan berombak, masih belum reda. Guo Chung, boleh ku kata satu perkataan, belajar dari mereka berdua, tapi kamu masih muda dan mempunyai perjalanan yg jauh, kamu sgt bagus tapi mereka berdua sudah cemerlang. Mereka telah menjadikan muzik, lagu, suara, semuanya cemerlang. Apakah itu cemerlang? Ia ialah melampaui malah perbezaan sex, iaitu suara lelaki dan perempuan, suara sebenar dan suara tiruan, hingga segala suara telah dirangkumi oleh mereka. Malah Shila telah merangkumi perbezaan bahasa dlm aspek ini. Beliau telah menyanyikan lagu yg tidak di fahami bahasa menjadikan hati pendengar tidak dapat reda. Kami sangat berterima kasih kepada mereka berdua. Saya telah bergiat dalam bidang muzik selama 20 tahun, kemunculan kamu berdua telah menjadikan saya sedar hendak lebih banyak belajar dalam bidang ini. Terima kasih Shila, kamu telah menjadikan saya jatuh dan bekecai hati saya, ‘Cheng fu’ telah menjadikan kami Cheng Fu (tertakluk).

Juri kedua :

Saya terlupa berdiri, kerana hari ini saya asyik sakit kepala, setelah mereka akhiri nyanyian mereka, kepala saya semakin sakit. Suara Gua Jun walaupun saya telah dengar beberapa kali, tapi setiap kali saya dengar, suaranya boleh dikatakan bagus. Apa yg diperlukan ialah pengalaman di atas pentas, tapi lama kelamaan anda akan jadi seorang wira. Shila… Saya telah mengiggit kuku sehingga hancur.. Shila, tidak ku kata dgn melampau.. Kami berbincang mengenai artis Asia, yang pernah ku alami termasuklah teknik persembahan secara langsung di atas pentas, suara, malah kebolehan memprovolasi perasaan penonton, hanya aku alami pada persembahan ‘Chan Hui Mei’ ( artis pop taiwan). Anda ialah org yg kedua di kalangan artis Asia. Seto, usah di kata, ku rasa hari ini melihat anda membuat persembahan teknik khusus muzik. Anda boleh mengubah lagu Lady Gaga menjadi begitu, menunjukkan dalam hati anda mempunyai kebolehan mengubah lagu yg tinggi. Ahh… Sakit kepala saya.

 

Siputhijau – Pasti ND Lala gembira dengan kejayaan anak nye tue. 🙂

1 COMMENT

Leave a Reply

CommentLuv badge