Terdapat banyak jenis bunga yang cantik apabila ia mekar mahupun dari segi bentuk dan warna. Bunga juga terdapat harumannya tersendiri yang boleh dijadikan minyak wangi. Bunga boleh dijadikan hadiah untuk diberi kepada pasangan istimewa atau dijadikan bunga tangan untuk sesuatu majlis.
Bunga yang dijadikan hadiah mempunyai maksud tersendiri berdasarkan daripada jenis bunga, warna yang diberi untuk mewakili maksud tertentu. Beberapa bunga yang sesuai dijadikan hadiah seperti bunga mawar, bunga carnation, bunga daisy, bunga lily, bunga anggerik.
- Bunga daisy
Bunga yang biasa digunakan sebagai bunga meja atau hadiah untuk bayi yang baru lahir. Bunga ini memberi maksud keceriaan, kehangatan dan mempunyai harumannya tersendiri.
- Bunga lily
Bunga ini melambangkan keanggunan dalam aroma yang memikat, mempunyai bentuk yang elegan. Seperti calla lily, bunga ini sesuai untuk dijadikan bunga meja bagi pengantin. Beberapa jenis bunga yang mempunyai maksud tersendiri seperti, calla lily – keanggunan, kecantikan, stargazer lily – simpati, ucapan selamat, kemakmuran dan kekayaan, madonna lily – kemurniaan.
- Bunga mawar
Bunga mawar paling banyak digunakan sebagai hadiah atau bunga tangan. Bunga ini melambangkan cinta, kecantikan dan persahabatan. Bunga mawar memberi maksud berbeza berdasarkan warnanya. Mawar merah – cinta, mawar merah jambu – keanggunan dan kecantikan, mawar putih – kesucian, mawar kuning – persahabatan dan kebahagiaan.
- Bunga anggerik
Bunga ini sering digunakan sebagai bunga tangan untuk sesuatu majlis seperti perasmian sesuatu majlis, ini kerana bunga ini melambangkan kekuatan dan keindahan dan sering dikaitkan dengan kekayaan, keindahan dan kekuasaan.
- Bunga carnation
Selalu menjadi pilihan kerana daya tahan lebih baik berbanding dengan bunga lain, sehingga dikaitkan dengan cinta jangka panjang seperti cinta seorang ibu kepada anaknya. Kerana itu bunga ini sesuai untuk diberi pada hari ibu. Bunga ini juga memberi maksud tersendiri berdasarkan warna bunga seperti carnation merah – cinta dan kasih sayang, carnation merah jambu – rasa syukur, carnation putih – cinta murni dan harapan yang baik.