Imam Muda Asyraf Mengharuskan Fazura Jawab Pertanyaan Peminat.

fazura anjing
Gambar ini telah dimuatnaik oleh Fazura ketika menghadiri satu majlis amal untuk mengutip dana untuk Furry Friends Farm, sebuah badan yang menjaga kebajikan haiwan. Seperti biasa apabila ternampak anjing, maka muncullah komen-komen yang mengkritik dan mempersoalkan tindakan Fazura. Mereka mempersoalkan mengenai patutkah bergambar dengan anjing dan sebagainya.

Terdapat juga comment comment yang panas dan fuhhh, yang berjaya menarik perhatian Fazura. Fazura membalas dan memberi penjelasan menyebabkan perkara ini heboh dan kecoh.

Setelah ramai mengeluarkan pendapat masing-masing ada yang betul ada yang salah, akhirnya Imam Muda Asyraf tampil bersuara untuk memberi penjelasan. Ini baru Champion menerima pendapat dari yang pakar, dah sah sah boleh pakai. Menurut Imam Muda Asyraf, Fazura tidak melakukan kesalahan bergambar dengan anjing tersebut jika tidak memegangnya.

Namun menurut Imam Muda Asyraf, Fazura perlu menjawab semua pertanyaan daripada peminatnya untuk mengelakkan fitnah.

Ini statement yang dikeluarkan oleh Iman Muda Asyraf.

“Dalam hal ini, kalau dia yakin dan pasti dia tidak pegang haiwan itu, ia tidak menjadi satu kesalahan…Namun, jika gambar yang dimuat naik itu menimbulkan pertanyaan, dia perlu jawab semua pertanyaan tersebut…Tujuannya untuk mengelak kekeliruan dan fitnah.

Memang daripada gambar tidak nampak bersentuhan dan ramai mungkin tidak tahu situasi sebenarnya…Jadi, dia harus menerangkan agar pengikut di laman sosialnya benar-benar faham.

Oleh itu sebelum bertindak memuat naik sebarang gambar, fikir dulu baik dan buruk perkara tersebut serta implikasinya. Tambahan pula pada masa kini dengan kewujudan media sosial dan ‘keyboard warrior’, ia mungkin dikaitkan dengan perkara yang menyentuh sensitiviti”

fazura anjing

Jadi ini bolehlah menjadi pengajaran kepada kita, betul apa yang Iman Muda Asyraf cakap, fikir dulu baik dan buruk sebelum muat turun gambar ataupun sebagainya. Bahaya dah sekarang ada je orang yang takkan puas hati dan mula la menyebar fitnah and all that.

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge