Daniel Guiza, 32, tiba ke Johor Bahru, kelmarin menyatakan hasrat untuk muncul penjaring terbanyak Liga M musim depan sekali gus memburu Kasut Emas tatkala ingin mengulangi pencapaian ketika musim 2008 bersama Real Mallorca dalam saingan La Liga apabila meledak 27 gol daripada 37 perlawanan.

 

 

Menurut  Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, “Saya mengesahkan Guiza sah milik Johor dan akan membuat penampilan pada saingan Liga Super dan bersama skuad bimbingan Fandi Ahmad menjalani latihan selepas sambutan Hari Krismas bulan depan. Buat masa ini beliau berada di Johor Bahru dalam tempoh dua atau tiga hari.

 

 

 

“Kita juga akan menilai prestasi Guiza dan jika beliau menunjukkan taring tidak mustahil Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan membeli kontrak pemain itu dari kelab Getafe CF dengan nilai pasaran terkini memandangkan beliau adalah pemain import termahal di Liga M musim depan,” katanya

 

 

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge