Berhenti Serang Bapa Saya, Najib Razak

KUALA LUMPUR: Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menghentikan serangan kepada ayahnya dimana beliau menyifatkan serangan tersebut hanya akan merugikan negara ini


Memetik laporan Utusan Online, sambil menyifatkan ia hanya serangan peribadi, Mohd Nazifuddin berkata dakwaan yang dilemparkan terhadap bapanya akan menyebabkan rakyat menderita.

“Oleh kerana kehilangan amanah, masyarakat akan bersedia untuk menjadi ‘korban’ negara ini semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Para pelabur akan mejadi takut untuk datang ke sini kerana mereka akan berfikir negara ini adalah tidak stabil, dan ini akan menyebabkan nilai ringgit jatuh dan memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan,” katanya selepas merasmikan kafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur semalam.

Nazifuddin berkata tuduhan terhadap Perdana Menteri telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran bapanya.

“Rakyat perlu sedar bahawa tekanan yang mereka lakukan kepada Perdana Menteri tidak akan menenangkan keadaan sebaliknya akan menjadi semakin teruk dan menjejaskan negara.”

“Ianya akan memberi kesan kepada negara dan saya harap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin palsu dan mereka harus berfikir tentang implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang,” Nazifuddin.

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge