Sebut tentang percutian keluarga, semestinya ramai yang memikirkan tempat peranginan yang istimewa, tempat yang selesa, pemandangan indah, sesuai untuk menenangkan fikiran dan memenuhi masa bersama keluarga tersayang setelah penat bekerja. Apabila merancang sesuatu percutian kita sering mencari tempat penginapan seperti hotel dan chalet, sudah tiba masanya untuk tukar selera. Banglo dan vila mewah untuk percutian keluarga.
Terdapat banglo mewah atau vila yang boleh disewa untuk dijadikan tempat tinggal semasa percutian. Bagi sesiapa yang meminat atau ingin merasai tinggal di banglo, rumah-rumah ini seperti rumah idaman dan selesa untuk didiami.
- Bamboo Village | Ulu Langat | Kuala Lumpur
Rumah yang diperbuat daripada buluh, sesuai menjadi destinasi pilihan bagi penduduk dibandar untuk merasai alam semula jadi yang terletak berdekatan dengan bandar.
Alamat | Lorong Serai 4, sungai serai batu 11, hulu langat, 43100 Kuala Lumpur
- Sekeping Tenggiri | Bangsar | Kuala Lumpur
Agak sukar dipercayai kerana banglo 7 bilik ini terletak di tengah kota.Namun berkonsepkan banglo dalam hutan, banglo ini mampu menambat hati sesiapa sahaja yang berkunjung.
Alamat | No.48, off Kuala Lumpur, jalan tenggiri, 59100 Kuala Lumpur
- De Shahruls | Port Dickson | Negeri Sembilan
Mempunyai seni bina unik seperti sebuah bot dilengkapi 3 bilik berserta dapur dan kawasan ruang tamu yang besar. Rumah ini terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan Port Dickson dan Melaka, dengan pemandangan laut nyaman dan dikelilingi pokok palma yang subur dan daya tarikan tropika.
Alamat | Jalan pantai, port dickson, Negeri Sembilan
- The Shorea | Seremban | Negeri Sembilan
Dibina dalam hutan tropika di Seremban, vila yang dibina dengan laluan berliku – liku menuju ke hutan ini disertakan dengan air terjun dam hutan Simpan Berembun. Merupakan percutian hutan yang pasti tidak mahu dilepaskan.
Alamat | Village kolam air, mukin pantai, jalan jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Booking hotel di Negeri Sembilan disini diskaun sehingga 60%
- Limastiga | Umbai | Melaka
Konsep menggabungkan seni bina moden dan gaya kampung, mempunyai 6 bilik keluarga dan terletak dalam 3 buat vila dengan pemandangan yang mengagumkan di sekitarnya. Sebuah kolam renang besar terletak di tengah – tengah kawasan banglo yang penuh dengan kehijauan.
Alamat | 2046 jalan bukit tembakau, 77300 umbai, Melaka
Booking Limastiga disini sekarang. Diskaun booking online berbanding jika anda walkin booking.
- Desa Balqis | Kuala Linggi | Melaka
Menampilkan rekaan rumah kayu unik yang direka mengikut inspirasi rumah Melayu tradisional. Dengan persekitaran yang tenang dan mendamaikan, Desa Balqis adalah tempat sempurna bagi menganjurkan apa – apa acara atau hari keluarga mahupun perkahwinan.
Alamat | Kuala linggi, kampung kuala linggi, Melaka
- Rumah Perak Boutique Villa | Batu Feringghi | Pulau Pinang
Rumah Perak Boutique Villa mempunyai 6 unit bilik tidur dengan pemandangan laut.
Alamat | No.72, jalan batu feringghi, 11100 Pulau Pinang
- Michelle’s Villa | Batu Feringghi | Pulau Pinang
Dimiliki seorang wanita bernama Michelle, vila mewah ini mempunyai 4 tingkat sesuai untuk penginapan sekeluarga. Memiliki 3 bilik tidur dengan tema yang unik, ruang tamu, ruang makan, dan dapur dengan kelengkapan penuh.
Alamat | Jalan moonlight bay, batu feringghi, Pulau Pinang
Dah macam rumah dato je.. sungguh mempersonakan ☺☺☺
Amin Hakim recently posted..Cara Atasi Masalah Tidur Berdengkur