Azraai Khor Jurulatih Perak Untuk Musim 2013 | PERSOALAN siapa yang menjadi ketua jurulatih skuad Liga Super Perak terjawab dengan pelantikan jurulatih berwibawa, Mohd Azraai Khor Abdullah bagi mengendali persiapan skuad Seladang bagi menghadapi kempen musim 2013. Perlantikan ini telah memastikan lagi desas-desus dan khabar angin yang sebelum ini menyatakan Azrai Khor akan berpindah, maka betullah Azraai Khor Jurulatih Perak Untuk Musim 2013 yang baru bagi menggantikan Cikgu Zan.

Azraai Khor Jurulatih Perak Untuk Musim 2013

Bekas pemain kebangsaan kelahiran Kedah itu yang menjulang nama negeri asalnya serta Negeri Sembilan memeterai ikatan selama dua musim dengan pasukan barunya itu. Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang mengesahkan pelantikan itu berkata, Azraai yang masih mempunyai kontrak dengan Negeri Sembilan hingga hujung bulan depan akan menyertai Perak selepas menguruskan pelepasannya daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).
“Azraai akan bertanggungjawab secara tidak langsung terhadap perjalanan pasukan lain iaitu Piala Presiden dan Belia,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pertama Pafa di pejabat persatuan itu malam kelmarin.

 

Menurutnya, Azraai akan dibantu dua penolong jurulatih iaitu Chong Yee Fatt dan Syamsol Saad. Sementara itu, Timbalan Presiden, Khairul Azwan Harun dilantik semula sebagai pengurus pasukan Liga Super manakala Isham Shahruddin selaku penolong pengurus.
Rizal Ali Naizali dilantik pengurus Piala Presiden manakala Zainal Anuar Abdul Rashid pengurus pasukan Belia.

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge