Authors Posts by Ridzlan Rozaiman

Ridzlan Rozaiman

118 POSTS 4 COMMENTS

0 1763

Stacy Sudah Memeluk Islam

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.

Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.

Sehubungan itu pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan..

Stacy AF juga dikhabarkan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau. Tahniah dan selamat datang kepada saudara baru kita jika berita ini benar.

Stacy AF Selamat Peluk Islam Baru Baru Ini - ROTIKAYA

0 2029
 (Gambar) Kafe Dc Comics Pertama Di Malaysia

Berita gembira buat peminat setia watak Batman di Malaysia! Kini peminat-peminat setia Batman di Malaysia boleh menikmati makanan kegemaran di kafe Batman yang kini dibuka di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Kafe yang dimiliki oleh DC Comics Super Heroes itu membawakan beberapa menu menarik yang berkonsepkan beberapa hero dari DC Comics seperti Batman, Superman dan Wonder Woman.

Apa yang menarik, kesemua alatan dan makanan disini diubah supaya berkonsepkan superhero dari DC Comics termasuklah menunya.

 

 

 

 

 

 

Sekarang, kafe ini menawarkan promosi dimana jika anda membeli barangan DC Comics dengan harga tertentu, anda boleh mendapatkan salah satu makanan di kafe Batman ini secara percuma.

0 1505

Pengerusi Majlis Fatwa Mengatakan Vape Haram ?

Mendatangkan kebingungankan, sekejap kata sihat, bagus, boleh jimat duit jika dibandingkan dengan rokok, sekarang majlis fatwa nak mengharamkan Vape pulak dah…

vape_haram_600
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin hari ini Menafikan yang Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan rokok elektronik atau vape adalah haram.

“Saya bercakap atas kapasiti saya dari sudut pandangan peribadi bukan mewakili Majlis Fatwa Kebangsaan.


“Dan saya juga menyatakan bahawa sekiranya pakar telah mengesahkan vape itu memudaratkan kesihatan, membawa kepada pembaziran serta merosakkan alam sekitar, maka ia boleh jatuh haram seperti rokok atau shisha.

“Kami masih menunggu laporan penuh dan penjelasan pakar Kementerian Kesihatan dan jika laporan itu mendapati vapor sah memudaratkan kesihatan, ia akan difatwakan sebagai haram. Sebelum ini kita hanya putuskan rokok atau shisha itu haram,” jelasnya kepada The Rakyat Post.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid berkata, pengharaman penggunaan vape ini hanya boleh diwartakan haram jika telah mendapatkan pengesahan pakar tentang keburukannya.

Menurut beliau lagi, keputusan untuk menfatwakan sesuatu mestilah melalui mesyuarat yang perlu dihadiri oleh semua mufti.

“Kita perlu dapatkan pengesahan, semua mufti perlu hadir bermesyuarat untuk sahkan ia haram. Kalau dah kata haram memang ada sebabnya dan membawa kemudaratan kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Sebelum ini media tempatan ada melaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan melalui Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin telah menfatwakan penggunaan vape adalah haram.

0 4400

Kebaikan Dan Keburukan Vape (e-cigarette )

Rokok elektronik atau e-Cigarette merupakan pilihan alternatif bagi menggantikan rokok sebenar. Bukan sahaja langkah ‘tukar’ ini mampu memberi manfaat pada diri sendiri malah orang-orang yang berada disekeliling anda juga, akibat kesan pelbagai kandungan bahan-bahan yang merbahaya dalam rokok sebenar yang mengancam kesihatan. Ini adalah satu cara yang sihat dan selamat menikmati rokok seperti yang sekarang anda hisap!

Kelebihan Electronic-Cigarette

1. Menghindar / kurangkan kesan sampingan seperti anda menghisap ROKOK sebenar yang megandungi lebih 4000 jenis bahan kimia!
2. Rokok elektronik ( Electronic Cigarette ) tidak mengaratkan gigi dan menghitamkan bibir..
3. Rokok elektronik ( E-Cigarette ) mengandungi nikotin yang tidak membahayakan kesihatan kerana ianya tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia seperti CARCINOGENS, TEMBAKAU, TAR, KARBON MONOKSIDA, SISA ABU, BAU BUSUK.
4. Tiada kesan terhadap Smoke Detector (pengesan asap) oleh kerana E-Cigarette hanya mengeluarkan wap air yang seakan-akan asap sebenar.
5. Variasi perasa (dunhill, marlboro dll ) seperti ROKOK sebenar.
6. MENJIMATKAN wang sehinga 80% sebulan.
7. Mengurangkan atau menghentikan terus kadar pengambilan ROKOK sebenar.
8. Anda juga boleh menikmatinya ketika memandu (tak perlu buka tingkap).
9. Tiada masalah menghisapnya di runagan berpenghawa dingin.
10. Menghisap di tempat awam atau tempat larangan merokok juga tidak menjadi masalah.
11. Baju tidak lagi berbau ROKOK.
12. Bau mulut tidak lagi busuk.
13. Electronic-Cigarette (rokok elektronik) juga sesuai dibuat cenderahati untuk orang yang tersayang.
14. Tidak perlu risau jika anak-anak kecil menghidu wap dari rokok elektronik kerana ianya selamat dan tidak berbahaya
15. Bahan yang terdapat didalam rokok elektronik tidak boleh menyebabkan kanser atau penyakit-penyakit yang berat


Kekurangan Electronic-Cigarette
1. Semasa menggunakan rokok elektronik, pengguna tidak akan tahu berapa banyak wap nikotin mereka telah sedut yang agak berbahaya. Ini kerana jika kita menghisap rokok sebenar kita akan berhenti jika abu rokok sudah habis, ini kerana rokok elektronik apabila di “charge” penuh akan bertahan selama 8 jam tanpa henti.
2. Terlalu banyak kita sedut boleh menyebabkan kesan sampingan nikotin yang berlebihan dalam badan.
3. Tidak sesuai untuk penguna yang alah pada propelyne glycol (PG).Tanda alahan ialah bila sedut dengan liquid PG base gusi bengkak, gigi jadi sensitif

4 7326

Selangor Tumpaskan Kelantan 3-0


Kedatangan Kelantan ke Stadium Shah Alam membawa padah setelah tumpas di tangan tuan rumah Selangor dengan jaringan mata 3-0. Gergasi Merah garang di tempat sendiri.

Kedua-dua pasukan pada awalnya menunjukkan corak permainan yang menarik, akan tetapi Selangor nampak lebih yakin di depan penyokong mereka sendiri, corak permainan mereka stable dari segi hantaran dan penguasaan bola. Kebanyakkan serangan dari pasukan tuan rumah menggunakan pemain sayap kiri dan kanan.

Pada minit ke 24, Selangor dihadiahkan sepakkan percuma. Sepakkan itu diambil oleh Azwan Bakri dan membuahkan hasil, sepakkan yang cantik meletakkan bola betul-betul disebelah tiang meletakkan Selangor di hadapan Kelantan 1-0.

Kelantan melakukan serangan tetapi arah bola kebayakkan tersasar dari sasaran. Kedudukan 1-0 pada separuh masa pertama.

Bermulanya separuh masa ke2.

Kelantan nampaknya semakin cemas dan teragak agak ketika memberi dan menerima hantaran. Kesempatan ini dapat digunakan oleh pemain import  Selangor Guilherme. Guilherme menggunakan kepantasan melepasi 2 pertahanan lawan, melakukan lob dari luar kotak penalti dan berjaya menewaskan penjaga gawang kelantan Sharizan Ismail pada minit ke 49.

Pemain Selangor berjersi 7 Andik nampaknya lebih lincah dari separuh masa pertama, gelecikkan dan lariannya sukar dipatahkan oleh pemain pertahanan Kelantan. Pada minit ke 63 Selangor dihadiahkan Penalti, akibat dari hadangan Sharizan Ismail. Guilherme berjaya menewaskan Sharizan Ismail buat kali kedua menerusi sepakkan penalti.

0 2344

10 Makanan Di Malaysia Yang Menggemukkan Anda

Berikut adalah senarai makanan Malaysia yang paling menggemukkan. Senarai di sini tidak terhad kepada makanan tempatan Malaysia tapi makanan kegemaran di Malaysia termasuklah daripada fast food, trend dessert dan sebagainya.

Jadi Admin akan listkan 10 makanan yang menggemukkan orang Malaysia.

1. Roti Canai


Sesetengah orang, elak makan nasi tapi sebat roti canai 3 keping breakfast, malam lepak mamak sebat lagi 3 keping. Fuhh~~ Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

2. Nasi Lemak


Standard la orang Malaysia pagi mesti nasi lemak. Tapi sekarang trend sudah berubah, nasi lemak tak kira masa dah, malam pun ada kedai yang masih jual nasi lemak. Nasi lemak disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilai kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

3. Fast Food


Dekat Malaysia, Fast food pun dah macam kebiasaan. Kalau bukan selalu takpe, sekarang harga Fast Food pun dah menjadi semakin lah murah. Jadi makin ramai la orang, Wifi pun free kan.  Fast food memang sedap tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. Mamak


Kenapa Mamak ? sebab mamak ni jadi tempat paling seronok nak lepak dengan riuh rendah, wifi free pulak tu. Sekali lepak mesti lama kan, mesti banyak makan minumnya. Mamak selalunya masak menggunakan kuantiti minyak yang banyak, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti banyak, kalau korang dah lapar sangat bedal jela.

5. Donat


Donat dah banyak jual dekat Malaysia ni dulu famous Dunkin Donuts je, sekarang dah banyak Big Apple, Krispy Kreme, J.co s dan banyak lagi la.  Memang lazat dan cepat makan cepat je habis. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

6. Goreng Pisang


Ini kelasik balik kampung mesti telan, tapi kalau balik kampung baru telan takpe. Ada yang ngantok dekat office setiap petang je beli goreng pisang ni. Sekarang dah discover Pisang Goreng Cheese pulak fuhh, sebab 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. Minuman Bergula

Orang Malaysia ni suka sangat minum mani-manis. Kopi pun nak manis kalau boleh, baru sedap kan. Jadi elak-elak kan la. Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal. Kalau dah banyak minum manis, banyakkan jugak minum air kosong biar dia refresh kan balik.

8. Teh Tarik


Fuhh minat sungguh kan, mamak punya teh tarik paling sedap, buih banyak susu pekat. Hati-hati kerat kaki karang. 1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. Kuih-Muih


Dessert la ni, Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi


Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

Admin dah listkan 10 jadi pandai pandai la korang yeaa.. Jaga permakanan dan menggamalkan gaya hidup sihat.

0 1644

Lewis Hamilton membuat kenyataan menarik menjelang berlangsungnya siri ke-10 MotoGP 2015 di Indianapolis, hujung minggu ini. Juara dunia Formula 1 itu mengaku tertarik untuk mencuba menunggang motor 1000cc yang dipakai para menunggang MotoGP.

“Semasa kanak-kanak lagi, saya teringin untuk mengikuti perlumbaan motor,” kata pemuda Inggeris yang sudah memenangi lima daripada 10 perlumbaan Formula 1 pada musim ini.

“Ketika ayah membelikan kereta gokart pertama untuk saya, sebenarnya saya mahukan motosikal,” Kata pelumba Mercedes itu kepada harian terbitan Inggeris, Mirror.

Meskipun tak boleh merealisasikan impian menjadi pelumba motorsikal, Hamilton berjaya meraih karier cemerlang di perlumbaan kereta. Dia berjaya meraih dua gelaran juara dunia F1, pada 2008 dan 2014.

“Saya ingin mencuba motor MotoGP untuk mengetahui bagaimana rasanya. Saya mahir dan faham garis perlumbaan, tetapi saya ingin tahu adakah saya boleh melakukannya, seperti saya memandu Formula 1” ujar lelaki 30 tahun itu.

0 1409

Kereta Myvi Terbabas, Jatuh Dari Tingkat 3

Georgetown: Seorang wanita kini dalam keadaan kritikal setelah kereta Perodua Myvi yang dipandu olehnya terjatuh dari tingkat tiga di sebuah pangsapuri di Taman Pekaka tengahhari ini.


Mangsa, M Latchumani, 30, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan tidak sedarkan diri.

Menurut Komander operasi Balai Bomba Jalan Perak Penguasa Kanan Bomba II, Kamarul Ariffin Abdul Ghani, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada jam 12.32 tengahhari dan pihaknya tiba di lokai sepuluh minit kemudian.

 

Katanya lagi, mangsa dikeluarkan terlebih dahulu sebelum rawatan awal diberikan oleh seorang doktor yang secara kebetulan berada di tempat kejadian.

Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian yang dan operasi selesai pada 1 petang,” katanya memetik laporan Harian Metro

0 1326

Berhenti Serang Bapa Saya, Najib Razak

KUALA LUMPUR: Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menghentikan serangan kepada ayahnya dimana beliau menyifatkan serangan tersebut hanya akan merugikan negara ini


Memetik laporan Utusan Online, sambil menyifatkan ia hanya serangan peribadi, Mohd Nazifuddin berkata dakwaan yang dilemparkan terhadap bapanya akan menyebabkan rakyat menderita.

“Oleh kerana kehilangan amanah, masyarakat akan bersedia untuk menjadi ‘korban’ negara ini semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Para pelabur akan mejadi takut untuk datang ke sini kerana mereka akan berfikir negara ini adalah tidak stabil, dan ini akan menyebabkan nilai ringgit jatuh dan memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan,” katanya selepas merasmikan kafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur semalam.

Nazifuddin berkata tuduhan terhadap Perdana Menteri telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran bapanya.

“Rakyat perlu sedar bahawa tekanan yang mereka lakukan kepada Perdana Menteri tidak akan menenangkan keadaan sebaliknya akan menjadi semakin teruk dan menjejaskan negara.”

“Ianya akan memberi kesan kepada negara dan saya harap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin palsu dan mereka harus berfikir tentang implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang,” Nazifuddin.

0 1701

Korang mesti suka tengok prank dengan prank kan orang betul tak ? kalau nak buat prank ye pun, mesti la berpada pada kalau tak memang cari maut la. Ada banyak video prank dekat Youtube ni, tapi yang paling aku suka kalau tengok prank ni sebab dapat tengok reaksi orang yang kena prank tu.. gelabah takut semua ada Aku paling minat tengok prank hantu or badut yang bunuh orang yang seram seram la. Then masa nak layan video Prank dekat Youtube, aku tertekan satu video ni haa.. Hantu Kena Langgar Kereta

Cerita dia camni la dia nak keluar lompat dekat jalan as a hantu , pastu dia nak kawan dia keluar dekat belakang kereta tu untuk takut kan lagi pemandu tu, mesti la jadi lebih takut depan belakang ada hantu duhh.. takkan nak buat rilek lagi, HAHAHAHAA kelakar kelakar.

Lepastu jadi la camni.

https://youtu.be/S3WQzB692wY

Nak buat macam mana, kalau korang pun malam malam benda macam ni keluar sah sah korang terus langgar tak fikir apa kan. Jadi conclusion dia, sebelum buat apa apa fikir dulu, nasib hantu tu kena langgar, kalau orang tu terbabas lagi susah.

0 1847
Video Parody Malaysia Terbaik Lagu LOSER BigBang

Korang peminat BigBang ? alaaa BigBang boys band dari Korea. Nak di katakan almost every year perform dekat Malaysia, if tak tahu nama ahli or lagu band ni, korang mesti pernah dengan nama BigBang ni dekat radio ke tv.  Sebab dekat Malaysia ni ada jugak yang anti dengan K-pop ni asal dengar lagu K-pop dekat radio je mesti tukar siaran radio. Standard laa tu kan.. tak semua orang boleh hadam.

Tahun ni BigBang ada buat tour dekat Malaysia, ada introduce lagu lagu baru diorang, okey la not bad. Aku pun search la satu lagu diorang nama tajuk LOSER dekat Youtube. Tapi yang menarik perhatian aku ada satu parody ni, selalu kalau parody aku malas layan. Tapi.. cover depan parody tu macam muka orang Melayu. Kata sapot, aku pun bukak laa..

Mula mula annoying jugak, lepas baca lirik dia aku tergelak jugak la, kelakar duhh serious. Make my night la.

Lepas aku habis tengok video ni, aku pun tengok la siapa Youtuber yang upload and rajin buat benda ni. Lupanya Kyopropaganda, Kyopropaganda ni dulu aku layan jugak masa sekolah dulu.. Video dengan Idea dia pelik pelik sikit, Hhuhhuhuu.. Lepas tu diorang senyap tak upload video apa dah, senyap 2 tahun. So aku pun unsubcribe la.

So kalau korang nak tahu and usha siapa Kyopropaganda ni haa . Check la diorng punya video swag swagg..

Latest Articles

0 791
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...