Authors Posts by Ridzlan Rozaiman

Ridzlan Rozaiman

118 POSTS 4 COMMENTS

0 1446

Tun M “Mereka tidak berjuang untuk orang Melayu,”


Himpunan Melayu Bersatu atau Perhimpunan Baju Merah bukan pejuang Melayu sebenar.

Bekas Perdan Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tindakan kumpulan berkenaan berhimpun pada 16 September hanya tindak balas terhadap himpunan Bersih 4.0 yang didakwanya didominasi kaum Cina.

“Dia adakan rally ini kerana dia kata perhimpunan Bersih 4.0 dulu adalah rasis.

“Jadi hendak jadikan Bersih 4.0 punya perhimpunan ini rasis supaya mereka kononnya mereka berjuang untuk orang Melayu.

Peserta Himpunan Rakyat Bersatu mula memenuhi Padang Merbok untuk memulakan acara perhimpunan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 September, 2015.

“Mereka tidak berjuang untuk orang Melayu,” katanya ketika ditemui pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Selasa.

Jelas Tun Mahathir, perhimpunan Bersih 4.0 bukan perkauman kerana disertai semua bangsa sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.

“Tetapi perhimpunan Bersih dulu bukan rasis semua bangsa ada bersama,” katanya.

Ditanya mengenai Himpunan Melayu bersatu yang akan diadakan pada Rabu, beliau menasihat penganjur supaya membatalkannya.

“Tak payahlah ada. Saya harap tidak (tidak ada kekecohan),” katanya.

0 16066

Perbezaan iPhone 6s Vs iPhone 6s Plus

Apple memperkenalkan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, telah menarik perhatian ramai peminat-peminat iphone. Tetapi, mungkin korang sedekit keliru mengenai perbezaan di antara kedua telefon bimbit ini.

Ternyata kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang hampir sama. Mengutip maklumat dari laman web Apple, perbezaan kedua-duanya hanya terletak pada saiz skrin dan kapasiti bateri sahaja.

iPhone 6s mempunyai paparan Retina HD Display dengan teknologi 3D Touch berukuran 4.7 inci dan kepadatan piksel 326 ppi, sedangkan skrin iPhone 6s hadir dengan teknologi yang sama namun mempunyai saiz 5.5 inci dan kepadatan piksel 401 ppi.

Untuk paparan pula, kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan iPhone 6 dan 6 Plus. Namun untuk iPhone 6s dan 6s Plus telah disematkan teknologi terbaru dari Apple iaitu 3D Touch.

Untuk keupayaan bateri, iPhone 6s dianggarkan dapat bertahan sampai 10 hari dalam keadaan terbuka, sedangkan iPhone 6s Plus mampu bertahan sampai dengan 16 hari dalam keadaan terbuka.

Sementara keupayaan bateri untuk penggunaan internet berkisar antara 10-11 jam untuk iPhone 6S sedangkan iPhone 6s Plus mempunyai masa 1 jam lebih lama iaitu 12 jam untuk penggunaan rangkaian termasuk 3G, 4G, dan Wi-Fi. Khas untuk bateri, iPhone 6s dan 6s Plus tidak mempunyai perbezaan dengan pendahulunya iPhone 6 dan 6 Plus.

Namun, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus hadir dengan penambahan ciri-ciri terkini seperti kamera dengan resolusi 12MP dari yang sebelumnya hanya RMK8. Serta cip A9 yang membolehkan pergerakkan dan pengunaan sangat lancar berbanding cip A8 di iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Selain dari sisi spesifikasi, iPhone 6s dan 6s Plus juga hadir dengan warna baru yang belum ada pada  siri-siri iPhone sebelum ini, iaitu rose gold.

0 2256

Keburukan Vape Boleh Meyebabkan Koma

Admin ada cerita ni, terkejut jugak bila dapat tahu pasal cerita ni. Selalunya yang menggunakan Vape adalah bertujuan untuk berhenti merokok. Satu Malaysia dah tahu apa itu vape kan. Untuk pengatahuan korang Malaysia adalah negara yang kedua tertinggi penggunaan vape, bukan sahaja orang dewasa malah bawah umur pun ada.. ini yang kurang enak ni.

Ada yang kata Vape boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti paru-paru berair, sakit jantung, ada yang berpendapat vape lebih berisiko dari rokok sehingga boleh menyebabkan koma.

Pada suatu petang ada brother ni baru balik kerja, nama samaran dia Mat, Mat nampak murung dan sangat stress, kerana hampir dipecat oleh majikan dia hari tu. Apabila dah stress dia pun cari la rokok merata untuk mengurangkan stress tapi tak jumpa. Dia ni pun penguna Vape, perisa kegemarannya Manggo Lassi,  Admin yakin kebanyakkan pengguna vape tahu flavor ni.

Sebabkan tersangat la stress dia pun isap vape tanpa henti, dari full tank flavor tu sampai tinggal sikit. Masa dia dah nak sampai area rumah dia, dia pun ambil keputusan nak makan dekat mamak. So masa dia nak cari meja makan dia terserempak dengan kawan dia, kawan dia ajak makan sekali, dia pun okey jela, tapi mereka tak bersembang pun, Mat ni isap vape dan tak hirau kan kawan dia.

Tiba-tiba flavor dia habis, dan dan mula rasa hangit, dia mintak rokok dekat kawan dia. ” Wei Faiz ada rokok tak”, ” Aku isap vape la sekarang, dah berhenti merokok” jawab faiz. Mat menggaru kepala, dia tanya lagi ” Wei flavor apa vape kau ?” “Manggo Lasi jawab Faiz” Mat ketawa, dia gembira kerana itu adalah perisa kegemarannya. Faiz menggulurkan vapenya, dengan pantas Mat mengambil sambil tersenyum ” Mesti mahal vape si Faiz ni, berat dan selesa bila pegang ” kata Mat di dalam hati.

Dengan terujanya Mat terus mencuba. Tiba-tiba mukanya masam dan ketika itu Faiz ketawakan dia dengan kuat. Dia meninggikan suara ” Ini bukan Manggo Lassi ini Nenen!!” lalu dia mencapakkan Vape itu ke kepala Faiz, Faiz pitam dan koma.

Huhuhuhuu.. Jadi elakkan la bergurau ketika kawan tengah marah.

0 1695

Video Kelakar Ujibakat Vocal Bukan Sekadar Rupa


Video ni dah lama, tapi tiap kali tengok mesti gelak la, make my day betul. Video ni mengenai seorang jejaka cuba menceburi bidang musik, dia dari jepun sanggup datang  ke Malaysia untuk ujibakat Vocal bukan sekadar rupa tapi.. emm kelakar betul.

Korang tengok la sendiri..

0 1782

6 Cara Untuk Merawat Penyakit Gastrik

Gastrik, Alhamdullilah la Admin tak pernah kena, tapi ada yang bagi tahu kalau kena gastrik sakit dia sampai nak berjalan pun tak boleh. Ada member seminggu teperap dekat rumah, makan je muntah semua tak kena. Selalunya orang yang kena gastrik ni adalah orang yang tahan perut, tak makan ikut waktu dan banyak lagi la.

Apakah simptom yang dialami pesakit gastrik?

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Ini adalah tips ringkas, sebelum mejadi lebih teruk, korang boleh cuba sebab memang membantu, cool down kan sakit korang, kalau tak ada kesan yang positif Admin sayarankan pergi hospital.

1. Minum susu. 
Susu adalah peneutral terbaik kepada lapisan perut kita yang berasid. Susu boleh membantu meneutralkan asid dalam perut dengan cepat. Ada juga yang mengamalkan susu pekat manis untuk melegakan gastrik, namun susu pekat manis  mengandungi krimer bukan tenusu dan pemanis tambahan yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang.

2. Makan pisang.

Pisang adalah salah satu buah-buahan yang berPH tinggi (beralkali) dan boleh membantu meneutralkan asid dan menghasilkan mukus yang boleh melindungi dinding perut daripada asid dalam perut.

3. Menggigit bunga cengkih.

Menggigit bunga cengkih merangsang penghasilan air liur yang boleh membantu penghadaman. Dengan membiarkan seketika di dalam mulut, akan membantu memberi kelegaan kepada pesakit gastrik.

4. Minum air halia

Air rebusan halia  atau  air rendaman halia yang ditumbuk boleh membantu pesakit gastrik membuang angin yang menyebabkan perut merasa tidak selesa dan kembung. Amat mujarab untuk membuang angin  serta merta dan membantu melegakan gastrik dan pedih ulu hati.

5. Makan bawang putih bakar

Bakar sebiji bawang putih bersama kulitnya selama 1-2 minit, kemudian buang kulit dan basuhkan sedikit bahagian hitamnya dan kunyah begitu saja. InsyaaAllah, berkesan walaupun agak tidak sedap rasanya. Bawang putih memang membantu melawaskan dan membuang angin akibat gastrik.

6. Minum air bersama habbatus sauda’

Jika anda mempunyai habbatus sauda’, bolehlah mencampurkan sedikit serbuk habbatus sauda’ ke dalam air minuman anda. Bagi saya, saya memang menyimpan  minyak habbatus sauda’ di rumah dan beberapa titik minyak habbatus sauda dicampur ke dalam minuman boleh membantu memberi kelegaan segera bagi sebarang sakit perut termasuklah gastrik, pedih ulu hati atau cirit birit.

Rasullullah SAW pernah bersabda:
“Tetaplah dengan Habbatus Sauda’ kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati “

(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Harap 6 tips ini banyak membantu korang sedikit sebanyak meringankan kesakitan gastrik ini. Semoga tabah dan selamat mencuba.

0 1575

5 Rahsia Tun Dr. Mahathir Kekal Sihat Dan Cergas


Untuk pengatahuan korang bekas pemimpin negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir adalah seorang tokoh yang disegani dan berfikiran rakyat beliau berjaya memimpin negara kita dengan aman dan majunya selama 22 tahun. Tun M, yang di lahirkan pada 25 december 1925 ini sebenarnya ada rahsianya yang tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini telah mencecah 90 Tahun.

#1 Tidak menghisap rokok

Ramai telah sedia maklum bahawa rokok itu berbahaya untuk kesihatan manusia. Ia bukan sahaja membahayakan diri si perokok sahaja. Malah boleh membahayakan orang sekeliling seperti ahli keluarga dan sebagainya.

Selain membahayakan kesihatan. Rokok juga kini telah di fatwakan haram tau..

#2 Tidak Minum Arak(alkohol)

 

Sebagai seorang muslim. Kita telah maklum bahawa arak itu haram di sisi agama ISLAM. Tetapi tahukah kita bahaya arak dari segi kesihatan? Di bawah ini adalah kesan terhadap Kesihatan bagi yang mengamalkan minum Arak.

  • Penyakit gastrik
  • Penyakit pankreas
  • Ulser peptik
  • Darah tinggi
  • Penyakit jantung
  • Penyakit saraf seperti sawan, kebas, hilang ingatan dan koma

#3 Bersederhana Dalam Pemakanan

 

Seperti apa yang di anjurkan oleh Islam. Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan bahawa “Berhenti Sebelum Kenyang”.

Maksud bersederhana ini sebenarnya tidaklah terhad kepada bilangan kuantiti yang kita ambil, tetapi kualiti makanan tersebut perlulah turut di ambil berat.

 #4 Pengambilan Multivitamin

 

Ada banyak sebab mengapa multivitamin baik untuk di amalkan bagi setiap orang. Dan salah satu rahsia Tun Dr. Mahathir menjaga kesihatannya adalah dengan mengamalkan Multivitamin jenama “Shaklee”. Wow.. Tun M pun makan shaklee

#5 Tidur Mencukupi

 

Sebagai manusia biasa, kita di sarankan untuk tidur mencukupi setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa, orang yang tidak cukup tidur lebih berisiko mendapat penyakit.

0 1741

5 Bandar Termahal Di Dunia

Kepada yang kaki travel, korang mesti tahu macam mana rasanya duit Malaysia bila ditukarkan kepada Dollars ataupun Pounds Sterling, fuhh sakitnya hati 5 ringgit baru jadi 1 pound. Kalau naik teksi, bayangkan baru kena 8 pounds dah hampir 40  ringgit. Tapi tak best kalau bercuti asyik fikir pasal duit yang kita dah convert, korang patut enjoy the vacation kan.

Nak plan vacation bukan la benda yang mudah, kalau nak pilih bandar mana yang korang nak travel, korang kena la buat plan pembelanjaan termasuklah hotel, flight, kos makan. Percutian 3 hari 2 hari mahu seminggu sudah pasti boleh membuat pocket dan dompet korang kosong.

Jadi Admin akan list kan 5 bandar paling banyak akan perabih kan duit korang.

1. New York

Bandar New York, semua orang tahu New York adalah bandar yang sangat meriah, siang malam meriah memanjang. Terdapat tempat yang agak murah yang menjadi tarikan bandar ini seperti Central Park dan Staten Island Ferry, yang susahnya adalah nak cari tempat penginapan sebab harganya fuhh.  Di bandar New York kebayakan hotel sangat mahal,  oleh sebab itu terdapat banyak hostel di New York, harganya mungkin murah sedikit jika nak di bandingkan dengan hotel tapi korang kena lah share satu bilik dengan strangers.


2.
 San Francisco, California

San Francisco tak seperti New York, kos traveler dan hotel tak semahal di New York, tetapi kos makanan menjadi kan San Francisco antara Bandar yang mahal. Sebab di San Francisco kebanyakkan restoran mempunyai tukang masak yang terkenal dan mempunyai Michelin-starred. Untuk sewa kenderaan di San Francisco juga agak mahal, ramai travel agent menyarankan lebih jimat jika menggunakan public transport.


3. London, England

Satu punca kepada London adalah kerena mata wang negara England. Kesan mata wang pound sangat tinggi, bukan sahaja memberi kesan kepada pelancong Malaysia malah pelancong dari Canada, America, Australia dan banyak lagi. Mereka perlu membayar 2 kali ganda untuk barang dan juga makanan, kalau kita kena bayar 4 kali ganda. Fuhh mahall..

4. Qatar

Qatar terkenal dengan salah satu negara yang terkaya di dunia. Qatar terdapat banyak hotel dan apartment yang sungguh mewah, nak cari tempat penginapan yang sederhana tu memang agak mustahil la. Qatar ni luas pulau pinang je, Qatar boleh menjadi sangat panas ketika tengah hari sampai boleh mencecah 110 darjah Fahrenheit, bermaksud kalau korang jalan 200 meter pun dah boleh kering anak tekak, jadi pelancong sudah pasti akan naik taxi ataupun travel dengan kereta sewa. Sebab Qatar ni pulau barang keperluan, makanan dan juga minyak adalah mahal.

5. Maui, Hawaii

Macam Qatar, Maui adalah pulau jadi makanan gas dan barang keperluan adalah mahal. Memandangkan Maui tiada public transport, korang kena keluarkan duit yang agak banyak untuk meronda keliling pulau ini dengan cara menyewa kereta ataupun naik taxi. Maui terkenal dengan pantainya yang cantik, oleh sebab itu banyak la pelancong dari negara luar seperti England, Spain dan America harga hotel di situ juga menaik secara mendadak, untuk mendapat hotel budget sangat susah.

 

0 1367

Pesawat British Airways Terbakar Di Las Vegas

Sebuah pesawat British Airways yang baru henadak berlepas ke London dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas terbakar semalam.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 159 penumpang dan 13 kru sedang bersedia untuk berlepas kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) apabila enjin kirinya terbakar melepaskan asap hitam ke langit.

Kesemua penumpang dan anak kapal berjaya dipindahkan menggunakan slaid kecemasan di mana operasi menyelamat disertai kira-kira 50 orang anggota bomba.


Dari 159 orang penumpang, dua daripada mereka mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Wartawan Sky News, Jacob Steinberg yang berada di dalam pesawat berkenaan berkata, dia sedang memejamkan mata untuk tidur tapi secara tiba-tiba pesawat yang sudah mahu berlepas itu berhenti secara mengejut dan ada asap menyelubunginya.

“Peramugari memberi arahan kepada penumpang supaya duduk kerana dilihat beberapa orang panik dan bangun dari tempat duduk.”

“Bagaimanapun beberapa ketika kemudian mereka datang semula memintak untuk turun daripada pesawat untuk proses pemindahan,” katanya.

0 2047

Ultras Melaya Mengamuk Malaysia Lawan Arab Saudi

Semalam, tidakkan protes yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Ultras Melaya menyebabkan perlawanan di berhentikan.

Penyokong skuad negara bertindak liar dengan membakar mercun roket, merosakkan kerusi dan membaling suar kearah padang. Tindakan itu sekali gus menganggu perlawanan selain boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain dan memaksa pengadil membuat keputusan untuk memberhentikan perlawanan pada minit ke 88′ .

Keputusan itu adalah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku selepas mendapati keadaan tidak terkawal Keputusan rasmi perlawanan ini sama ada Arab Saudi diberi kemenangan atau Malaysia (FAM) bakal dikenakan tindakan akan diputuskan oleh FIFA.

kes malaysiamalaysia vs arabkebakaran
Keputusan itu adalah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku selepas mendapati keadaan tidak terkawal Keputusan rasmi perlawanan ini sama ada Arab Saudi diberi kemenangan atau Malaysia (FAM) bakal dikenakan tindakan akan diputuskan oleh FIFA.

Berdasarkan peraturan, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) boleh membuat keputusan dengan meneruskan perlawanan berbaki dua minit itu ataupun terus memberikan kemenangan 3-0 kepada Arab Saudi.

Kemungkinan Malaysia boleh dikenakan tindakan disiplin seperti digantung perlawanan berikutan insiden protes berkenaan.

0 3235

Cara-Cara Basuh Kereta Dengan Betul


Untuk membersihkan enjin:
1. Jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidal dapat dihilangkan dengan air.

2. Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah minyak tanah untuk hilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

3. Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan
i. tali kipas
ii. paip getah
iii. kabel elektrik.

4. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti
i. alternator (motor penghidup)
ii. generator
iii. gegelung penghidup
iv. pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

5. Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.


6. Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak. Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika kurang.

7. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak. Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

8. Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda
sudah bersih dan cantik semula. Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.


Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini
disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

0 2505
Kereta Mampu Milik Pendapatan Bawah 4 Ribu


Pemilihan kereta selalu membuatkan kita pening. Mana taknya, pelbagai promosi & juga ‘tangga-tangga’ harga diletakkan oleh penjual kereta untuk membuat kita gelap mata ketika memilih.

Untuk membantu, kami datangkan senarai kereta berdasarkan pendapatan anda supaya anda lebih yakin untuk memilih kereta anda yang seterusnya (atau yang pertama).

Di dalam senarai ini, kami mengambil harga kereta dari Carbase.my. Kadar ‘interest’ pula kami letakkan sebanyak 2.58.

1 – Bagi RM2,000 dan ke bawah

Bagi mereka yang bergaji RM2,000 dan kebawah, kami meletakkan bajet harga kereta dari RM20,000 sehingga RM35,000. Terdapat dua buah kereta yang patut menjadi pilihan anda. Axia dan Proton Saga.

 

  • Perodua Axia
    • Harga paling murah : RM 24,000
    • Bulanan : RM240 (9 tahun)
Perodua Axia kini menjadi kereta paling murah yang paling berbaloi untuk dibeli. Selain murah, kereta ini juga dikatakan menjimatkan minyak. Di laman web rasmi Axia, kereta ini dikatakan mampu bergerak sejauh 21.5 km untuk setiap liter minyak. Namun menurut beberapa pengguna Axia, kereta ini bergerak sejauh 17 km – 18 km bagi setiap liter.
  • Proton Saga
    • Harga paling murah : RM 33,243
    • Bulanan : RM350 (9 tahun)
Proton Saga adalah kereta sedan yang paling murah di Malaysia. Kereta ini dilaporkan boleh bergerak sejauh 15km – 16 km bagi setiap liter minyak. Jika anda sudah berkeluarga dan mencari kereta yang mempunyai ruang yang lebih, ini kereta yang tepat untuk anda.
 
2 – Bagi RM2,000 – RM3,000

Pada kategori ini kami meletakkan harga kereta dari RM40,000 hingga RM60,000. Terdapat beberapa pilihan untuk anda, antaranya :
  • Perodua Myvi
    • Harga paling murah : RM 40,862
    • Bulanan : RM 419 (9 tahun)
Jika pendapatan anda berada di dalam lingkungan ini, sudah semestinya kereta Myvi patut menjadi pilihan anda. Selain menjimatkan minyak, kereta ini juga murah dari segi kos ‘maintainance’. Selain itu, Myvi juga terkenal dengan ruangan yang luas jika dibandingkan dengan kereta kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.

  • Proton Iriz
    • Harga paling murah : RM 41,077
    • Bulanan : RM 446 (9 tahun)
Apa yang membuatkan Iriz lebih istimewa dari pesaingnya, iaitu Myvi adalah ciri keselamatan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ruang dalaman Iriz sangat terbatas. Dari segi penggunaan minyak, pengguna melaporkan ia boleh bergerak sejauh 14 km bagi setiap liter.

  • Nissan Almera
    • Harga paling murah : RM 64,960
    • Bulanan : RM 667 (9 tahun)
Kereta Nissan Almera boleh dikatakan antara kereta yang banyak dilihat di jalan raya. Mengikut reviu pengguna kereta ini boleh bergerak sejauh 13 km bagi setiap liter. Namun apa yang penulis paling tidak menggemari tentang Almera adalah designnya yang kurang ok. Mungkin Nissan boleh membaikinya pada model seterusnya.
  • Proton Preve
    • Harga paling murah : RM 55,686
    • Bulanan : RM 579 (9 tahun)
Preve boleh dianggap sebagai pengganti kepada Proton Persona. Namun model yang paling murah ini tidak didatangkan dengan gearbox CVT iaitu teknologi tanpa gear. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 10.5 km bagi seliter minyak.

  • Perodua Alza
    • Harga paling murah : RM 50,702
    • Bulanan : RM 520 (9 tahun)
Ini dia MPV kompak termurah di Malaysia, Perodua Alza. Dengan kekuatan enjin 1.5l kereta ini dikatakan boleh pergi sejauh 12.5km bagi setiap liter. Namun ada juga komplain dari pengguna yang berkata enjin yang dimasukkan ‘tidak padan’ dengan kereta ini.

  • Proton Exora
    • Harga paling murah : RM 53,797
    • Bulanan : RM 558 (9 tahun)
Luas dan selesa, itu yang boleh dikatakan kepada kereta MPV kompak keluaran proton ini. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 9 km bagi setiap liter minyak yang mana tidak begitu bagus dari segi penjimatan minyak.

3 – Bagi RM3,000 – RM4,000

Jika pendapatan anda berada dalam lingkungan ini, pelbagai kereta sedang menunggu anda untuk dimiliki. Jujurnya, pilih dengan sebaik-baiknya sebelum membeli kerana harga yang diletakkan oleh dealer-dealer kereta sangat licik.

Kami meletakkan margin harga dari RM 70,000 hingga RM 90,000 bagi kumpulan ini.

Antara kereta yang boleh dipilih adalah :

  • Honda City
    • Harga paling murah : RM 74,007
    • Bulanan : RM 759 ( 9 tahun)
Honda City kini menjadi kereta yang paling ‘panas’ di Malaysia. Ini kerana kereta ini dikatakan menyediakan pelbagai ciri yang tidak boleh didapati pada kereta lain di dalam kelasnya, seperti contoh fungsi Push to Start.
Yang lebih menarik, kereta ini juga mempunyai nilai ‘resale value’ yang tinggi untuk dijual di kemudian hari.
  • Mazda 2 (skyactiv)
    • Harga paling murah : RM 85, 470
    • Bulanan : RM 887 (9 tahun)
Mazda 2 yang terbaru didatangkan dengan enjin Skyactiv yang dikatakan sangat menjimatkan minyak. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 16.4 km bagi setiap liter. Wow. Dan bagi 100 km, kereta ini menggunakan 4.5 liter minyak (RM 10.00). Wow.
  • Honda Jazz
    • Harga paling murah : RM 69, 566
    • Bulanan : RM 722
Jazz memang terkenal dengan keluasan dalam kereta yang disifatkan sangat se-le-sa. Seperti abangnya, kereta ini juga turut mempunyai ‘resale value’ yang tinggi. Reviu dari pengguna mengatakan kereta ini boleh bergerak sejauh 17.4 km dengan 1 liter minyak. Lebih jimat berbanding Mazda 2. Namun bagi perjalanan jarak jauh, Mazda 2 masih lagi menang.
  • Toyota Vios
    • Harga paling murah : RM72, 459
    • Bulanan : RM 752 ( 9 tahun)
Jika dibandingkan dengan Honda City, Vios sentiasa menang dari segi keselesaan dalaman. Kereta ini juga pernah disifatkan Raja Kereta kerana ia sangat popular pada satu ketika dahulu walaupun harganya tidaklah terlalu mahal. Laporan dari pengguna berkata kereta ini boleh bergerak sejauh 10km untuk seliter minyak.
  • Suzuki Swift
    • Harga paling murah : RM 65,888
    • Bulanan : RM 684
Jika anda mementingkan gaya dan elegen, Swift patut menjadi pilihan anda. Kereta ini menjadi pilihan-pilihan remaja yang rata-rata gemarkan bentuknya yang kelihatan mewah. Walaupun kelihatan besar, keluasan dalaman kereta ini sebenarnya lebih kecil dari Myvi. Bedasarkan reviu pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 15 km setiap liter.
  • Nissan Grand Livina
    • Harga paling murah : RM 86,893
    • Bulanan : RM 902
Anda mempunyai keluarga besar atau merancang untuk mempunyai keluarga yang besar? Grand Livina tentu menepati cita rasa anda. Kini Grand Livina adalah MPV yang paling murah di Malaysia. Selain itu, kereta ini juga turut mendapat pujian bagi perjalanan jarak jauh kerana menjimatkan minyak. Tapi bagi pemanduan di dalam kota, sebaliknya.
  • Volkswagen Polo (sedan)
    • Harga paling murah : RM 91,888
    • Bulanan : RM 999 (7 tahun)
Kenapa Volkswagen Polo boleh masuk dalam senarai sedangkan harganya lebih dari RM90,000? Ini kerana Volkswagen kini sedang menawarkan 0% interest bagi pembelian keretanya. Ini bermakna pengguna cuma perlu membayar RM 999 sebulan dalam masa 7 tahun untuk merasai pengalaman memandu sebuah kereta ‘continential’.
Itulah dia senarai beberapa kereta yang boleh anda beli mengikut pendapatan anda. Namun masih ada beberapa buah lagi yang belum dimasukkan seperti Ford Fiesta, Mitsubishi Attrage, Hyundai Elantra, Proton Suprima dan lain-lain. Namun bagi kami ini kereta-kereta yang boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli.

0 1699

Nora Dan Nedim Nazri Sudah Putus Cinta


Itu sahaja hubungan cinta antara aktres, Nora Danish dan Nedim Nazri disahkan sudah berakhir selepas berdepan dengan khabar angin mengenai status percintaan mereka sejak beberapa minggu lalu.

Memetik laporan portal mStar Online, Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34 mengesahkan khabar angin perpisahan mereka pada Ahad lepas dengan menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat atas persetujuan dan kebaikan bersama.

Hmm… Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki,” katanya memetik laporan mStar Online.

Status hubungan mereka berdua mula menjadi tanda tanya peminat apabila Nora Danish dan Nedim langsung tidak memuat naik gambar masing-masing sejak beberapa minggu lalu.

Nora bagaimanapun tidak menjelaskan punca perpisahan antara mereka berdua.

Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang,” ujarnya.

Latest Articles

0 791
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...