Authors Posts by Ridzlan Rozaiman

Ridzlan Rozaiman

118 POSTS 4 COMMENTS

0 2984

VitalyTv Di Malaysia.

Vitaly Zdorovetskiy atau lebih dikenali sebagai VitalyTv di sosial media Youtube. Nama beliau belum cukup dikenali di Malaysia, namun beliau masih mempunyai peminat di Malaysia, sehingga ramai yang meminta beliau ke sini untuk melalukan video prank prank beliau.

VitalyTv yang dikenali sebagai Prankstar di youtube, telah pun berada di Malaysia. Vitaly terkenal dengan video  gold digger prank, ATM prank robbery dan lain lain lagi, Selain itu dia juga telah menunjukkan keberanian yang luar biasa, dengan berlari di atas padang semasa world cup final di brazil.

hqdefaultcy7Rs

Vitaly yang dilahirkan dan dibesarkan di Rusia telah memberikan suatu impak yang baru kepada masyarakat dengan cara baru yang agak berani di youtube, Vitaly juga telah kerap di tangkap oleh pihak polis dan dia juga pernah dipenjarakan. Beliau juga telah membuka mata masyarakat mengenai prank prank ini, selain itu aktiviti prank beliau juga telah menjadi ikutan ramai.

05

Okey la, info dah bagi gambar dah bagi, takkan taknak bagi video kot kan, Takyah susah susah Admin sapot korang korang sapot Admin okey. Naahhh Videoo..

VitalyzdTv in Malaysia

http://youtu.be/LrQ5uqFJ8C8

Nahh ni ada la sedikit prank prank dia yang kelakar gilaa.

Banyak lagi video yang menarik ada boleh tengok

Youtube: http://www.youtube.com/user/VitalyzdTv

 

0 3016

Liga Super Malaysia bagi musim 2015 edisi yang ke-12.

Pada tahun ini, Setiap pasukan akan menunjukkan belang dan bisa pasukan masing masing, Sesetengah pasukan telah pun melabur kewangan mereka untuk mendapat kan pemain pemain handalan dan sesuai bersama pasukan mereka.

Pada tahun ini lebih mengujakan dengan kehadiran 3 pasukan iaitu, PDRM, SERAWAK dan SIME DERBY.
kehadiran ketiga-tiga pasukan ini sudah pasti akan memberikan impak yang besar kepada penyokong-penyokong bola tanah air, terutamnya dari pasukan DPRM yang menunjukkan prestasinya membangakan pada tahun lepas.

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/jadual-perlawanan-dan-kedudukan-carta-liga-super-2013.html#ixzz3OmvVJ212

Jadual kedudukan liga super piala Malaysia

Didalam carta liga di atas terdapat dua belas pasukan bertanding iaitu enam pasukan negeri, lima pasukan dari kelab dan satu pasukan wakil dari Singapura.

PERLAWANAN YANG PERTAMA.

jadual-liga-super

Perlawanan yang pertama sudah mendebarkan untuk penyokong mahupun pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang. Perlawanan ini akan menentukan siapa yang lebih layak memperolehi  3 mata penuh atau mereka hanya sekadar mampu berkongsi 1 mata.

0 1760

Golden Ball atau lebih dikenali sebagai Ballon D’or adalah sebuah anugerah yang amat berharga buat semua pemain bola sepak, Pemain akan di shortlist kan kepada 3 orang dan 3 orang pemain ini akan di undi oleh captain dah jurulatih setiap pasukan bola. 3 pemain itu dipilih berdasarkan pencapaian pemain itu. Seperti, pencapaian piala pasukannya pada tahun itu, menjaringkan gol terbanyak, menunjukkan pemainan yang consistan dah sebagainya.

Pada tahun ini 2015, FIFA akan memilih siapa yang layak menerima anugerah ini berdasarkan cara pemainannya pada tahun lepas 2014. 3 player di short list kan. Yang lain dan tak bukan Lionel Messi penyerang untuk pasukan Argentina dan Fc Barcelona. Christiano Ronaldo sayap kiri untuk pasukan Portugal dan Real Madrid, yang terakhir Manuel Neuer penjaga gawang pasukan Germany dan Bayern Munich.

4650060860
1409844104597_Image_galleryImage_Cristiano_Ronaldo_of_Real
messi1_3054545b

Pemenang Ballon D’or 2014 pada tahun 2015 jatuh kepada Cristiano Ronaldo.
Dia telah menjaringkan 52 gol dalam 43 perlawanan pada tahun 2014, dia menjaringkan 31 gol dalam 30 perlawanan liga dan markah  putara permainannya di la liga juga amat tinggi sebanyak 8.91.

http://youtu.be/jKFRbHP8wSM

Admin mengucapkan tahniah kepada Christiano Ronaldo setelah Berjaya memenangi anugerah ini 2 tahun berturut-turut, Admin mengharapkan beliau lebih success dan boleh memberi tentangan yang lebih hebat kepada Lionel Messi. Tahniah.

will-cristiano-ronaldo-recapture-the-ballon-dor-in-2015
Ronaldo menang Ballon D’or 2014.

2 7438

MACBETH FOOTWEAR.

Macbeth adalah sepasang kasut yang dahulunya kurang dikenali di Malaysia mungkin dikenali oleh segelintir sekumpulan masyarakat di Malaysia yang sering ke concert concert underground ataupun gig. Tapi sekarang kasut ini sudah dikenali dan diminati, kasut ini mungkin berbeza dengan kasut kasut yang lain kerana corak dan bentuk gaya nya yang tersendiri.

Terdapat jugak sekumpulan musik, di uk mahupun us telah mengeluarkan kasut Macbeth ini sebagai tanda signature  mereka.
seperti Greenday, Blink 182, Taking back sunday, Sleeping with sirens dan sebagainya. Dekat Malaysia ada local band yang ditaja oleh Macbeth iaitu Tres Empre. Try la dengar sapot local lah.

Mike-Dirnt-Studio-Project-web
img57454252
untitled

Macbeth Footwear juga ada mengeluaran kasut yang digelar sebagai Vegan iaitu menggunakan barang barang terpakai, untuk menjaga alam sekitar.
MACBETH.

MMF20003.BLKCT_HERO MMF10033.003 MMF10030.005_ALT1 MMF10027.001_ALT1

EliotDanSmithLG

41hGiqnPPaL._SX395_
92957179778814255MyA7yP4Ac

Ada terdapat pelbagai jenis, corak dan warna lain selain warna ni. Selain kasut, Macbeth juga ada mengeluarkan baju, wallet, beg, gelang dan banyak lagi. So ini la booth atau kedai yang ada menjual Macbeth di area Kuala Lmpur.

Tangs – One Utama.            Tangs – Empire.
Tangs – The Shores.             Robinsons – The Gardens.
17 Gallery.                              Dolls Store.
Scythe.                                    Ink Cranium.

So untuk nak lebih tahu tentang Macbeth sila comment dia bawah ya.

 

0 2957

TAEYANG COMING TO MALAYSIA THIS FEBRUARY.

Dong Young-bae yang lebih dikenali sebagai Taeyang,  salah seorang penyanyi daripada kumpulan K-Pop korea BigBang yang dikenali serata dunia, akan melakukan concertnya di Malaysia pada 7 Febuari.

Sudah pasti kpopers di Malaysia ini akan menyambut kedatangannya, Taeyang seorang penyanyi yang gemar menari dan tariannya selalu menjadi ikutan dia media massa, Sebut sahaja Ringa Linga sudah pasti Kpopers di Malaysia mengetahui. Saya bukan kpopers pun tahu. hikhikhikhik.

Butir lanjut tentang konsert dan jualan ticket nya. TAEYANG WORLD TOUR.

taeyang

IMG_152510037791008

seating plan                               Ticket Prices : RM599 (VIP), RM499 (Rock Zone), RM399 (Cat1), RM299 (Cat2), RM199 (Cat3)
HAMBIKK KAUUU

maxresdefault


Mungkin harga ticketnya terlampau melampau mahal, tapi mungkin tidak menjadi masalah kepada peminat-peminatnya untuk memiliki ticket konsert beliau dan dengar cerita ticket konsertnya sudah habis dijual. So K-popers sekalian penuhkan la Studium Negara nanti.

-TAEYANG-tae-yang-33336038-740-1009

2 2191

Terdapat pelbagai rumours di media massa, twitter, facebook, dan di blog blog spanish telah mengatakan bahawa messi mungkin akan berpindah ke kelab lain setelah sekian lama berada di kelab spanyol Fc Barcelona.

Lionel Messi, terkenal dengan gerak lincah badannya, kawalan bola yang cantik, dan tenang melepasi lawan, beliau memegang anugerah penjaring terbanyak liga spanyol dan pemain yang menerima anugerah FIFA Ballon d’or sebanyak 4 kali, ini telah meletakkan beliau sebagai pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang zaman.

Lionel_Messi_2771550b
Barcelona's Lionel Messi celebrates a goal
_59548469_messi
messi_run
Mungkin berita ini hanya khabar angin, Namun pemain berasal dari Argentina ini telah menunjukan sikap berangnya setelah tidak hadir ke sesi latihan bersama pasukannya tanpa sebab, dan beliau tidak mahu memberi apa apa kata usul tentang perpindahan beliau kemana-mana kelab dan tidak memberitahu bahawa dia juga ingin kekal bersama kelab FC Barcelona.

Keleb gegasi eropah Chelsea dan kelab terkaya france PSG sudah sedia melakukan bidaan sebanyak  anggaran £200 juta, Untuk mendapatkan khidmat pemain terhebat dunia ini. Sesetengah pihak mengatakan bahawa Messi terdapat sedikit masalah  mengenai masa depan beliau di kelab FC Barcelona itu. Peluang ini akan digunakan oleh Chelsea dan PSG untuk menarik pemain ini menjarung jersi pasukan mereka.

article-1332330568001-12129E3F000005DC-587918_466x524
messi1_3054545b
Nigeria v Argentina: Group F - 2014 FIFA World Cup Brazil
Admin menggalakan agar Messi keluar dari kelab FC Barcelona, sampai bila lagi dia ingin berada di kelab itu, semua rekod kelab itu semua beliau telah miliki, penjaring terbanyak sepanjang zaman liga spanyol pun milik beliau, masuk la liga Perdana Enggeris, Senang sikit nak tengok Messi beriaksi tak payah nak bangun pukul 3 4 pagi, iya idok ?

0 2008

COPA DEL REY.

Sungguh mengejutkan peminat-peminat pasukan Real Madrid setelah tewas menentang Atletico Madrid 2-0 pada last 16 Copa Del Rey pusingan pertama pagi tadi. Real Madrid telah memulakan tahun 2015 dengan langkah kiri, setelah tewas 3 perlawanan berturut turut.22 Perlawanan tanpa kalah dan 3 kekalahan berturut-turut telah menambahkan resah pengurus Real Madrid. Adakah Real Madrid tidak menjadi pada tahun ini ataupun Real Madrid melakukan percaturan yang salah.

Pengurus Atletico Madrid Diego Simeone dan anak buahnya menampilkan permainan yang cantik dan bergaya, mungkin sedikit sepi pada separuh masa pertama namun pada separuh masa kedua corak permainan Atletico Madrid yang ditunjukan oleh anak buah Diego Simeone ini sedikit berbeza.
Diego Simeone meletakkan Fernando Torres berjersi 19 sebagai kesebelasan utama pada perlawanan ini telah pun berjaya mencari kemenangan buat pasukannya.

Atletico_madrid_3157622a
Kesebelasan Utama Atletico Madrid.

Real_3157624a

Kesebelasan Utama Real Madrid.

Pada separuh masa pertama penguasaan bola berpihak kepada Real Madrid, terdapat beberapa rembatan tepat kepada penjaga gawang Atletico Madrid. Atletico bermain secara agak bertahan pada awal 45 minit pertama.

Masuk 45 minit kedua, corak dua dua pasukan berubah, Atletico Madrid di hadiahkan sepakan penalti pada minit ke-58. Dan sepakkan penalti itu dapat disempurnakan oleh Raul Garcia. James ditukarkan dan dimasukkan pemain lincah Ronaldo CR7 pada minit ke-60. Pada minit ke-77  sepakan penjuru dapat di disempurnakan oleh permain pertahan Gimenez dan telah meletakkan Atletico MAdrid 2-0 di hadapan. Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh Real Madrid namun tiada gol yang dapat di jaringkan.

10915198_791457070939971_8611095142129126812_n (1)

Torres_3157652a

WUUUUHOOOO, kemenangan yang patut di banggakan oleh penyokong Atletico Madrid.  2-0 pada pusingan pertama adalah kedudukan yang cukup selesa buat pasukan Atletico Madrid. Atletico Madrid seharusnya lebih berjaga jaga pada pusingan ke-2, kerana pasukan Real Madrid mempunyai pemain pemain yang hebat yang boleh melalukan come back pada pusingan ke-2. Kalau boleh. KALAU.

10917341_791460467606298_865806082915606360_n

AHAHHAHAHAHHAAA.

0 3249

Tahun baru, azam baru, setiap pasukan bertekad untuk menjulang piala piala FA, piala keramat. Tetapi tahun ni mungkin lebih sukar untuk dijangkakan pasukan mana yang akan menjulang piala keramat ini, kerana setiap pasukan telah menggunakan modal yang banyak untuk diperbelanjakan bagi membeli hikmat pemain-pemain handalan dari luar negara.

JADUAL PIALA FA 2015

Jadual lengkap Undian Piala FA 2015[6]

 

 

Dengan penambahan 4 pasukan yang ingin merebut kejuaraan Piala FA pada tahun ini sudah memberikan kehangatan kepada penyokong penyokong sukan bola sepak tanah air dan memberi cabaran kepada setiap pasukan yang bertanding. Jika di lihat pada jadual tahun 2015, cabutan undian tidak berpihak kepada pasukan Tok Gajah (PAHANG) dan pasukan Harimau Selatan (JDT)  untuk bertemu di Final seperti piala Malaysia. Malahan mereka berjumpa pada perlawanan yang pertama piala FA.

Adakah tahun ini pahang dapat menggelakkan kejuaran pada tahun lepas, selepas menewaskan Felda United 2-1 pada final piala FA. Ataupun JDT menghancuran kan harapan pahang pada awal awal pusingan piala FA 2015.

Screen-Shot-2014-06-08-at-8.09.14-AM

Marilah kita bersatu memberi sokongan yang penuh tanpa berbelah bahagi, demi untuk meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak tanah air kita.

0 2681

Kekecewaan sudah pastinya terpampar di wajah setiap penyokong mahupun pemain-pemain Frenz United Malaysia kerana tewas buat kali ke dua. Perlawanan yang kedua menentang  kelab yang berasal dari Argentina iaitu  pasukan Estudiantes FC, kekalahan dua kali berturut-turut ini telah sedikit sebanyak menutup ruang Frenz United Malaysia ke separuh akhir bersama Tottenham Hotspur.

Kekalahan sebanyak 4 berbalas 0 agak mengecewakan peminat Frenz United Malaysia kerana dengan jurang jaringan yang banyak. Kelab Frenz United Malaysia telah dibolosi sebanyak 9 gol tanpa sebarang jaringan dalam 2 perlawanan yang telah berlangsung, meletakkan Frenz United Malaysia berada di tangga tercorot kumpulan D.

10887381_793892424016837_5906263018095224092_o
Kesebelasan utama Frenz United Malaysia menentang Estudiantes.

  10887581_794056074000472_5893706535126690670_o
Tangkapan kemas daripada penjaga gawang pasukan Frenz United Malaysia, Shervin.

 
Gol ke-4 jaringan daripada Lazzarini Emiliano pada minit ke 50.

Walaupun sudah tewas 2 perlawanan, Frenz United Malaysia haruslah mencari kemenangan pada baki perlawanan yang terakhir kumpulan D, Mungkin 3 mata penuh sudah boleh mengubati hati hati penyokong Frenz United Malaysia. Frenz United harus tabah kerana mereka akan  kritik dengan cemuhan yang lebih ‘Lazerr’ dan pedih setelah menampilkan permainan yang kurang memberangsang.

Penyokong-penyokong Frenz United berharap agar  Frenz United tidak bermain secara sambil lewa pada game yang akan datang, mereka berharap agar Frenz United dapat membuka mata mereka pada perlawanan terakhir menentang Indian International FA dengan menampilkan permainan yang cantik dan aggresif walaupun sudah tiada peluang untuk ke suku akhir. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

0 2598

Hari yang di tunggu tunggu kan oleh segelintir penyokong bola sepak Malaysia yang mengikuti perkembangan pasukan bola sepak Frenz United Malaysia. Pemain-pemain Frenz United  Malaysia memikul harapan rakyat Malaysia untuk menjulang trofi kejuaraan Frenz United International Cup 2015 yang  diadakan setiap tahun.

Pada tahun ini, pasukan bola sepak Frenz United diundi bersama pasukan pasukan handalan seperti AIFF INDIA  pasukan dari India, ESTUDIENTES FC dari Argentina dan TOTTENHAM HOTSPUR dari England yang diundi didalam group D.

Frenz United Malaysia memulakan perlawanan pertama dalam group D dengan langkah kiri kerana tewas menentang Tottenham Hotspur dengan kekalahan yang agak besar 5 berbalas 0. Pada 45 minit masa pertama Pasukan Frenz United Malaysia di bolosi sebanyak 3 jaringan, dan diikuti 2 jaringan pada separuh masa kedua. Walaupun pasukan Frenz United Malaysia mempamerkan konsep permainan secara bertahan.

Kesebelasan utama pasukan Frenz United Malaysia menentang Tottenham Hotspur

                                     Pemain pemain Tottenham Hotspurs meraikan jaringan mereka yang ketiga

Kawalan bola yang cantik yang ditunjukkan oleh pemain berjersi 26.

Pemain pemain seharusnya melupakan kekalahan menentang Tottenham Hotspurs  dan menumpukan sepenuhnya tumpuan kepada perlawanan yang akan di hadapi pada masa akan datang, Pemain juga harus melupakan kutukan mahupun kata kata negetif yang sering di lontarkan oleh media massa. Pemain Frenz United Malaysia seharusnya bersikap positif dan menunjukkan permainan yang baik di Studium Shah Alam pada 6 januari  menentang  pasukan Estudiantes

Perlawanan menetang ESTUDIANTES di Stadium Shah Alam adalah percuma, Dan kepada yang tidak kesampaian ke Stadium Shah Alam, ada juga boleh menyaksikan perlawanan ini di FOX SPORTS.

New Update tentang Cup ini dikeluarkan dari masa ke masa untuk memberi kepuasan kepada peminat.

Latest Articles

0 92
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...