Authors Posts by admin

admin

328 POSTS 48 COMMENTS
Owner inter4web.com. Online Businessman.

1 1889

LONDON: Malaysia berkongsi dengan lima negara lain untuk menduduki tangga ke-63 daripada 85 negara yang meraih pingat pada temasya Olimpik 2012 yang berakhir semalam.

Malaysia bersama Bulgaria, Estonia, Indonesia, Puerto Rico dan Taiwan berkongsi tempat selepas kontinjen negara masing-masing meraih satu pingat perak dan satu gangsa.

Malaysia memperoleh perak melalui Datuk Lee Chong Wei yang tewas dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki kepada Lin Dan dari China sementara pingat gangsa diraih oleh Pandelela Rinong Anak Pamg dari acara akhir terjun 10m platform wanita.

Antara negara Asean, Thailand mendahului kutipan pingat dengan memperoleh dua perak dan satu gangsa untuk menduduki tangga ke-57 dalam jumlah kutipan pingat keseluruhan, diikuti Indonesia (63), Malaysia (63) dan Singapura (75).

Thailand memperoleh dua pingat perak, masing-masing menerusi Pongprayoon Kaeo dari acara tinju Lelaki Light Fly 49kg dan Pimsiri Sirikaew (angkat berat wanita 59kg) dan satu gangsa dari Chanatip Sonkham (taekwondo wanita 49kg).

Indonesia meraih kedua-dua pingatnya dari acara angkat berat, satu perak dari Yuli Irawan (lelaki 62kg) dan satu gangsa menerusi Triyatno (lelaki 69kg).

Singapura mendapat dua gangsa dari acara ping pong, menerusi Feng Tianwei (wanita individu) dan berpasukan wanita.

Pada edisi di Beijing 2008, Malaysia mendapat tempat ke-70 daripada 86 negara yang mendapat pingat, berkongsi dengan Chile, Ecuador, Iceland, Afrika Selatan, Singapura, Sudan dan Vietnam, selepas masing-masing hanya mendapat satu perak.

Pingat perak Malaysia dari edisi Beijing disumbangkan oleh Chong Wei yang tewas dalam badminton perseorangan lelaki akhir juga kepada Lin Dan dari China.

Amerika Syarikat muncul sebagai juara Olimpik 2012 dengan menggondol keseluruhan 46 emas, 29 perak dan 29 gangsa, sekaligus memperbaiki kedudukan selepas meraih tangga kedua pada edisi Beijing 2008 dengan kutipan 36 emas, 21 perak dan 28 gangsa.

China yang muncul juara keseluruhan pada temasya di negara sendiri, dengan 51 emas, 21 perak dan 28 gangsa, jatuh ke tempat kedua di London dengan mengutip 38 emas, 27 perak dan 22 gangsa.

Sementara tuan rumah Great Britain berpuashati di tempat ketiga di laman sendiri dengan kutipan 29 emas, 17 perak dan 19 gangsa selepas mendapat mendapat tempat keempat di Beijing dengan kutipan 19 emas, 13 perak dan 15 gangsa. – BERNAMA

23 8334

Bride of The Sun mengisahkan tentang pasangan Bekas pengurus kontraktor ( Dong Ah Construction) yang bernama Choi Jin Hyeok (Jang Eun Woo) dan juga bekas pekerja di KBS bernama Kim Hyo Won ( Jang Shin Young). Kim Hyo Won telah menilik nasibnya apabila dia dijangka akan berkahwin dengan seorang raja yang berkuasa dan akan diseksa oleh ahli keluarga raja tersebut. Namun Kim Hyo Won tidak mempercayai kata-kata tukang tilik itu .. adakah tukang tilik itu bercakap benar? Siapakah Raja itu ? benarkah dia akan diseksa.. ?

Drama korea ini sedang ditayang di Astro One HD Jam 10.20 malam hingga 11.45 malam .. 2 episod skali.

Senarai pelakon :

Jang Shin Young as Kim Hyo Won

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jung Eun Woo as Choi Jin Hyeok

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Han Jin Hee as Lee Kang Ro

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Maeng Sang Hoon as Kim Hak Gyu

Moon Hee Kyung as Gong Kyung Sook
Yun Mi Joo as Lee Ye Ryun
Kim Chung as Jung In Sook
Bang Eun Hee as Im Mi Sun
Son Byung Ho as Park Tae Ho
Song Yoo Ha (송유하) as Baek Kyung Woo

Streaming online drama korea Bride of The Sun akan dihimpunkan melalui arkitel ini. Kami akan sentiasa update link-link berkaitan.

Susah nak cari link streaming yang ada english atau malay subtitle. Aku akan update disini jika ada.

0 1671

Seperti tahun-tahun lepas, Petronas tidak pernah ketinggalan untuk menyiarkan iklan sempena hari raya. Tapi yang ini lain skit dari iklan biasa, short film Petronas untuk hari raya 2012 agak panjang kira-kira 14 minit. Bagaimana pekerja Petronas menyesuaikan diri di negara orang. Ada mesej yang ingin disampaikan melalui filem pendek petronas ini. wajib tonon ;

 

Masih ingat tak iklan-iklan raya petronas tahun -tahun terdahulu ? yang paling aku rase best tahun 2002 .. kisah 7 adik beradik yang terpaksa mencari daging, limpa dan hati lembu untuk persiapan hari raya. hehe.. tonton video iklan raya Petronas 2002.

Apa iklan petronas yang anda masih ingat? 

ps – aku x pernah beraya diluar negara lagi.. mungkin perasaannya berbeza berbanding beraya di negara sendiri.

 

0 1629

Filem 300 yg di siarkan pada tahun 2006 kembali diingati.. tgk trailer di bawah.

Filem 300 diarahkan oleh Zack Snyder dan dibintangi oleh nama-nama besar seperti Gerard ButlerLena Headey dan David Wenham. Jalan cerita memang best dan menggunakan teknologi CGI sepenuhnya. Kalau sesiapa yang masih belum menonton filem ini, boleh la beli DVD atau download di internet ni.

Apa yang menariknya filem 300 ni dah diubahsuai oleh kawan-kawan kita ni..  member  di youtube ni dah adjust filem 300 dan potong-potong dan edit jadi kelakar. jom tonton;

 

ps – Bulan puasa sudah hampir menutup tirainya. Minggu akhir di bulan ramadhan ni kita kena banyakkan amalan, Banyakkan solat sunat, banyakkan baca alquran. Banyakkan duduk iktikaf di masjid.

 

Latest Articles

0 779
Rizman dan Nurida selamat bergelar suami isteri hari ini. Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Nurida Suraya dalam sebuah...