Authors Posts by admin

admin

328 POSTS 48 COMMENTS
Owner inter4web.com. Online Businessman.

Susu kambing merupakan susu  yang dihasilkan dari kambing betina setelah melahirkan anak. Sama seperti manusia, dalam jangka waktu 1-3 hari kambing betina tersebut akan menghasilkan susu berkualiti tinggi serta kaya dengan zat dan vitamin A, vitamin B, vitamin B2, vitamin C, vitamin D, laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi dan juga protein. Susu kambing sangat baik untuk menjaga kesihatan tubuh badan dalam kehidupan seharian. Namun ramai juga yang masih tidak tahu khasiat sebenar susu kambing ini..

khasiat-susu-kambing-etawa-bagi-kesehatan-dan-penyembuhan-usahaternak

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing merupakan susu paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” seperti

  • Penyakit demam kuning
  • Penyakit lemah jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Penyakit migran / kerap merasa pening kepala
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
  • Penyakit batuk kering atau TB
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
  • Sesuai diminum diwaktu pagi dan malam

Kelebihan Susu Kambing

  • Paling hampir dengan khasiat susu ibu, antara susu terbaik dalam dunia selepas susu ibu.
  • Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam.
  • Menguatkan tulang kerana susu kambing mengandungi kalsium.

khasiat-susu-sapi

Susu kambing adalah yang terbaik selepas susu ibu

  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali bukan asid
  • Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  • Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
  • Mudah dicerna, menyerap kedalam tubuh badan dan tidak menyebabkan alahan
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat, tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
  • Memulihkan tenaga batin dan awet muda

0 82

Siapa kata setem tidak lagi releven dan ketinggalan zaman? Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah melancarkan siri setem bertemakan Marvel Super Hero dengan kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia.

Setem Edisi terhad set Marvel Super Hero memberi penghormatan kepada buku-buku komik Marvel bersempena dengan Ulang Tahun ke-80 Marvel tahun ini, dengan 10 setem memaparkan pahlawan Marvel kegemaran seperti Captain America, Iron Man, Thor, Hulk, Spider-Man, Doktor Aneh, Black Widow, dan Black Panther, serta penjahat Loki dan Thanos.

Setem ini dijual dalam bentuk folder. Set folder Marvel Super Hero yang lengkap terdiri daripada dua keping setem berlubang, satu setem yang tidak dipenuhi, dua penutup cenderamata, dua kad pos dan satu folder. Harga set lengkap ialah RM120 setiap satu.

Tidak seperti penerbitan setem khas biasa, koleksi ini yang merupakan siri Setem Ku hanya boleh didapati untuk pembelian dalam set folder lengkap. Ia tidak akan dijual secara berasingan. Disebabkan sifat ekslusifnya, siri setem edisi terhad ini boleh didapati untuk pra-jualan mulai esok, 4 Julai 2019 dengan pra-pembelian di semua 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara atau melalui kedai dalam talian di www.eziemall.com

 

Dalam siaran akhbar, Ketua Pegawai Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md. Najib Syed Md. Noor berharap pengenalan setem itu akan menarik generasi muda untuk mengumpul setem dan meremajakan minat dalam pengumpulan setem.

“Koleksi setem ini tidak dapat dinafikan sebagai edisi terhad kerana ia memperlihatkan alam komik buku dan alam semesta Marvel yang berumur lapan tahun tahun ini serta memanfaatkan siri filem blockbuster yang menggambarkan karangan pahlawan super ini,” katanya. kata. “Kami dibesarkan dengan bacaan komik wira-wira ini dan mengenali tokoh dan personaliti mereka. Oleh itu, kami sangat gembira dengan ciri-ciri ini dan  dalam siri setem terhad ini, dan kita dapat rakamkan ia dalam kerangka setem. ”

 

 

Bagi pengumpul setem, Pos Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendaftar untuk Akaun Deposit Pesanan Berdaftar (SODA) untuk memastikan mereka tidak akan terlepas pada siri setem yang akan datang. Dengan SODA, pengumpul setem boleh mengalami proses yang mudah untuk membeli isu setem terkini serta menikmati manfaat eksklusif yang ditawarkan bersama dengan keahlian SODA. Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti boleh melakukannya dengan mendaftar di mana-mana pejabat pos di seluruh negara atau dalam talian di www.posonline.com.my .

Untuk pertanyaan lanjut tentang setem dan produk philatelic lain, Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia boleh dihubungi melalui telefon di 03-2267 2267 ext. 2000 atau e-mel di filateli@pos.com.my.

 

 

0 73

Setiap pasangan pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah, mewah dan ala-ala Weding Of The Year. Ini kerana perkahwinan adalah satu majlis raja sehari yang pasti anda ingin rasa hanya sekali seumur hidup. Dengan kemeriahan dan kesempurnaan majlis itu, pasti akan menjadi memori terindah hingga ke akhir hayat. Namun harus diingat juga, taraf ekonomi pada masa kini sangat jauh berbeza dengan zaman dahulu. Semuanya memerlukan belanja yang besar. Bermula dari awal pengurusan pernikahan, perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain.

Jika anda menghabiskan terlalu banyak duit untuk perkahwinan tersebut, bagaimana pula dengan kehidupan anda setelah berkahwin kelak. Sudahkan anda berfikir sejauh itu?

Anda dan pasangan harus bersedia dari segi mental dan fizikal kerana kehidupan selepas kahwin juga memerlukan belanja harian. Anda dan pasangan harus mempunyai perancangan agar tidak diganggu konflik kewangan. Kebanyakan kes penceraian juga berlaku kerana masalah kewangan keluarga yang tidak dapat dibendung. Hal ini hars dielakkan agar tidak berlaku perselisihan faham kelak.

 

Saya kongsikan beberapa tips untuk anda jimatkan bajet perkahwinan.

 

1. Ketepikan ‘standard’ anda

Elakkann berhutang semata-mata untuk membayar kos perkahwinan yang besar. Ini kerana hutang adalah salah satu punca anda dan pasangan kelak dilanda kesusahan. Anda berkemungkinan besar akan hidup tersepit dengan hutang yang harus dibayar dan ini punca anda dan pasangan merasa tidak bahagia di dalam rumahtangga. Amalkan cara, hanya mengambil pakej perkahwinan yang mengikut bajet yang sedia ada di tangan anda.

2. Jumlah tetamu

Anda harus menetapkan jumlah tetamu yang ingin dijemput agar anda dapat menguruskan bajet anda dengan baik. Setelah jumlah tetamu ditetapkan, anda dapat mengira bilangan kad jemputan, cenderamata, makanan dan sebagainya. Jika ingin menjimatkan bajet, jemputan tidak perlu terlalu ramai. Yang penting keluarga, sahabat dan jiran terdekat dijemput bagi mengelak fitnah.

3. Busana perkahwinan

Elakkan menempah busana perkahwinan yang baru kerana harganya jauh lebih tinggi. Anda hanya perlu sewa sahaja kerana ia lebih menjimatkan. Setelah selesai majlis, anda hanya pulangkan busana tersebut ke butik. Ini lebih menjimatkan dari anda membeli busana hanya untuk dipakai sehari sahaja kemudian disimpan didalam almari sehingga berhabuk.

4. Membeli belah ketika potongan harga

Anda tidak perlu membeli barangan yang terlalu mahal. Cuba cari barangan perkahwinan ketika promosi potongan harga. Mungkin anda boleh menghadiri Ekspo perkahwinan yang seringkali diadakan. Disana anda akan mendapat harga jauh lebih rendah dan anda juga dapat mebuat pilihan mengikut bajet yang sesuai.

 

27

5. Majlis rewang (gotong-royong)

Majlis gotong royong adalah salah satu cara berjimat. Malah ia jauh lebih jimat berbanding anda mengambil khidmat katering. Anda hanya perlu membeli bahan basah dan bahan masakan yang perlu kemudian bergotong royong bersama jiran tetangga dan saudara-mara menyediakan makanan untuk majlis. Selain menjimatkan kos, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

6. Awasi perbelanjaan bulanan

Dari sinilah anda boleh cuba menyimpan duit. Elakkan perbelanjaan yang berlebihan. Pentingkan keperluan bukannya kehendak. Jika perlu, beberapa bulan sebelum majlis, elakkan selalu keluar bersama pasangan untuk mengelakkan anda mengeluarkan perbelanjaan berlebihan. Jika perlu, hanya bawa bekal makanan ke tempat kerja.

7. Elakkan merokok

Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.

8. Hantaran

Elakkan berbalas hantaran dengan kos yang tinggi. Tidak perlu terlalu mengikut trend. Hanya beli hantaran ala kadar sahaja. Asalkan hantaran tersebut berguna.

9. Akaun bank khas

Anda boleh cuba membuka satu akaun khas untuk menyimpan duit kos perkahwinan anda. Dengan cara ini, akan mengelakkan anda mengeluarkan simpanan tersebut untuk kegunaan lain. Jika perlu, kad bank tersebut serahkan kepada ibu/ayah anda dan jangan ambil sehingga sampai waktu anda untuk membayar kos perkahwinan yang perlu.

0 94

Raja segala buah.  Inilah gelaran yang sinonim dengan durian. Buah yang dikenali dengan kulit yang tajam tetapi isi dalam yang sangat lembut dan creamy. Buah durian ini popular di kalangan masyarakat melayu, india ataupun cina. Ini kerana ia tergolong dalam buah-buahan tempatan yang bermusim. Walaupun rasa durian ini sangat digemari, namun ia tidak harus diambil dalam kuantiti yang banyak kerana ia bersifat panas dan berkemungkinan akan menyebabkan kita demam.

Selain makan secara asli , durian juga telah dipelbagaikan dengan bermacam resepi yang lazat dan turut digemari. Disini saya kongsikan sedikit makanan yang berunsurkan durian.

SAMBAL DURIAN

photo

Sambal durian atau lebih sinonim dengan panggilan tempoyak adalah salah satu menu yang sering menjadi pilihan para penggemar durian. Tempoyak adalah isi durian yang telah diperam. Tempoyak yang biasanya dicampur dengan cili api untuk menaikkan rasa pedas sangat enak dimakan bersama nasi panas dan ikan. Ia menjadi pilihan masyarakat melayu sama ada di kampung atau bandar.

LEMPOK DURIAN

img_47111

Lempok durian pula datang dengan rasa yang manis kerana dicampur dengan gula dan sedikit garam. Ia biasanya dimakan bersama pulut putih. Rasa asli isi durian pula lebih menarik kerana ia sedikit berkuah. Lebih enak jika lempok durian ini disimpan di dalam peti sejuk. Walaupun rasanya seperti dodol durian, namun terdapat perbezaan yang hanya penggemar durian menegetahuinya.

DURIAN CREPE

durian-crepe-3

Durian crepe adalah menu berasaskan durian yang dimodenkan sedikit. Kulit durian crepe diperbuat dari campuran tepung dan pewarna kuning yang berupa warna durian manakala isinya dipenuhi oleh isi asli durian dengan vanilla cream. Selalunye menu ini menjadi pencuci mulut/manisan. Selain masyarakat kita, penduduk luar juga gemar dengan rasa campuran vanilla cream ini.

DURIAN BAKAR

046633900_1466413994-20062016-durian-bakar4

Mungkin kita sudah biasa dengan nama ubi bakar dan juga jagung bakar. Tetapi satu lagi buah yang boleh dibakar ialah durian. Mungkin agak pelik tetapi ia benar-benar wujud dan menjadi makanan khas suku dayak di Kalimantan. Bagi yang ingin merasa durian bakar ini, anda hanya perlu membakarnya sendiri kerana prosesnya amat mudah. Buah durian yang masih lengkap dengan kulit berduri diikat di atas tungku api dan dibakar lebih kurang 5 minit. Selepas mengangkatnya, tunggu sehingga kulitnya sejuk. Bagi yang tidak gemar dengan aroma durian tetapi ingin merasa, alternatif ini boleh diguna pakai kerana setelah dibakar, bau aroma durian akan kurang. Tetapi rasa asli durian tetap menyengat.

AISKRIM GORENG DURIAN

p1110456

Ais krim goreng durian juga merupakan pencuci mulut yang digemari. Ia adalah sejenis roti goreng yang berintikan isi durian. Ia rangup diluar namun lembut dan sangat creamy di dalam. Anda wajib mencubanya sendiri.

 

Ada macam-macam lagi aneka juadah yang dihasilkan dari durian.. kot ada yang lain boleh la share dengan saya disini..

0 98

Ramai antara kita sangat teruja sebelum mula melancong, tetapi jangan lupa kelengkapan supaya barang-barang penting tidak tertinggal dan dibawa bersama semasa bercuti. Buat mereka yang pertama kali bercuti keluar negara, sedikit catatan ringkas tentang barang penting yang perlu disediakan sebelum memulakan percutian .

first-british-passport

Pasport

Pasport boleh diumpamakan sebagai kad pengenalan diri ketika melancong. Sebelum membeli tiket, pastikan pasport telah dibuat atau tidak tamat tempoh. Maklumat pasport diperlukan untuk diisi, nombor pasport, dan tarikh tamat tempoh pasport. Pastikan kita simpan pasport ditempat yang senang diingat dan selamat, cuba untuk menjaga pasport sebaik mungkin.

5526345753_4a49f8152a_b

Tiket Penerbangan

Sudah tentu tiket penerbangan penting. Biasanya, tiket ini akan diselitkan sekali kedalam pasport. Periksa maklumat penerbangan supaya tidak terlepas hari dan masa yang ditetapkan. Dinasihatkan masuk balai berlepas lebih awal dari waktu yang tertera. Kita tidak mahu keadaan menjadi kelam kabut dan akan menimbulkan masalah lain seperti tercicir barang atau lain-lain.

tumblr_mt77k94tyt1spt6ono1_1280

Duit (Ikut Negara)

Tukar duit mengikut negara yang kita tuju sebelum bertolak, walaupun di sana juga mempunyai Money Changer. Tetapi keadaan ekonomi negara yang tidak berapa stabil ini menyebabkan tidak banyak money changer diluar negara menerima ringgit sebagai tukaran wang. Disarankan menukar dahulu sebelum bertolak kerana kita tidak cemas untuk mencari money changer apabila tiba disana.

tumblr_inline_mt0rgf3hw11qz4rgp

Kad ATM/Kad Kredit

Sebagai persediaan, kad ATM yang digunakan di Malaysia boleh diaktifkan untuk pengeluaran luar negara. Tujuannya apabila berlaku kecemasan, kita boleh minta bantuan dari ahli keluarga di Malaysia. Kad kredit juga boleh dijadikan sebagai pengganti jika kita tidak cukup kewangan di tangan kita.

tumblr_inline_nsju7x6iij1qa357u_500

Ubat-ubatan

Adalah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang yang mengalami muntah-muntah atau sakit ketika melancong,ini kerana mereka tidak biasa dengan keadaan diluar negara.

summerinfant-deluxe-nursery-bath-kit_1

Barangan keperluan

Berus gigi, pencuci muka dan barangan keperluan untuk mandian juga kelengkapan penting yang harus dibawa. Barangan elektrik seperti charger handphone tersenarai dalam kelengkapan penting. Bateri handphone hendaklah didalam keadaan penuh untuk kegunaan.

0 116

tumblr_mz4l4g2ds71sg9qiso1_500

Teknologi pada masa kini tidak dinafikan semakin maju dan banyak memberi kebaikan kepada ekonomi negara dan kemudahan kepada kita semua. Namun ada juga keburukan kesan daripada kemajuan teknologi ini terutama anak-anak kecil yang lahir pada zaman yang penuh kemodenan.

Kebanyakan ibu bapa sudah memberi anak-anak mereka menggunakan gadget sejak dari kecil, bagi mereka keperluan tersebut memudahkan mereka menguruskan anak-anak kerana mereka leka dengan gadget tersebut.

Ibu bapa perlu tahu kesan keburukan yang akan dihadapi kepada anak-anak kecil yang masih dalam proses pembelajaran dan perkembangan. Kesan negatif akan dirasai jika kehidupan harian mereka ditemani dengan gadget.

 

  1. Berisiko terhadap kesan radiasi

Apabila gadget menjadi kebiasan terhadap anak-anak, ibu bapa tidak sedar akan kesan daripada gadget tersebut. Gadget sememangnya akan ada gelombang radiasi tertentu hasil daripada “screen visual” gadget tersebut. Anak-anak akan terdedah kepada radiasi tersebut dan akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada anak, salah satu nya rabun ketika kecil.

kid-and-a-screen

  1. Susah tidur

Paparan pada gadget mengeluarkan cahaya yang sangat terang. Cahaya tersebut dapat menyebabkan signal yang salah pada otak kanak kanak dan memberikan kekeliruan pada tubuh manusia. Anda disarankan mengadakan aktiviti tanpa gadget di rumah 1-3 jam sebelum tido dengan menggantikan aktiviti membaca buku bersama, atau menceritakan dongeng-dongeng yang bermanfaat bagi mereka.

 

  1. Sakit

Bermain gadget terlalu lama menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh seperti bahu, leher, punggung, tangan dan jari. Ajar anak anda supaya sering berehat dan duduk dalam posisi yang baik, pastikan posisi gadget tidak lebih tinggi dri mata. Ini akan menyebabkan leher anak anda tidak terlalu mendongak.

 

  1. Kurang bersosial

Anda boleh bersosial menggunakan gadge tmelalui aplikasi yang ada. Tetapi anak-anak anda juga harus mempunyai kemampuan membaca emosi orang lain, dengan cara melihat muka secara langsung. Itu adalah salah satu sebab penggunaan gadget harus dibataskan mengikut waktu yang sesuai.

kids_ipad600x

  1. Berisiko menjadi pelupa

Teknologi media masa kini memproses maklumat dengan sangat cepat. Inilah punca anak anda memproses maklumat dengan terlalu cepat dan menyebabkan mereka kurang perhatian dengan sesuatu maklumat serta menurunkan daya ingatan. Ini akan menjadikan mereka mengalami kesulitan dalam pembelajaran.

 

  1. Ketagihan

Kebanyakan ibubapa yang terlalu biasa dengan gadget membuatkan anak kurang perhatian kerana terlalu sibuk melayan aplikasi gadget. Hal ini menyebabkan ketagihan terlampau terhadap gadget.

 

 

0 423

Perut buncit atau boroi bukanlah sesuatu yang diingini. Bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin, memiliki perut buncit dikatakan lebih bahagia  berbanding mereka yang tidak buncit.

Tetapi jangan kita ambil mudah terhadap isu perut buncit ini. Punca perut buncit bermula dengan pemakanan yang tidak sihat atau cara pemakanan yang tidak seimbang yang akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dan penyakit kronik yang lain. Sumber penyakit adalah bermula daripada perut.

Oleh itu kita harulah peka terhadap pemakanan yang kita ambil untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. Ada beberapa cara yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga perut dan kesihatan kita disamping untuk mengempiskan perut yang buncit.

 

  1. Tinggalkan makanan ringan

makanan-ringan

Makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul dibahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil makanan berkalori tinggi, gula, bergoreng, makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

 

  1. Makan makanan yang betul

piramida

Cara pemakanan yang betul dan seimbang dalam makanan harian kita boleh menjaga dan mengempiskan perut disamping dapat menjaga kesihatan. Tubuh badan kita mudah mendapat penyakit dan menjadi letih kerana pemakanan yang tidak seimbang, kita harus tahu makanan yang betul seperti fiber, vitamin, dan mineral.

 

  1. Kurang minuman bersoda atau bergula

csd_2

Soda, atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Gula berlebihan akan mengakibatkan kencing manis, banyakkan minum air kosong atau air mineral.

 

  1. Berhenti makan lewat malam

sifton_snack

Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini kerana lebihan gula yang dimakan akan bertukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa tidur.

 

  1. Senaman kardio

cardio-jogging

Senaman kardio adalah penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih daripada melakukan senaman perut seperti berjogging, berjalan, dan menaiki tangga.

 

https://www.flickr.com/photos/causticarmadillo/

0 966

Assalamualaikum.. baru-baru ini ada jumpa Doktor sebab tak berapa sihat, doktor pesan kolestrol dalam darah tinggi.. sebab mungkin banyak makan makanan berminyak .. memang betul pun, mana tak nya.. dah hari-hari makan kopok lekor dan pisang goreng..  nak buat camana makcik goreng pisang tepi ofis tu selalu melambai-lambai minta beli.. lagi suka makan makanan berminyak .. tapi nak buat macamana kan dah memang itu lah menu harian kita..

Orang rumah dah beli supplimen macam-macam utk kurang kolestrol.. tapi yang aku tertarik kat 1 supplimen ni.. makan memang akan dia buang semua yg minyak-minyak dalam perut ni.. buang air besar pun senang laju aje.. hehe..  confirm supplimen ni memang boleh Buang minyak dan kolestrol dari badan

Kat dunia ni ada mcm-macam supplemen.. dari luar negara ade.. dari dalam negara ade.. yang jual kat tepi jalan pun ade.. tapi bagi aku pilihlah yang sebaiknye dan pastikan ada halal dan telah disahkan oleh KMM (kementerian kesihatan malaysia) .. korang kene make sure segala ubat or supplemen yang korang beli mesti ada logo macam warne silver yang bekas die yang tulis KMM dan no siri nye.. Contoh kalau nutrilite lecithin-E aku no siri die K33995456

ni produk lecithin-e ni aku da cube hampir  dekat 1 tahun..alhamdulillah.. aku rase walau aku makan banyak mana pun.. aku still maintain berat badan dan rase badan lebih ringan.. bukan nak berlagak ok (ramai kawan cam pelik..sebab aku makan banyak.. nasi tu siang malam makan..tapi badan x naik) ni aku yakin sebab aku makan supplement ni la..

Lecithin ni sbenarnye adalah gabungan choline, inosite dan  asid lemak. Lecithin ini sebenarnya adalah sumber mentah setiap sel dalam badan..orang kencing manis dan darah tinggi akan mengambil lecithin untuk menjaga kandungan darah mereka.

Lecithin ni sbenarnye adalah gabungan choline, inosite dan  asid lemak. Lecithin ini sebenarnya adalah sumber mentah setiap sel dalam badan..orang kencing manis dan darah tinggi akan mengambil lecithin untuk menjaga kandungan darah mereka.

Kebaikan lecithin:

  • Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
  • Lecithin  mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
  • Baik untuk kecerdasan otak.
  • Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila tua.
  • Mengekalkan kelembapan  kulit.
  • Mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak jadi lebih banyak vitamin dapat diserap (Vitamin A, D, E dan K).
  • Lecithin  merupakan pengemulusi yg bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.
  • Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan. Ini lah yang pentingnya untuk kurus badan.
  • Menggalakkan m e t a bolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan ini juga faktor untuk kurus badan.
  • Mengawal kolestrol dalam darah.
  • Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.
  • Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.

 

Kebaikan vitamin E pun terlalu banyak..name pun vitamin..msti penuh ngan kebaikan:

 

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.

Produk nutrilite amway lecithin E ni ada kelebihannya tersendiri kerana ada lecithin dan vitamin E, 2 dalam 1… dan ia sungguh sedap sebab berperisa madu, karob, dan walnat mapel..  nak telan terus boleh atau nak kunyah macam makan gula2 tu pun boleh.. sesuai utk orang yg susah nak telan ubat.. dan boleh dimakan dua kali sehari. Cadangan aku lepas makan tengah hari dan makan malam. Senang bukan.. tengah berak pun boleh kunyah..huhuhu..

Aku cakap ni bukan sengaje cakap..aku betul-betul dah makan.. so dah rasa sendiri macamana supplimen ni berkesan kat diri aku.. supplement ni memang bagus..dan ia memang terase keberkesanannye..kalau korang masih ragu2.. cuba korang tgk video dibawah .. die bleh sedut kolestrol mcm makan oat tu..jadi seswai sangat la pade orang yang suke makan makanan berminyak macam aku ni..

harga pun bukan mahal sangat..cume rm92.50 untuk 150 tablet!

Apalah sangat harga tu berbanding kesihatan yang patut lebih diutamakan

whtaspp 0192076428

1 973

questioning-child

  1. Banyak bertanya

Bersyukurlah kalau anak anda jenis suka bertanya banyak soalan. Jangan cepat herdik atau menyuruhnya diam. Layankan sahaja soalan daripadanya. Sebenarnye anak anda sedang cuba mendapatkan perhatian daripada anda.

anak-makan-bersepah-di-kedai

  1. Bermain dengan makanan

Secara spontan anda pasti akan menjerit apabila melihat si kecil sudah comot satu muka dengan makanan yang anda hidangkan kepadanya. Tetapi jika anda boleh bertenang sekiranya berhadapan dengan situasi ini, ketahuilah anak anda seorang yang bijak. Perasaan ingin tahu anak anda terlalu tinggi hingga membuatkan dia terasa hendak mencuba sesuatu yang dirasakan menyeronokkan.

toddler

  1. Membaling objek

Pernahkah anda mengalami situasi dibaling objek seperti botol susu, telefon bimbit, remote control TV dan sebagainya oleh sikecil ? kalau ikutkan hati mahu sahaja anda pukul, tapi melihat wajah si comel yang tidak bersalah terpaksalah anda mengawal perasaan geram dan sakit. Ia sebenarnya salah satu cara anak kecil mengekspresikan perasaan sayangnya kepada ibu atau ayah. Sebaiknya anda beritahu anak jangan ulang perkara itu lagi dan dalam masa yang sama, ajarkan dia cara yang betul untuk memanggil orang lain.

kanak-kanak-melukis2

  1. Menunjukkan kreativiti

Kadangkala sudah puas anda memuji dan menyatakan kekaguman atas hasil lukisan atau kerja kretifnya tetapi dia tetap bertanyakan samada cantik atau tidak. Anak anda sebenarnya sedang mencari keyakinan diri. Pujian anda memberikan dia keyakinan untuk menjadi lebih baik. Sekurang-kurangnya dia akan bersa bangga kerana hasil usahanya melukis objek yang sudah tentu diri anda mendapat pujian.

10032-chuteira-baby-10032-bom-de-bola

  1. Bermain bersama

Adakalanya anak suka mengajak anda bermain dengannya. Janganlah anda menolak ajakan anak. Sesekali apa salahnya layan dia bermain walaupun anak perempuan anda mengajak si ayah bermain masak masak atau makeup sementara anak lelaki pula mengajak ibu bermain bola. Itu tandanya anak sangat sayang akan ibu dan ayah dan ingin memasukkan anda dalam watak alam permainannya.

1

  1. Buat ragam

Diakala anada sedang mengejar masa, anak pula buat hal seperti enggan turun dari kereta apabila suudah sampai ke taska atau tertinggal barang sekolah dan menangis dalam perjalanan dan bermacam ragam lagi. Semuanya dilakukan semata-mata mahukan perhatian dan masa yang lebih bersama anda. Jadi janganlah segera menghukumnya kerana ia hanya akan menambahkan lagi kesedihannya. Pujuk dan cakaplah dalam nada yang lembut supaya anak belajar memahami situasi anda.

0 1123

Tekanan darah berlaku pada pembuluh arteri darah semasa peredaran darah yang dipam dari jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Omega 3 telah dibuktikan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kolestrol dalam darah dan mengelakkan dari sakit jantung. Lihat video dibawah

Terdapat banyak produk omega 3 yang berada dipasaran sekarang. Beberapa perkara perlu dinilai sebelum membeli produk omega 3. Sesetengah brand Omega 3 telah ditambah dengan bahan lain untuk menjadikan kandungannya berganda dan merbahaya untuk kesihatan usus anda.

Cadangan Produk Omega 3

Nutrilite Salmon Omega Complex ialah suplemen semula jadi berkualiti tinggi kaya asid lemak omega-3 yang merangsang fungsi tubuh. Formula ini mengandungi omega-3 daripada salmon yang diternak di perairan Norway yang bersih lagi sejuk dan ikan-ikan lain (makarel, bilis dan sardin) dari Arus Humbolt Lautan Pasifik.

Hubungi Zarini 0192076428

 

Mengapa ianya terbaik ? lihat video dibawah

 

Hubungi Zarini 0182379358 untuk keterangan lanjut

0 1038

 

Cendol adalah sajian kegemaran pelbagai bangsa, terdiri daripada melayu, cina, indian mahupun masyarakat luar. Ia mudah dijumpai dikawasan taman rekriasi, perumahan, dan ditepi jalan. Ia enak dinikmati ketika cuaca panas kerana ia bersifat sejuk. Disini saya kongsikan lokasi cendol terbaik tumpuan ramai disekitar lembah klang.

pj-1

  1. Cendol & Rojak Mustaffa, Seksyen 17 Petaling Jaya

Sering dikunjungi penduduk sekitar Petaling Jaya. Tempat duduk adalah terhad sehingga ramai yang sanggup makan sambil berdiri ataupun membungkus sahaja. Ia terletak di jalan 17/41a, seksyen 17 46400 Petaling Jaya , Selangor. Beroperasi pada 12 tengahari hingga 5 petang.

logo

  1. Restoran Wahab’s The Best Cendol

Mula berniaga sejak tahun 1986. Selain pelbagai jenis cendol, restoran ini juga menjual makanan penang seperti kuey teow, mee rojak dan mee kari yang menjadi rebutan pelanggan. Terletak di no.43, jalan rampai niaga 5, rampai business park, 53300 setapak, kuala lumpur. Beroperasi 10 pagi sehingga 12 malam.

378f52dd15bbdbbab99c80442a0cff1a

  1. Penang Road Famous TeoChew Chendul

Ia mempunyai banyak cawangan yang tidak tertumpu disatu kawasan sahaja. Ini memudahkan pelanggan untuk datang ke cawangan berdekatan. Selain cendol, ia turut menjual pelbagai makanan contohnya laksa, mee kari, dan rojak penang. Setiap cawangan beroperasi dari 10 pagi sehingga 10 malam.

img_20160327_160536

  1. Uncle cendol

Cendol disini agak istimewa kerana menunya. Antaranya ialah cendol nata de coco dan attap seed. Terdapat juga pelbagai jenis makanan yang boleh anda nikmati bersama cendol.Harganya tidak semurah cendol ditepi jalan tetapi agak berbaloi kerana keselesaan tempat duduk yang berhawa dingin. Terletak di Brem Mall, jalan kepong, jinjang selatan, 52000 kepong , kuala lumpur. Beroperasi dari 10 pagi hingga 11 malam.

khan

  1. Khan Cendol

Menjual pelbagai jenis cendol yang boleh dipilih selain cendol pulut dan durian. Ia menjadi pilihan ramai kerana harga yang berpatutan. Terletak di khan cendol anjung melawati, jalan taman melawati, taman melawati, 53100 kuala lumpur. Beroperasi dari 11 pagi hingga 7 malam.

0 2530

Kampung baru adalah satu – satunya kawasan perumahan lama yang terletak ditengah – tengah bandar Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan KLCC. Disini dapat dilihat kediaaman lama yang masih ada sejak zaman kemerdekaan lagi, ini kerana kita ingin terus mengekalkan tradisi dan cara hidup serta budaya melayu walapun ia terletak ditengah bandar. Disebabkan ingin terus mengekalkan budaya dan cara hidup lama, ini menjadikan peluang untuk tujuan pelancongan semakin besar.

Makanan adalah tumpuan utama tarikan pelancong bagi mereka yang ingin merasai resipi masakan melayu yang jadi turun temurun sejak dulu lagi. Terdapat beberapa kedai makanan melayu yang boleh dikunjungi disini dan pelbagai jenis makanan boleh didapati, antaranya …

 

  1. Ikan bakar

Pak Lang Ikan Bakar menyajikan pelbagai jenis ikan bakar dan terkenal di kampung baru, terletak di pintu utama jalan ke kampung baru. Terdapat juga pelbagai jenis lauk masakan melayu, dan anda akan rasa rugi jika tidak mengambil ikan bakar sebagai lauk utama dalam makanan anda.

20918091255_44328b60d7_o walking-food-trail-kampung-baru-gerai-pak-lang-ikan-bakar-uncooked

 

  1. Nasi lemak

Nasi Lemak Antarabangsa menjadi buah mulut orang ramai kerana sering mendapat kunjungan ramai, terkenal dengan resipi nasi lemak tersendiri. Terdapat juga pelbagai jenis lauk yang sesuai dimakan dengan nasi lemak seperti sambal sotong, ayam rendang, dan sambal kerang mengikut selera masing – masing.

nasi-lemak-antarabangsa-kampung-baru-kl 8052549286_bf88a2f503_o

 

  1. Ayam penyet

Ayam penyet ini asalnya dari Indonesia, namun telah menjadi kebiasaan sajian ini menjadi sajian istimewa. Wong Solo adalah kedai yang menyajikan ayam penyet dan terkenal di kampung baru, ayam ini di goreng sehingga rangup dan isi menjadi lembut. Sambal ayam penyet yang menjadikan sajian ini istimewa kerana sambal ini sesuai untuk dimakan bersama.

07_1 resepi-ayam-penyet-wong-solo-indonesia2

 

  1. Sup Tulang

Hale’s Kitchen adalah sebuah kedai masakan ala barat, namun ia juga menyajikan masakan melayu antaranya sup tulang. Sup tulang ini penuh dengan rasa lemak dan daging lembut yang menjadikan sup ini terkenal.

64966_10200436879983186_1705108361_n 3500145749_186698b608

 

  1. Tomyam seafood

Rosdet Tomyam paling terkenal di kampung baru dengan sajian tomyam, serta masakan Thailand. Terdapat pelbagai jenis masakan tomyam yang boleh didapati disini antaranya tomyam udang, ayam, sotong, ketam dan pelbagai jenis lagi. Masakan tomyam disini menjadi terkenal dengan masakan tomyam yang pedas dan pekat.

22392522379_0729883714_o 22553360136_ce948000d6_o

 

  1. Mee rebus

Jika ingin mencari mee rebus di kampung baru, kedai Mee Rebus Utara Pasembur amat terkenal disini. Disini menyajikan mee rebus penang, dengan resipi tersendiri dan harga berpatutan menjadikan kedai ini tarikan utama mee rebus di kampung baru.

141931586449-ljxjij-jpgm400x400 20141025140232-resized-800

Latest Articles

0 41
Susu kambing merupakan susu  yang dihasilkan dari kambing betina setelah melahirkan anak. Sama seperti manusia, dalam jangka waktu 1-3 hari kambing betina tersebut akan...