Tahun-tahun 80an hingga pertengahan 90an tak dapat disangkal lagi,adalah zaman rock and roll.Zaman rambut gerbang berseluar ketat,sapu tangan key di peha.Zaman ni penuh warna-warni.Boleh dikatakan satu Malaysia muda-mudinya adalah rockers.Baik di kampung,pekan kecil mahupun bandaraya bersatu dalam irama rock.

Itu lah antara kenangan mereka-mereka yang mudanya ditahun-tahun 80an dan 90an.Walaupun sepenuh masa menjadi seorang pemotong getah,pengait sawit mahupun pesawah padi…rock tetap rock.Kumpulan rock tumbuh macam cendawan kukur kat pokok getah tumbang,baik kat kampung mahu pun kat bandar.Begitu finomenal.

Masing-masing ada idola tersendiri.Sampai kan gaya rambut dan pakaian pun tiru sebijik-sebijik.Kebiasaan artis yang menjadi ikutan tentulah band dari luar negara.Tapi bagaimana pula rocker-rocker ni diwaktu muda-zaman sekolah dulu.kita tengok gambar kat bawah ni.Tentu buat anda tersenyum sorang-sorang kan

Bagaimana pula bila rocker berhenti menjadi rockers sepenuh masa.Walaubagaimana pun,rock tu hanya irama dan pendengar nya tentulah boleh berubah-ubah.Siapa kah pula rocker gambar di bawah ni.Anda carilah sendiri ye…

 

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge