Orang kita kalau makan tak ada sambal memang tak sah . Lidah melayu suka makanan pedas . Berikut merupakan koleksi pelbagai resepi sambal, 7 resepi sambal pilihan lidah melayu. Dari sambal belacan hinggalah ke Sambal Hijau dan Sambal Tempoyak ! Bahan-bahan dan kaedah membuatnya ada pada description setiap gambar .
- Sambal Belacan Goreng
10-15 biji cili padi ikut pada kesesuaian , jika mahu lebih pedas boleh tambah
2-3 inci belacan
2-3 biji bawang merah
1 biji tomato
Garam gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara :
Bawang dipotong atau belah 4 atau 6
Tomato dibelah 4 atau 6
Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
Goreng sampai layu tapi jangan garing
Setelah itu baru masukkan semua bahan ditumbuk
Memang lembut dan senang untuk menumbuk
Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa
- Sambal Cencalok
½ botol cencalok
7 ulas bawang merah- dihiris
10 tangkai cili padi hijau- dihiris
5 biji limau kasturi – perah jusnya dan hiris kulit nipis-nipis
Sedikit nenas – dicincang halus
1 biji limau nipis – ambil jusnya
Cara :
Satukan semua bahan dan gaul rata
Perahan limau nipis dapat menghilangkan bau hamis cencalok
- Sambal Kicap Cili Potong
Cili padi dipotong
Bawang merah dimayang
Kicap manis
Asam limau kasturi @ limau nipis
Cara :
Campurkan kicap dengan bahan-bahan
Perahkan asam limau
- Sambal Air Asam Budu
20 biji cili padi merah siam
2 biji bawang merah
1 inci belacan
Gula secukup rasa
1/3 cawan jus asam jawa
4-5 biji limau kasturi , ambil jusnya
½ cawan ‘BUDU’
Hirisan bawang besar , untuk hiasan
Cara:
Tumbuk cili padi, bawang erah , belacan hingga hancur dan lumat
Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi
Tambah gula sebagai pengimbang rasa
- Sambal Tempoyak Masak
2 batang serai , dititik
½ cawan air
3 camca besar tempoyak
Garam secukup rasa
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar
15-20 biji cili padi
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit hidup
(ditumbuk kasar)
Sedikit minyak masak
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk kasar hingga harum, masukkan serai dan tempoyak dan kacau rata. Tuang air dan tambah sedikit garam. Masak dengan api perlahan selama 2-3minit atau hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api .
- Sambal hijau
250 gram cili hijau besar
50 gram cili padi hijau
4 ulas bawang merah
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih
2 biji tomato hijau
½ sudu air perahan limau nipis
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya
Cara:
Potong lasar cikili hijau dan cili padi hijau. Kukus bawang merah, tomato dan bawang putih selama 5 minit. Angkat. Jika sudah layu, tumbuk kasar semua bahan.
Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan hingga layu dan harum.
Tambahkan gula, garam , air limau nipis dan kacau sehingga masak .
- Sambal Kicap
Cili padi 5-10 tangkai [mengikut kepedasan yang diinginkan]
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
1 sudu gula merah
Garam secukup rasa
Perasa ajinamoto [jika suka]
Sedikit jus limau
Cara:
Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cilipadi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan. Bila tumbuk cepat hancur dan sebati.
Tumbuk cilipadi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah, garam dan perasa, dah siap tumbuk boleh lah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.
Selamat menikmati sambal pilihan melayu terbaik !!