5 Cara Terbaik Untuk Mengatasi Hidung Tersumbat

Hidung tersumbat boleh menyebabkan kurang keselesaan dan sebagainya. Hidung tersumbat disebabkan ada lendir berlebihan dalam rongga hidung.

Kalau hidung tersumbat ni menyusahkan betul. Nak bernafas susah, nak tidur lagi la susah. Kalau yang berair tu lagi la jenuh nak lap je memanjang.

Jadi untuk tolong korang-korang yang dan bersusah payah melawan penyakit ini, Admin ada cara nak settle kan. Cara ni Sempoii…

1. Mandi Air Panas.

Mandi air panas la, sedap pun sedap, pagi pagi tak ada keluar tandas menggigil betul tak ? Yang ada heater tu lagi senang. Turn on je pastu joget joget, sabun semua.. make sure korang mandi tu lama la sikit, kalau mandi macam kerbau tak kemana la penyakit tu. Bila mandi air panas. Wap Air tu masuk ke hidung nak mencairkan lendir yang tersumbat tu.

2. Minum Air Panas

Minum air panas ni beb.. ada la sesetengah orang tak suka sangat air panas kalau boleh nak kena ada ais. Kalau macam tu susah la beb, apa kata korang minum air Starbuck yang panas, korang beli je apa apa yang panas, green tea ke apa ke, harga dah mahal nak buang membazir kan. Conform korang sebat jugak. Air panas ni dapat membantu sebab wap air jugak la. Masa minum wap air masuk dalam hidung, air panas pun bagus dapat elak kan dari batuk, suara pun boleh sedap merdu lunak.

3. Korang Makan Makanan Pedas

Ni memang fav Admin la, Makanan kalau pedas perghttt.. meleleh beb bukan hingus peluh semua keluar, korang jangan la pergi latah cili merah cicah sambal belacan itu parahh bodoh abadi. HAHAHA.. Kalau Admin la kan, Meggi first choice, korang mintak meggi tomyam pedas ke, meggi kari berapi ke. Lepastu melantak la.. Ini dapat hilangkan hidung tersumbat conform, nak lagi best, korang bungkus badan dalam selimut tebal, makan dalam bilik jangan bukak aircont, sebat meggi berapi yang tengah panas pastu tabur cili hijau.
Cam gini beb.. Conform baik punya hidung tu.

4. Sapu Minyak Panas

Sapu minyak panas pun boleh jugak, sapu dekat hidung. Tapi Admin tak minat sangat nanti hidung nampak berminyak, tapi kalau dekat rumah tu buat jela kan, sapu minyak panas dekat hidung, minyak panas tu minyak cap kapak ke, Vicks ke. Sebab nanti hidung berangin, hingus pun keluar tak la sersumbat dah. Tapi kalau yang berani nak guna minyak masak pun boleh, hidung pun boleh hilang, mungkin seumur hidup tak ada hidup tk ada la penyakit hidung tersumbat. HAHAHA jangan cerdik sangat..

5. Kumur Air Garam

Tak pernah cuba, tapi ada yang kata berkesan. Ambik air garam kumur.. pastu ludah la kalau telan banyak penyakit datang ketuk pintu. Okey cara dia, guna air panas masuk kan garam 2 atau 3 sudu lepastu kacau biar larut. Kumur laaa.. cara ini pun dapat pulihkan hidung tersumbat. Modal pun sikit je.

SIMILAR ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

CommentLuv badge