Kereta Myvi Terbabas, Jatuh Dari Tingkat 3

Georgetown: Seorang wanita kini dalam keadaan kritikal setelah kereta Perodua Myvi yang dipandu olehnya terjatuh dari tingkat tiga di sebuah pangsapuri di Taman Pekaka tengahhari ini.


Mangsa, M Latchumani, 30, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan tidak sedarkan diri.

Menurut Komander operasi Balai Bomba Jalan Perak Penguasa Kanan Bomba II, Kamarul Ariffin Abdul Ghani, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada jam 12.32 tengahhari dan pihaknya tiba di lokai sepuluh minit kemudian.

 

Katanya lagi, mangsa dikeluarkan terlebih dahulu sebelum rawatan awal diberikan oleh seorang doktor yang secara kebetulan berada di tempat kejadian.

Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian yang dan operasi selesai pada 1 petang,” katanya memetik laporan Harian Metro

SIMILAR ARTICLES

2 12953

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge