iphone-6s-4

Syarikat Apple dikatakan akan merealisasikan 3 variasi iPhone terbaru pada pertengahan tahun 2015 ini. Daripada ketiga-tiga iPhone terbaru tersebut, ramalan katakan salah satunya ialah iPhone 6C. Dua smartphone terbaru yang akan dikeluarkan selepas iPhone yang baru sahaja keluar di pasaran iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ialah iPhone 6S dan iPhone 6S Plus.

Sementara itu, dipercayai bahawa perusahaan di Cupertino juga akan mengeluarkan model 6C yang dikatakan seperti (iPhone 5C) yang dikeluarkan dengan harga murah sama seperti iPhone 6C yang dibekali dengan layar 4 inci. Demikian laporan yang dikhabarkan dari Arena GSM baru-baru ini.

Khabar selanjutnya menyatakan bahawa ketiga-tiga model iPhone terbaru akan dilengkapi dengan panel LTPS, dari Display Japan dan LG untuk model 6S, serta Sharp untuk iPhone 6C. Selain itu, iPhone 6S dan 6S Plus akan dilengkapi dengan cip A9 Plus RAM LPDDR4 2GB. Sementara iPhone 6C pula dengan cip A8.

Baik iPhone 6S, iPhone 6S Plus mahupun iPhone 6C akan dilengkapi dengan teknologi NFC dan dilapisi Corning Gorilla Glass, Dua model teratas akan dikeluarkan oleh Faxconn Electronics dan Pegatron. Sedangkan versi 6C yang dikatakan dibalut dengan bahan plastik, diproduksikan di Wistron.

Setakat ini, belum lagi ada informasi mengenai tarikh pengeluaran mahupun harga yang akan dijual oleh ketoga-tiga iPhone ini. Namun, jika diselidik, pihak Apple selalunya akan mengeluarkan model terbaru pada bulan September. Marilah sama-sama kita tunggu!

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge