LOS ANGELES, 10 APRIL 2015: Nama Vin Diesel dan francais Fast & Furious memang tidak dapat dipisahkan. Dikenali kerana suara uniknya serta penampilan fizikal yang hebat, Vin Diesel kembali tahun ini dengan siri ketujuh untuk francais Fast & Furious.Tidak sepertimana nama-nama besar Hollywood yang lain, kisah peribadi dan latar belakang Vin Diesel nampak masih menjadi misteri bagi sebahagian besar peminatnya.Istimewa untuk anda, ini adalah antara 10 fakta menarik tentang Vin Diesel yang ingin dikongsikan bersama anda.

 

1. Nama sebenar Vin Diesel ialah Mark Sinclair Vincent

1vindieselfakta

Mark Sinclair kemudiannya menukar namanya kepada Vin Diesel ketika berusia 17 tahun, di mana ketika itu dia bekerja sebagai `bouncer` di Tunnel, sebuah kelab malam di New York.

2. Vin Diesel mempunyai kembar

2vindieselfakta

Vin Diesel dan kembarnya, Paul Vincent dilahirkan pada 18 Julai 1967. Ibu mereka, Delora Sherleen adalah seorang ahli astrologi berketurunan Jerman, Inggeris dan Scotland.

3. Vin Diesel tidak pernah memasang angan-angan untuk menjadi pelakon

3vindieselfakta

Vin Diesel pada permulaannya tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon. Pada asalnya, dia bersama kembar dan rakannya cuba memecah masuk ke sebuah pusat teater di New York untuk melakukan tindakan vandalisme. Namun mereka telah berjaya ditangkap oleh seorang wanita penjaga di sana, yang kemudiannya berjanji akan memberikan mereka $20 sekiranya mereka berjanji untuk menyertai program teater tersebut. Di situlah bermula karier lakonan Diesel.

4. Vin Diesel adalah pengasas kepada 3 syarikat produksi

4vindieselfakta

Selain daripada berjaya sebagai seorang pelakon, Diesel juga adalah pengasas kepada tiga syarikat produksi iaitu One Race Films, Racetrack Records dan Tigon Studios.

5. Vin Diesel adalah peminat tegar permainan Dungeons & Dragons

5vindieselfakta

Aktor yang dikenali dengan watak `Dominic Toretto` ini juga telah menyumbang kata-katanya untuk buku `30 Years of Adventure: A Celebration of Dungeons & Dragons’ kerana minatnya terhadap permainan itu.

6. Vin Diesel pernah menyertai pertandingan `Breakdance`

– Saksikan sendiri kehebatan Diesel menerusi video ini di bawah:

7. Pernah bekerja sebagai penjual mentol lampu

7vindieselfakta

Sebelum menjadi aktor, Diesel pernah sebagai telemarkerter menjual mentol lampu dan alatan mekanik. Pendapatnya ketika itu boleh mencecah $50,000.

8. Pernah menuntut di Hunter College

8vindieselfakta

Namun tidak lama kerana selepas itu Diesel nekad berhenti belajar kerana ingin mencuba nasib dalam dunia seni lakonan.

9. Bapa kepada tiga orang anak

9vindieselfakta

Diesel dan pasangannya, seorang model Paloma Jimenez mempunyai tiga orang anak iaitu Hania Riley yang dilahirkan pada 2008, Vincent Sinclair yang lahir pada 2010 serta terbaru Pauline yang dinamakan sempena mendiang sahabat baiknya, Paul Walker.

10. Vin Diesel adalah bintang media sosial

10vindieselfakta

Tahukah anda pengikut Diesel di laman sosial Facebook miliknya mencecah 87, 208, 752 orang.

 

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge