Baru Youtube 360 Video Woww

Sebut saja Youtube semua akan tahu dan kenal. Silap-silap budak lima enam tahun pun dah tahu pakai Youtube ni,Youtube adalah kemudahan yang sering sangat di pakai untuk menonton video dan sebagainya. Baru-baru ini Youtube telah meng-update sesuatu yang menarik dan sungguh menakjubkan.

Sungguh fresh baru dan unik bagi Admin, Youtube membawa sesuatu yang lebih seronok yang tak pernah terlintas di akal fikiran, tak terfikir pun boleh jadinya macam ni.

Youtube telah memperkenalkan Video 360, maksudnya korang yang tengok video ni boleh tengok sekeliling dalam video tu, korang boleh kawal video tu untuk melihat sekeliling video tu. Jap, sure otak korang tak boleh hadam kan.

Nak senang macam ni, ada contoh video di Youtube yang dikeluarkan oleh Nike untuk mempromosikan kasut keluaran baru mereka. Menggunakan kemudahan Video 360 ini korang dapat tengok macam mana Neymar penyerang sayap  Brazil ini membawa bola, dari pandangan mata neymar sendiri. Korang boleh tengok satu studium tu. Bunyi macam Woww kan. Hihihii

Korang tengok la sendiri macam mana video ni :-

Ni lagi satu video menunjukkan ke unikan video 360 ini.

Admin dah share 2 Video, lain lain tu pandai pandai la cukup la tu 2 video kan. Yang lebih menarik Video ini dapat ditonton menggunakan sesetengah phone. Nice kann..

NO COMMENTS

Leave a Reply