Woww…… Di Florida, United State. Buaya Gergasi sebesar 15 kaki berjaya ditembak. Pastinya ia menjadikan satu penangkapan yang berjaya kepada Lee Lightsey dan Blake Godwin iaitu owner kepada agensi pemburuan dan penternakan Outwest Farms.

Buaya gergasi ini sememangnya amat besar, sudah pasti kalau buaya yang size normal pun kita tak berani nak dekat, ini kan pula yang size sampai 15 kaki tetapi bukan untuk mereka (Lee dan Blake), pada mereka, ia sebuah tangkapan yang hebat.

Outwest Farms ini antara agensi yang sangat aktif dalam pemburuan buaya dan babi hutan yang berlesen, mereka beroperasi pada 18 tahun lalu.

Buaya tersebut amat besar sehingga Lee Lightsey terpaksa menggunakan jentolak untuk mengangkat buaya tersebut. Wow! 

Mereka meletakkan harga $ 10,000 iaitu RM38,997 untuk membunuh buaya yang lebih besar dari 13 kaki dan $ 4,500 iaitu RM17,548 untuk membunuh buaya antara 10 kaki dan 12 kaki. Haiwan-haiwan ini yang kebanyakannya dibunuh dengan senapang berkuasa tinggi.

Mereka juga berkata bahawa “Kami membunuh dengan penderitaan yang mininum kepada haiwan tersebut supaya haiwan-haiwan tidak merasakan kecederaan sebelum mati”katanya.

Mr Lightsey juga bercadang untuk donate daging-daging tersebut kepada charity.

Berikut adalah gambar-gambar buaya tersebut, teramat besar! well, see yourself

 

 

 

 

Be Safe 🙂

NO COMMENTS

Leave a Reply