Keputusan penuh AFC 2015 Kumpulan F

JDT (Malaysia) 4
East Bengal (India) 1

Bojan Hodak membariskan pemain-pemain tempatan ternyata berbaloi apabila rangkaian serangan JDT menemui rentak jaringan sekaligus membenam cabaran pasukan naib juara Liga India , East Bengal dengan jaringan 4-1. Rekod kubu kebal Larkin terus gah dengan kecemerlangan skuad Harimau Selatan itu mengawal permainan dan menggembirakan puluhan ribu penonton yang hadir di stadium . Gol-gold JDT dihasilkan Nazrin Nawi , Safiq , Safee dan S Chanturu. Sokongan padu penyokong tuan rumah yang  turut memainkan peranan membakar semangat pasukan tuan rumah menghasilkan kemenangan di bumi sendiri. Dan gol yang paling mengujakan pastinya sepakan gunting “bicycle kick” yang dihasilkan Safee Sali untuk gol ke- 4 JDT ! Gol tercantik perlawanan.

Syabas JDT !!! Kemenangan yang turut mengharumkan nama negara di pentas bolasepak Asia. – harimaumalaya

Jom tengok video-video gol pada perlawanan tersebut:

GOL PERTAMA JDT

GOL PERTAMA EAST BENGAL

GOL KEDUA JDT

GOL KETIGA JDT

GOL KEEMPAT JDT

NO COMMENTS

Leave a Reply