Artikel dari utusan 11 Oktober 2012 ;

KUALA LUMPUR – Masalah dalaman Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memasuki babak baru apabila 25 kelab yang beraksi di bawah badan induk persatuan tersebut digantung dan Pelita Jaya, pasukan yang diwakili oleh penyerang negara, Safee Sali turut menjadi mangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan perkara itu selepas menerima surat rasmi dari PSSI, semalam.

“Ya, FAM ada mendapat sepucuk surat rasmi daripada PSSI berhubung penggantungan kelab-kelab berkenaan hari ini (semalam).

“Dalam surat itu ada dinyatakan kelab-kelab yang digantung ini tidak boleh menjalinkan sebarang hubungan rasmi dengan pihak-pihak negara luar termasuk Malaysia.

“Salah satu kelab yang dimaksudkan itu adalah Pelita Jaya yang diwakili oleh penyerang negara, Safee Sali,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Walaupun begitu, beliau menegaskan ‘pengharaman’ itu tidak menjejaskan peluang Safee untuk mewakili skuad kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF.

“Laporan tersebut tidak menyentuh larangan pemain negara kita iaitu Safee untuk beraksi dengan skuad kebangsaan.

“Cuma buat masa ini, FAM hanya dimaklumkan pemain-pemain atau mana-mana pasukan negara tidak dibenarkan mengadakan sebarang urusan rasmi dengan kelab-kelab tersebut, itu sahaja, “katanya yang enggan mendedahkan senarai kelab-kelab tersebut.

Mac dahulu, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pernah mengarahkan PSSI yang diketuaiDjohar Arifin Husin mencari formula menyelesaikan kemelut dalaman badan induk persatuan negara itu apabila terdapat kecelaruan status Liga Super Indonesia (ISL) dan Liga Premier Indonesia (IPL).

Melalui penjelasan berkenaan, Safee boleh membantu Harimau Malaya bagi aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 16 Oktober dan Vietnam pada di Hanoi pada 3 November ini.

 

Maklumat ini disanggah dan dinafikan oleh pengurus Safee Sali, Zakaria Rahim. Melalui Facebook pengurus itu, zack rahim, beliau telah menerangkan dengan jelas mengenai status kelab Safee ;

Penat menjawab soalan2 kawan2 dan media hingga tengah malam tadi dan pagi ini. Ini cerita lama dan baharu ini disampaikan dalam bentuk bersurat kepada FAM oleh PSSI. Kesah penggantungan ni dah lama, tapi hanya PSSI sahaja yang ‘gantung’, sedangkan AFC dan FIFA dah bagi amaran kpd PSSI jgn bertindak sesuka hati atau PSSI digantung. Pada 20hb. September, dalam mesyuarat di AFC, telah diputuskan ole

h Task Force AFC yang diketuai Tg Abdullah Ahmad Shah bahawa ISL dan IPL adalah sah dan boleh berjalan serentak hingga tahun 2014. Menjelang 2015, satu liga baru bernama Liga Merah Putih akan menggantikan kedua2 Liga Professional di Indonesia. Pasukan timnas Indonesia pula wajib menurunkan pemain dari kedua2 liga dan hampir 10 pemain dari ISL telah disenaraikan utk latihan persiapan AFF di KL bulan depan. Saya pun tak faham kenapa baru sekarang nak buka cerita ‘penggantungan’ ini oleh SU Agung PSSI, Halim Mahfudz yang baru beberapa minggu dilantik gantikan Sec Gen lama PSSI. Dia lupa buka fail kot atau dia masih dalam proses cuba memahami situasi. Dipendekkan cerita, ISL dan IPL adalah liga sah di Indonesia dan Safee masih pemain Pelita Jaya yang bakal bergabung dgn Arema Indonesia hingga Feb 2014. Safee juga tidak terjejas utk wakili pasukan negara. Pihak kelab di Jakarta juga sedang berusaha membetulkan kekeliruan ini disana. Byk laporan media yang agak tersasar sediikit lantaran kekurangan maklumat tepat. Harap maklum. – Facebook Zack Rahim

seterusnya Zack Rahim mengulas berkaitan kelab Pelita Jaya dan Masa depan Safee Sali dan berkemungkinan Safiq Rahim akan mengikut jejak Safee Sali di Indonesia

Liga Super Indonesia yang telah mendapat restu AFC dan FIFA untuk terus berjalan sehingga musim 2014 akan memulakan sessinya untuk musim 2012/13 pada 5 Januari 2013. Kelewatan adalah disebabkan berlangsungnya Piala AFF di Kuala Lumpur dan Bangkok pada bulan Nov/Disember inil. sebanyak 20 pasukan telah disahkan akan menikuti ISL musim depan dpd 18 pasukan musim lalu. Pasukan yang baru adalah Sem

en Padang (Naib Juara IPL musim lepas) dan Persebo. Kedua2nya dari IPL dan mereka merasakan ISL lebih kompetitf dari IPL dan menyahut kehendak penyokong mereka. Sebelum liga bermula, spt biasa pertandingan pra-musim Inter Island Cup akan dilangsungkan terlebih dahulu mulai 1 Disember – 16 Disember. Safee tidak dapat turut serta kerana masih terikat dgn tugasan untuk negara di AFF Suzuki Cup 2012. Pasukan Pelita Jaya mungkin akan berwajah baru bila bergabung dengan Arema Indonesia di Malang dan besar kemungkinan pasukan ini bernama Arema Pelita FC dgn jurulatihnya Rachmad Darmawan dan pemain yg sudah disahkan adalah Kayamba Gumbs (penjaring terbanyak ISL 2011), Alberto Goncalves (penjaring ke 2 terbanyak), Safee Sali (Penjaring ke 3 terbanyak), Greg Nwongkolo (penjaring ke 4 terbanyak), Mega Kurnia (Penjaga gol timnas Indonesia), Egi Mergiansyah (Kapten Sea Games Indonesia). Safiq Rahim adalah antara calon pemain asing bg quota Asia ttp hrus bersaing dgn pemain Singapura, Ridhuan dan Precious.

Siputhijau – PSSI dah pening dah.. aku pun pening.. haha..

NO COMMENTS

Leave a Reply