maxresdefault


Melaka ni banyak tempat menarik, cantik dan best. Sebabnya Melaka merupakan bandaraya yang bersejarah. Memang banyak tempat bersejarah pun. Kami senaraikan pilihan Top 10 kawasan-kawasan di Melaka yang kami rasa sesuai dan wajib untuk dikunjungi, pada mereka yang pernah mengunjungi Melaka pasti akan familiar dengan tempat-tempat yang akan kami senaraikan. Tetapi pada mereka yang tidak pernah ke Melaka ini akan memudahkan lagi percutian anda.

Top 5 Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Di Melaka

1. KOTA FAMOSA

1366174908

A Famosa merupakan sebuah kubu yang dibina oleh Portugis semasa menakluk Melaka pada tahun 1511. Kota ini mengambil masa 5 bulan untuk dibina hasil daripada kerahan buruk paksa bagi menangkis serangan orang-orang melayu pada ketika itu.

Alamat: Jalan Parameswara, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia

2. JONKER STREET MELAKA

jonker-street

Menariknya di sini anda berpeluag melihat artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu dan boleh menjumpai  barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik. Pasar malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an.

Alamat:75200 Malacca, Malaysia

3. ZOO MELAKA NIGHT SAFARI

image01
Satu-satunya Zoo yang besar di Melaka untuk melihat pelbagai jenis binatang buas yang dibawakan khas dari dalam dan luar negara. Night Safari di Zoo Melaka merupakan salah satu aktiviti menarik di Melaka pada waktu malam yang boleh anda datang bersama keluarga untuk melihat gelagat binatang buat di waktu malam.

Alamat: 75450 Malacca, Malaysia

4. THE SHORE SKY TOWER

maxresdefault

The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.

Alamat: The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

5.Freeport A’Famosa Outlet

Freeport A'Famosa Fountain

Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.

Alamat: Freeport A’Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka


 

Pastinya Pulau Pinang menjadi kawasan yang menarik kerana ia mempunyai pelbagai perkara dan tempat yang boleh dikunjungi, anda tidak akan merasa bosan dan tidak tahu apa untuk dilakukan kerana di Pulau Pinang mempunyai banyak kawasan-kawasan yang akan memenuhi masa anda dan keluarga serta kawan-kawan. Be Safe 🙂